Kunyit Dan Teh Hijau Penawar Kanser
Sumber : Pancasihat 6/4/2014 Halaman Kesihatan
Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai ‘keladi tikus’ atau nama saintifik “Typhonium Flagelliforme” yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, ‘keladi tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. “Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.
Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia.
Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif. ” Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser.
Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser,” ujarnya. Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus. “Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut,” katanya.
Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar. Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari. “Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.
Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama,” tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal.
Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,” jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing).
Maklumat lanjut berkaitan Pokok Keladi Tikus : Klik sini.
Sumber Rujukan :
Akhbar Utusan Malaysia Ogos 1998 @ Oleh NORZAHIZAN ISMAIL
Baking soda atau nama saintifiknya sodium bicarbonate dikatakan merupakan salah satu penawar untuk penyakit kanser. Perkara ini telah disyorkan oleh kebanyakkan oleh pengamal perubatan alternatif bagi merawat penyakit kanser.
Ujian makmal yang dilakukan ke atas tikus yang dimasukan sel kanser payudara menampakan perubahan yang positif apabila dirawat dengan baking soda. Baking soda ini bertindak sebagai agen mengurangkan persekitaran asid di dalam badan tikus.
Baking soda bersifat alkali dan secara umumnya, sel kanser tidak dapat bercambah apabila berada dalam keadaan alkali iaitu pH melebihi tahap 7.
Pengambilan baking soda adalah bergantung kepada tahap penyakit kanser. Boleh rujuk link sini untuk melihat contoh pengambilan baking soda atau rujuk doktor yang berkaitan.
Selain baking soda, pengambilan bersama epsom salt juga merupakan salah satu alternatif untuk mengurang keasidan di dalam badan. Baking soda dan epsom ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya atau boleh didapati di farmasi.
Firman Allah Taala : “Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)
Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur : 35: …yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.
Melalui Hadis , Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah : Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa minyak zaitun mengenakan kesan perlindungan terhadap tumor malignan dan penawar kanser tertentu seperti payudara, prostat , endometrium , saluran penghadaman dan lain-lain lagi.
Beberapa kajian penyelidikan telah mendapati bahawa minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Pemakanan yang sihat dengan minyak zaitun sebagai sumber utama lemak adalah amat ketara dapat mengurangkan kejadian kanser. Sebabnya ialah mutasi sel yang disebabkan oleh kanser adalah disebabkan oleh toksin yang mana apabila dimakan melalui diet , serangan DNA.
Melalui hati, toksin ini menghasilkan radikal bebas yang kemudian menyerang DNA. Untuk memerangi radikal bebas , badan memerlukan vitamin dan antioksidan seperti yang terkandung di dalam minyak zaitun.
Pemakanan minyak zaitun dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser usus. Kesan perlindungan minyak zaitun , tanpa mengira jumlah dan sayur-sayuran yang dimakan dalam diet. Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa minyak zaitun memberi perlindungan terhadap kanser kolon.
Kebelakangan ini, kajian telah mengkaji implikasi metabolik lemak, lebih khusus peranan pelindung minyak zaitun dalam penyakit hati yang kronik dan gangguan daripada usus dikenali sebagai penyakit Crohn.
Keputusan menunjukkan kesan yang baik minyak zaitun pada kesan luka pra-kanser. Selepas menganalisis tiga jenis pemakanan, saintis penyelidikan menjumpai pelbagai kesimpulan. Diet minyak zaitun mengurangkan jumlah kesan pra-kanser.
Bilangan tumor yang terdapat pada pesakit adalah jelas dan ketara rendah dan tumor adalah kurang agresif dan mempunyai prognosis yang lebih baik. Ini kesan yang berkaitan dengan asid oleik, asid lemak mono tak tepu yang utama dalam minyak zaitun.
Ia telah menunjukkan bahawa asid lemak ini mengurangkan pengeluaran prostaglandin yang diperolehi daripada asid arakidonik, yang kemudiannya memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran dan pembangunan tumor.
Walau bagaimanapun, ia tidak dikecualikan bahawa nutrisi lain dalam minyak zaitun seperti antioksidan, flavonoid, polifenol dan squalene juga mungkin mempunyai pengaruh yang positif. Squalene dipercayai mempunyai kesan yang baik pada kulit dengan mengurangkan kejadian melanomas(penyakit kulit).
Minyak zaitun juga menambahkan rasa sayur-sayuran dan kekacang yang bermanfaat dalam pencegahan kanser. Penyelidikan terkini tertumpu kepada perlindungan yang disediakan oleh minyak zaitun terhadap penyakit leukemia kanak-kanak dan pelbagai jenis kanser, seperti kanser skuamus oesophageal sel dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun, menurut maklumat yang ada pada masa ini, minyak zaitun boleh bertindak serentak pada peringkat berlainan yang terlibat dalam proses pembentukan kanser.
InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T. sesuatu penyakit itu akan sembuh kelak cumanya kita perlulah bersabar di atas sesuatu penyakit itu.
Sahih Muslim pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam-zam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: “Siapakah yang memberi saudara makan?” Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zam-zam. “Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus.”
Imam at-Tirmizi pernah berkata, “ Orang yang meminum air zam-zam itu :
“sebaik-baik air dipermukaan bumi adalah air zamzam.Di dalamnya ada nilai gizi yang mengenyangkan dan merupakan penawar bagi segala macam penyakit.
NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA:
“Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.Bila engkau meminumnya kerana meminta untuk kesembuhan maka allah akan menyembuhkanmu.bila engkau meminum untuk mengenyangkan maka Allah akan mengenyangkanmu,dan bila meminumnya dengan niat untuk menghilangkan rasa dahaga maka allah akan menghilangkan rasa dahaganya.Ia adalah perigi yang digali oleh jibril dan minuman dari Allah untuk Ismail A.S
Ahli sains Jepun yang melebihi 500 orang telah membuat kajian tentang air zam-zam mengakui air biasa tidak akan dapat menandingi air zam-zam walaupun telah diolah dengan berbagai cara tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Setelah menggunakan peralatan yang canggih untuk mengubah kandungan air zam-zam, ahli sains jepun tetap mengakui mereka tidak mampu mengubah kandungan khasiat yang terdapat dalam air zam-zam.
Air zam zam adalah penghulu segala air di mana manfaat meminumnya adalah sangat baik berbanding air–air yang lain. Air zam zam mengandungi gizi yang seimbang dan boleh di katakan sebagai makanan lengkap berbanding hanya sekadar ‘minuman’.
Antara keajaiban air zam zam yang paling menonjol adalah kebolehan air zam zam untuk bertindak balas berdasarkan niat anda atau doa anda ketika meminumnya. Jadi, antara doa yang anda boleh baca ketika meminum air zam zam supaya anda dapat berkat dariNya adalah:
Doa Pertama
Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit
Doa Kedua
Baca Alfatihah dengan yakin. Kemudian minum air zam zam. Ramai telah mencuba amalan ini dan hasilnya sangat memberangsangkan di mana ia telah menyembuhkan banyak penyakit. Ada cerita di mana seorang pemuda sedang demam panas yang teruk. Kemudiannya dia mengambil air zam zam dan membaca Alfatihah sebelum meminumnya. Hasilnya dia kembali sihat dan mempunyai kesihatan yang sempurna.
Doa Ketiga
Baca bismillah dan seterusnya doa mengikut hajat atau niat anda. Contohnya anda ingin menuntut ilmu, doalah supaya hati anda terang untuk menerima ilmu dari Allah Taala. Selesai berdoa, anda minum air zam zam dengan tenang. Ketika ada mengambil nafas, anda doa lagi pada Allah Taala. Selain itu, niat di dalam hati bahawa anda inginkan hajat anda tertunai kerana Allah Taala.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). Download MP3
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). Download MP3
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28). Download MP3
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50). Download MP3
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227). Download MP3
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). Download MP3
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). Download MP3
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). Download MP3
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.
Sumber Rujukan : http://www.resepirahsiaku.com/2012/01/doa-doa-untuk-memusnahkan-sel-sel.html
SABAN hari semakin ramai manusia yang diserang penyakit seperti kanser payudara. Ironiknya, walaupun ramai mengetahui mengenai bahaya kanser, namun tidak ramai yang mengambil berat tentangnya.
Menurut Ketua Eksekutif Yayasan Penyelidikan Inisiatif Kanser (CARIF), Prof. Dr. Teo Soo Hwang, penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.
SERAMAI 10 orang penyelidik CARIF giat menjalankan eksperimen mencari rawatan terbaik untuk kanser payudara.
“Kanser boleh berlaku disebabkan oleh penyakit genetik dan gaya hidup individu. Kanser boleh dikesan pada peringkat awal menerusi pemeriksaan kesihatan secara terperinci.
“Namun, mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser disarankan membuat pemeriksaan kesihatan berterusan,” jelasnya.
Menurut statistik kanser oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 18,219 kes baharu dilaporkan pada tahun 2007. Seramai 8,123 daripadanya ialah penghidap lelaki dan selebihnya wanita. Namun, etnik yang mencatatkan kes kanser baharu tertinggi ialah Cina, iaitu 3,650 kes, diikuti Melayu (3,093 kes) dan India (462 kes).
Bagaimanapun, daripada 12 jenis kanser yang dilaporkan, kanser payudara berada pada kedudukan teratas.
“Berdasarkan statistik tersebut, kanser payudara mencatatkan kes sebanyak 3, 292, iaitu 18 peratus berbanding kanser kolorektum 2,246 serta kanser trakea, bronkus dan paru-paru mencatatkan sebanyak 1,865.
“Daripada jumlah kanser payudara tersebut, 3,242 terdiri daripada penghidap wanita. Tetapi secara terperinci mengikut etnik, wanita Melayu menjadi penyumbang utama dengan 1,432 kes, diikuti Cina 1,343 dan India 297,” jelasnya.
Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2013, lebih 508,000 wanita meninggal dunia pada tahun 2011 akibat kanser payudara dan jumlah itu dipercayai akan terus meningkat.
“Bimbang dengan angka yang semakin besar, sejak ditubuhkan pada tahun 2000, CARIF menjadi antara penggerak paling aktif dalam berusaha memujuk rakyat Malaysia melakukan pemeriksaan awal dan meningkat kesedaran mengenai bahaya kanser.
“Baru-baru ini antara program yang dijalankan oleh CARIF termasuklah Be Frank: Kempen Bantu Perangi Kanser dan Be Frank: Program Pendandan rambut,” jelasnya.
Dalam pada itu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah survival kanser paling rendah berbanding Korea dan Singapura.
Sumber Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm#ixzz2yHIRkleW