Category Archives: Media Massa

Hisap Rokok 5 Batang Sehari, Kini Hidap Kanser Mulut Pada Usia 24 Tahun

Mula Merokok Pada usia 17 Tahun

Muhammad Faid mula merokok ketika berusia 17 tahun dan menghisap lima batang rokok setiap hari bersama rakan-rakannya.

Dia baharu sahaja berusia 24 tahun dan salah seorang pesakit muda yang disahkan menghidap kanser mulut.

Dia kini menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Walaupun punca kanser itu tidak diketahui, doktor berkata kebanyakan pesakit kanser mulut terdiri daripada perokok.

Tanda- Tanda Awal Kesan Merokok

Muhammad Faid yang juga pelajar tahun tiga jurusan pendidikan di sebuah universiti berkata pada awalnya dia mengalami masalah ulser di lidah kirinya.

Namun dia tidak mengendahkannya kerana ia tidak begitu menyakitkan.

Ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 52, berkata luka yang muncul awal tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.

Pada November, hasil ujian biopsi mendapati ia adalah kanser.

Anita berkata, antara November dan Mei lalu, Muhammad Faid mengalami pendarahan sebanyak empat kali dan terdapat rongga dalam lidahnya.

Kanser itu masih di Tahap I dan II pada Februari tetapi pada Mei ia sudah di Tahap III.

Susulan itu, doktor terpaksa memotong sebahagian lidah Muhammad Faid pada 17 Mei lalu.

Doktor telah membina semula lidahnya dengan lebihan kulit pahanya dan Muhammad Faid kini boleh bercakap sedikit.

Dia masih tidak boleh makan tetapi hanya menerima makanan menerusi tiub manakala lubang telah ditebuk di trakea bagi membolehkannya bernafas.

Seorang lagi pesakit yang enggan namanya didedahkan berkata dia mula-mula menemui satu benjolan kecil di pipinya pada Mac lalu.

“Ia seperti jerawat kecil tetapi pada Mei ia menjadi semakin besar di pipi kanan. Ia membesar amat cepat,” kata suri rumah berusia 60 tahun dari Johor yang disahkan menghidap kanser mulut Tahap IV.

Wanita itu berkata dia tidak menyedari perbuatan mengunyah sirih dan pinang berupaya meningkatkan risiko kanser.

“Saya mengunyah sirih dan pinang setiap hari sejak berusia 13 tahun. Ibu saya yang berusia 83 tahun turut mengunyah makanan itu sepanjang hidupnya tetapi dia sihat.

“Saya menasihati ibu dan kakak sulung saya untuk berhenti mengunyah makanan itu. Tiada siapa patut menerima penyakit seperti ini,” katanya.

Artikel asal : Terengganu Times

Pemeriksaan Payudara Menggunakan Payudara Lelaki

Kempen Pemeriksaan Payudara Sendiri

Movimiento Ayuda Cancerr de Mama – sebuah pertubuhan di Argentina telah melakukan sebuah usaha untuk menggalakkan pemeriksaan payudara untuk setiap wanita bagi mengesan awal tanda-tanda kanser payudara.

Pemeriksaan Payudara Sendiri

Video pemeriksaan ini dilakukan secara kreatif dan semoga cara ini dapat menyebarkan mesej kepentingan melakukan pemeriksaan dan seterusnya mengurangkan kadar kanser payudara di kalangan wanita.

Cara Pemeriksaan Payudara Sendiri

  1. Berdiri di hadapan cermin.
  2. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan.
  3. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  4. Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, lakukan pemeriksaan semula keadaan payudara.
  5. Dengan menggunakan 3 jari anda, tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara.
  6. Selepas satu pusingan, bergerak ke arah putting payudara.
  7. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting.
  8. Sentiasa rujuk pada kepada pusat kesihatan atau lakukan ujian pengesanan.

p.s – Pengesanan Awal & Pencegahan Menyelamatkan Nyawa

Daun Rerama di Jom Singgah TV3

Daun Rerama di TV3

Daun rerama pernah dan telah disiarkan pada program tv Jom Singgah TV3

BUTTERFLY TEA DI JOM SINGGAH_ubatkanser.my

 

Rakaman Daun Rerama Butterfly Tea di Jom Singgah Tv3

Rakaman daun rerama – Butterfly Tea ini disiarkan pada 28 September 2015

.Daun Rerama penawar kanser

.Daun Rerama penawar kanser

KLIK GAMBAR UNTUK BUAT PESANAN

Percuma 10 uncang teh daun rerama

Aisyah Peroleh 8A Dalam SPM 2015

Biarpun Hidap Kanser Aisyah Peroleh Semua A

PASIR MAS – Biarpun bertongkat empat setiap kali hadir ke sekolah, kecekalan Nik Nur Aisyah Amalyn Nik Sen, 18, berbaloi apabila memperoleh semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Nik Nur Aisyah (tengah) meraikan kejayaannya mendapat semua A dalam lapan mata pelajaran bersama ibu bapanya semasa keputusan SPM diumumkan. - Foto Sinar Harian

Nik Nur Aisyah (tengah) meraikan kejayaannya mendapat semua A dalam lapan mata pelajaran bersama ibu bapanya semasa keputusan SPM diumumkan. – Foto Sinar Harian

Kejayaan Nik Nur Aisyah yang menghidap kanser tulang itu merupakan di luar jangkaan pihak sekolah kerana sebelum ini dia hanya mampu hadir ke sekolah semasa di tingkatan lima sahaja.

Dua tahun dia diberikan cuti kerana perlu melakukan pembedahan serta menjalani rawatan di hospital sehingga anak ke empat daripada enam beradik ini tidak berpeluang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Bukan itu sahaja, sepanjang tingkatan lima Nik Nur Aisyah perlu berulang alik ke hospital setiap bulan untuk mendapatkan rawatan kemoterapi.

“Semua ini tidak mematahkan semangat saya kerana ibu dan ayah sentiasa ada di sisi.

“Merekalah yang banyak memberikan sokongan dan sanggup berjaga malam bersama semata-sama menemani saya mengulang kaji pelajaran untuk menduduki SPM,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Tok Uban itu mendapat 5A+ bagi subjek Pendidikan Islam, Tasawur, Matematik, Ekonomi dan Sains.

Manakala 2A bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah serta 1A- untuk Bahasa Inggeris.

 

Team ubatkanser.my mengucapkan tahniah kepada adik Nik Nur Aisyah sempena kejayaan perolehi 8A dalam SPM 2015. Tahniah juga kepada ibu bapa adik dan tenaga pengajar Sekolah Menengah Tok Uban yang sering membantu adik. Semoga adik lebih berjaya di masa depan dan kami doakan semoga adik perolehi kesihatan yang baik. Ameen YA Rabb.

Sumber Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/biarpun-hidap-kanser-aisyah-peroleh-semua-a-1.492374

14 Kaedah Mencegah Kanser

Dicatitkan 14 Kaedah Untuk Mencegah Kanser

Di negara kita, kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Namun berita baik mengenai kanser, ia boleh dicegah! Berikut garis panduan yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser.

  1. Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.antioksida_ubatkanser.my
  1. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
  1. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.
  1. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.
  1. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.
  1. Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam, alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah, alkohol boleh meningkat risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.No-Alcohol-
  1. Hentikan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain.
  1. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.
  1. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.
  1. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.
  1. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut.
  1. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawetdengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
  1. Jangan merokok atau mengunyah tembakau. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.rokok dan kanser
  1. Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan di atas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah kanser. Para penyelidik sendiri tidak menyarankan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.