Category Archives: Kanser Payudara

Bromilin Membantu Proses Merawat Kanser

Bromilin adalah satu enzim iaitu dikeluarkan daripada batang dan buah nanas. Ia adalah digunakan bagi membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Ianya dipercayai dapat mempercepatkan penyembuhan luka-luka dan lebam-lebam, dan membantu dalam penghadaman protein-protein yang melindungi sel kanser.

bromilin nanas ubatkanser.my

Kajian Berkaitan Bromilin Sebagai Penawar Kanser

Kajian menunjukkan bromilin dapat membantu merawat dan menyembuh penyakit kardiovaskular dan kanser. Terdapat bukti yang kukuh bahawa pengambilan 1,200 hingga 1,800 miligram Bromilin satu hari boleh membantu menenangkan kembali kesakitan akibat keradangan dan kanser.

Apabila digabungkan dengan antibiotik, Bromilin boleh juga membantu mengurangkan keradangan. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa Bromilin adalah baik untuk penurunan bengkak payu dara dan meningkatkan kadar pernafasan.

Bromilin disarankan supaya diambil bersama aprikot kerana ianya dipercayai merupakan agen yang sangat membantu B17 (aprikot) untuk membunuh sel kanser.

Aturan Pengambilan Bromilin Sebagai Penawar Kanser

  • 1 sachet dibancuh dengan 250ml (1 gelas) air suam, pastikan air suam tersebut 1/2 jam jarak masa mendidih. Maknanya air suam tersebut berada pada suhu bawah 60 darjah cesius.  Suhu yang berada pada 60 darjah cesius kebawah merupakan suhu yang mana enzim seperti, tripsin chemotripsin, bromilin dan papain dapat dipertahankan dari kemusnahan.
  • 1 sachet Bromilin ini hendaklah di minum 1/2 jam sebelum  memakan apa-apa jenis pemakanan yang mengandungi B17. Bromilin bertindak sebagai pemusnah lapisan protein yang melindungi sel kanser dan memudahkan B17 membunuh sel kanser.
  • Bromilin paling kurang di minum 3x sehari 1/2 jam sebelum makan B17 untuk mendapatkan hasil yang luar biasa bagus.
  • Bagi anda yang ingin melihat perubahan pengecutan pada saiz tumor yang cepat bromilin harus di minum setiap 4 jam. Contoh : 8 pagi, 12 tengah hari, 4 petang, 8 malam dan 4 pagi.
  • Bromilin merupakan makanan pemecah protein yang melindungi mana-mana sel yang bermasaalah. Maksud sel bermasaalah adalah sel yang tidak mempunyai enzim rhodanese.

Bromilin_ubatkanser (1)

 

Pokok Malberi Membantu Merawat Dan Mencegah Kanser

Latar Belakang Pokok Malberi

Malberi memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara. Di Indonesia tanaman ini dikenali sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Malberi dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Pokok Malberi

Malberi adalah jenis tanaman yang memerlukan sinar cahaya matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh sehingga ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Malberi merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Malberi putih.

Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Buah Malberi

Kandungan Buah Malberi

Buah Malberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Malberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Malberi mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Malberi telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Buah ini juga merupakan buah yang kaya vitamin C dan memiliki resveratrol yang tinggi, sebuah antioksidan yang juga ditemukan pada anggur merah yang dapat membersihkan polutan dalam tubuh. Sebuah penelitian pada tikus menemukan bahawa resveratol sangat efektif melawan tumor pada kulit, payudara, paru-paru dan prostat.

Kandungan Ekstrak Dari Buah Malberi

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Pokok Buah Malberi

Antara Khasiat Yang Diperoleh Dengan Mengamalkan Pengambilan Buah Malberi

  1. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan yang tinggi)
  2. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  3. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah.
  4. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
  5. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung.
  6. Membantu dalam kehilangan berat badan.
  7. Mengurangkan keadaan asma yang teruk.
  8. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda.
  9. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi.
  10. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan.
  11. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid.
  12. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur.
  13. Menambahkan tenaga.
  14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  15. Memiliki semua 18 asid amino dan vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan.
  16. Mencantikkan kulit.

 

 

Mula Makan Biji Betik Sekarang

Biji betik merupakan salah satu penawar alternatif untuk merawat sakit berkaitan perut, hati, buah pinggang, kanser dan banyak lagi penyakit lain.

Biji Betik Sebagai Penawar Beberapa Jenis Penyakit

Selalunya, ramai yang makan buah betik dan terus membuang biji betik tanpa mengetahui khasiatnya. Sebenarnya biji betik mempunyai banyak khasiat yang dapat menghalang penyakit berkaitan dengan perut, hati, cacing dan denggi.

biji betik_ubatkanser.my

Biji Betik Sebagai Penawar Kanser

Bahan atau agen di dalam biji betik dipercayai dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dan tumor. Biji betik mempunyai ‘isothiocyanate’ iaitu bahan yang baik untuk merawat leukimia, kolon usus, payudara, prostat dan kanser paru-paru.

Kajian Berkaitan Daun Betik dan Biji Betik Sebagai Penawar Kanser

Di dalam International Journal of Oncology, October 2008, turut menyatakan ‘isothiocyanate’ dipercayai mampu menghalang sel kanser tumbuh dan membiak.

Melalui kajian bersama dengan rakan sekerja penyelidik Jepun, University of Florida Nam Dang, M.D. and Ph.D telah mendokumenkan berkaitan ciri-ciri ekstrak daun dan biji betik sebagai antikanser penghalang sel tumor. Kajian yang dilakukan di dalam makmal ini melibatkan pertumbuhan sel kanser servik, payudara, hati, peparu dan pankreas).

Bagaimana Mengambil Biji Betik

Caranya hanya dengan makan secara hancur, atau masukkan di dalam susu mentah, campurkan dengan  madu, atau makan bersama kuah salad.

Bagaimana Mengambil Daun Betik

Daun betik boleh dimakan secara ulaman. Selain itu, daun betik diambil, dicuci dan hancur  (blend) untuk menjadikan jus daun betik. Amaran : jus daun betik agak pahit.

daun betik_ubatkanser.my

Kesan Sampingan Pengambilan Daun Dan Biji Betik

Wanita mengandung dinasihat untuk tidak mengambil ekstrak daun dan biji betik kerana dipercayai akan melanjutkan tempoh penyusuan. Walaupun ianya elok untuk sistem pencernaan, tetapi adalah dinasihatkan untuk mendapat pandangan doktor.

.

Bagi yang mahu mencuba pucuk betik sebagai supplemen tambahan untuk penyembuhan penyakit, boleh pesan kapsul pucuk betik dibawah. Klik pada gambar atau klik sini.

.

kapsul pucuk betik_ubatkanser.my

Kunyit Putih Penawar Kanser

Kunyit Putih atau kunyit biasa bukan lagi dikenali sebagai penyedap atau menjadi bahan dalam masakan sahaja. kini, kunyit putih juga berupaya untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit biasa mahupun penyakit koronik. Secara umum, Curcumin yang terkandung di dalam ketulan kunyit berguna sebagai antitumor dan antiinflamasi atau anti radang. Saponin berkhasiat sebagai antineoplastic (antikanser). Manakala betakaroten, polifenol dan flavonoid berfungsi sebagai anti oksida. Oleh kerana itu, mengambil ketulan kunyit terbukti dapat menganggu aktiviti karsinogen

Latarbelakang Kunyit Putih Sebagai Penawar Kanser

Kunyit Putih _ubatkanser (7)

Kunyit Putih

Kunyit Putih (Curcuma Zedoaria) telah lama dikenali dengan meluas oleh masyarakat di mana ia mempunyai khasiat yang bertindak sebagai anti-kanser dan tumor yang berkesan.

Selain untuk penyembuhan dan pencegahan kanser, Kunyit Putih juga mampu mengatasi dan mengubati pelbagai masalah kewanitaan seperti keputihan dan senggugut.

Terdapat banyak sekali manfaat Kunyit Putih di mana kajian juga sudah dijalankan diluar dan di dalam negeri dengan ujian farmakologi, toksikologi pada binatang sehinggalah ujian klinikal tentang manfaat ekstrak Kunyit Putih untuk terapi kanser.

Kunyit Putih_ubatkanser (2)

Kunyit putih atau temu putih adalah satu di antara tanaman berkhasiat yang boleh diolah menjadi ubat tradisional. Bernama latin Curcuma zedoaria, kunyit putih merupakan tanaman rimpang atau ubi-ubian.

Kegunaan Kunyit Putih Penawar Kanser

Kebiasaannya, di Jawa, Kunyit Putih sering digunakan sebagai penyembuh demam dan pengeluar toksid yang berbentuk peluh, sedangkan di Dayak pula, Kunyit Putih ini dijadikan sebagai ubat kepada batuk berdarah dan keracunan makanan. Bagi wanita yang sedang nifas, Kunyit Putih berperanan sebagai pembersih.

Kunyit Putih_ubatkanser (5)

Kunyit Putih juga boleh dikunyah sebagai alternatif masalah nafas berbau. Air rebusannya pula boleh mengubati sakit gigi, masalah pencernaan dan masuk angin.

Kajian Berkaitan Kunyit Putih Penawar Kanser

Menurut buku Anti Cancer Medical Herbs, iaitu buku yang dihasilkan berdasarkan kajian Chan Minyi bersama rakan-rakannya, Curcuma Zedoaria mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi untuk mengatasi kanser dan tumor.

Berdasarkan hasil penelitian American Institute Cancer Report (New York Time) 1 Jun 1999 dan juga pakar Fakulti Farmasi atupun PAU Bioteknologi serta PPOT UGM Yogyakarta menyatakan bahawa terdapat kandungan aktif di dalam Kunyit Putih.

Menurut Ketua Direktorat Pengawasan Obat Tradisional Ditjen POM, Ketut Ritiasa, penelitian tentang kunyit putih telah dilakukan di Cina sejak tahun 1988. Kunyit putih diketahui mengandungi minyak atsiri yang terdiri dari curdione dan curcumol.

Kunyit putih bersifat antioksidan dan dapat menahan zat radikal bebas yang menjadi penyebab tumbuhnya sel kanser serta dapat meningkatkan sel darah merah. “Tetapi kunyit putih sebaiknya tidak digunakan pada masa kehamilan kerana dapat mengakibatkan keguguran,” ingat Ketut.

Kunyit Putih_ubatkanser (6)

Ekstrak tanaman ini pada percubaan keatas tikus ternyata memperbanyak jumlah limfosit, meningkatkan ketoksikan sel pembunuh kanser (natural killer) dan sintetik antibodi spesifik. Sifat-sifat di atas akan menguatkan mekanisme pertahanan tubuh terhadap virus mahupun sel kanser

Kandungan Kunyit Putih Dan Manfaat Sebagai Penawar Kanser

  • RIP (Ribosome Inacting Protein) yang berfungsi mematikan perkembangan sel kanser, meruntuhkan sel kanser tanpa merosakkan tisu di sekitarnya dan menyekat pertumbuhan sel kanser. RIP adalah menghalang pengembangbiakan sel kanser, sehingga kesan terapinya bersifat tidak langsung iaitu menunggu matinya sel kanser itu sendiri.
  • Antioksidan pada kurkumin mencegah kerosakan gen dimana kerosakan gen adalah salah satu penyebab terjadinya kanser..
  • Zat Anti-curcumin yang bertindak sebagai anti-inflamasi (anti-keradangan).

Kandungan Kunyit Putih Dan Manfaat Selain Penawar Kanser

  • Dengan adanya kandungan aktif yang dimilikinya, Kunyit Putih dipercayai juga dapat menyembuhkan Gastrik, Radang Tekak, Radang Hati, Bronkhitis, Tonsil, Senggugut, Keputihan, Jerawat, Bisul, Diabetes, Asma, Darah Tinggi, Stroke, Sakit Jantung serta menurunkan Kolesterol.
Kapsul Kunyit Putih

Kini, kunyit putih diproses dan dijadikan dalam bentuk kapsul dan mudah diambil. Kapsul ini telah diuji dan telah mendapat Kelulusan KKM : 16030039 TC

Kunyit Putih_ubatkanser (8)

Sukatan pengambilan Kapsul Kunyit Putih

Untuk penyembuhan : 4 – 6 kapsul sehari.

Untuk pencegahan : 1 – 2 kapsul sehari

Berminat nak dapatkan Kapsul Kunyit Putih? Klik Sini

Bambangan Mampu Bunuh Sel Kanser Payudara

Asal Buah Bambangan

Buah Bambangan (magnifera pajang) merupakan salah satu buah terkenal di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak mempuyai nama lain antaranya buah mawang, buah embang dan juga buah embawang. Mempunyai ciri-ciri persamaan dengan mangga namun mempunyai tekstur yang lebih kasar selain daripada mampunyai rasa yang masam.

buah bambangan

Buah ini mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang kecil biasanya mempunyai bentuk yang lebih bulat, manakala jenis yang besar berbentuk agak bujur dan boleh mencapai berat sehingga 3-4 kilo sebiji.

Ia merupakan tumbuhan hutan dan tersenarai sebagai tumbuhan terancam dalam senarai IUCN (International Union for Conservation of Nature and Natural Resources) dengan klasifikasi VU. Mempunyiai taburan yang lebih banyak di Sabah sebagai tumbuhan liar dan adakalanya ditanam oleh penduduk asli di kawasan penempatan mereka.

Ciri-Ciri Buah Bambangan

Kulitnya berwarna coklat dan agak tebal manakala rasanya lebih mirip kepada buah bacang. Masyarakat tempatan biasa menggunakannya sebagai jeruk ketika ianya masih muda. Ia sesuai juga dijadikan sebagai kerabu atau dicampur bersama sambal belacan.

Untuk menikmati buah ini kulitnya perlu dikupas dengan kaedah yang agak berbeza – iaitu dengan mengoyakkan kulitnya yang tebal tersebut. Buah yang masak juga dikatakan lebih enak sekiranya dinikmati dengan garam dan cili.

buah bambangan dikupas

Seperti juga dengan buah-buah hutan tropika yang lain, ia mempunyai bau yang agak kuat (seakan-akan manis) namun rasanya tetap masam. Warnanya isinya juga adalah lebih terang namun lebih kasar seperti juga bacang.

Kajian Berkaitan Buah Bambangan Sebagai Penawar Kanser

Seorang Saintis Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) berjaya menemui ekstrak dari biji Bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara dengan menghentikan kitaran pertumbuhan sel pada titik tertentu bergantung kepada laluan sel.

Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas sel kanser payudara, didapati kira-kira 15% daripada sel-sel mati dalam masa 24 jam.

Kajian penyelidikan baharu menunjukkan bahawa Bambangan mungkin mempunyai manfaat melawan kanser.

Rujuk video dibawah:

Sumber Rujukan : https://www.facebook.com/bhonline/posts/10154112451745600 & http://www.bharian.com.my/node/158882

Pemeriksaan Payudara Menggunakan Payudara Lelaki

Kempen Pemeriksaan Payudara Sendiri

Movimiento Ayuda Cancerr de Mama – sebuah pertubuhan di Argentina telah melakukan sebuah usaha untuk menggalakkan pemeriksaan payudara untuk setiap wanita bagi mengesan awal tanda-tanda kanser payudara.

Pemeriksaan Payudara Sendiri

Video pemeriksaan ini dilakukan secara kreatif dan semoga cara ini dapat menyebarkan mesej kepentingan melakukan pemeriksaan dan seterusnya mengurangkan kadar kanser payudara di kalangan wanita.

Cara Pemeriksaan Payudara Sendiri

  1. Berdiri di hadapan cermin.
  2. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan.
  3. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  4. Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, lakukan pemeriksaan semula keadaan payudara.
  5. Dengan menggunakan 3 jari anda, tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara.
  6. Selepas satu pusingan, bergerak ke arah putting payudara.
  7. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting.
  8. Sentiasa rujuk pada kepada pusat kesihatan atau lakukan ujian pengesanan.

p.s – Pengesanan Awal & Pencegahan Menyelamatkan Nyawa