Dr Syed Merawat Kanser

Dr. Syed Kongsi Ilmu Rawatan Alternatif Kanser

Penampilannya bersahaja, memakai topi koboi, dia memberi ceramah tentang kesihatan yang diselangi dengan unsur jenaka. Pasti ramai yang tidak menyangka lelaki ini sebenarnya pakar perubatan holistik.

Prof Dato Seri Dr Syed Putra Meir

Pemilik sebuah syarikat dinamik yang mempunyai rangkaian produk kesihatan, Jobless Millionaires International (JMI) ini mungkin sudah mencapai segala yang diimpikannya. Beliau mempunyai kerjaya yang bagus sebagai doktor perubatan, keluarga yang bahagia bahkan mampu memandu kereta mewah sendiri. Namun, semua itu bukanlah noktah perjuangannya kerana dia mahu mendidik dan membantu masyarakat tentang pengertian kesihatan sebenar.

Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir bukanlah nama asing dalam bidang holistik. Beliau merupakan Pakar Holistik Pemakanan dan Perubatan Orthomolekul.

Dr. Syed mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Republik Indonesia dan diiktiraf sebagai pakar perubatan dalam bidang rawatan alternatif. Kini beliau fokus dalam bidang rawatan alternatif penyakit kanser kronik dan menjadi ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Pembelajaran Merawat Penyakit Kanser

Dr. Syed memberitahu, dia memperolehi ilmu pengetahuan tentang bidang ini di Hospital The Oasis of Hope, Tijuana, Mexico.

“Di sana saya mempelajari cara merawat penyakit kanser melalui kaedah perubatan altenatif orthomolekul,” katanya. Perjuangannya tidak hanya terhenti di situ sahaja, beliau kemudian menubuhkan JMI iaitu kumpulan anak syarikat Vision B Seventeen Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia. Tambah Dr. Syed, visi dan matlamat syarikatnya adalah untuk menyediakan akses kepada rawatan yang berkualiti kepada semua masyarakat terutama untuk penyakit abad ke-21 yang menjadi igauan hidup masyarakat zaman moden ini.

Merawat Penyakit Kanser

Ditanya pilihan bidangnya iaitu penyakit kanser, Dr. Syed yakin bahawa kanser bukanlah hukuman mati dan boleh dirawat.

“Tiada sebarang keraguan dalam minda saya tentang kenyataan ini,” katanya ringkas.

Dr. Syed sudah pun mengamalkan kaedah rawatan ini sejak dua dekad lalu. Beliau mengakui pada mulanya kaedah rawatan alternatif kurang mendapat sambutan dan kurang diterima.

Rawatan Penyakit Kanser

“Banyak keraguan dan syak wasangka yang timbul dalam kalangan orang ramai waktu itu. Namun, perubatan moden pun ada batasnya. Kebanyakan pesakit kanser datang dan meminta rawatan daripada saya apabila keadaan mereka sudah kronik. Majoritinya ialah tahap empat dan datang mendapatkan rawatan daripada saya sebagai pilihan terakhir. Bagi saya, penyakit ini boleh dikawal dan ditangani. Lama-kelamaan ramai yang boleh menerima rawatan alternatif kerana keputusan positif pesakit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Syed mengakui, sukar untuk mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga tetapi apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan jujur, pasti kita akan dapat mengatasi segala cabaran dan dugaan. Katanya, dia amat bertuah kerana keluarganya memahami kepentingan kerjayanya dan sentiasa membantu dalam segala aspek.

“Saya amat berbesar hati untuk berkongsi masa dengan pesakit kerana menyedari bahawa saya ialah peluang terakhir bagi mereka. Saya sentiasa meletakkan kebajikan pesakit sebagai kepentingan utama dan amat berterima kasih kepada kepercayaan dan kesabaran serta sikap toleransi mereka kepada saya,” katanya.

Sementara itu, sebagai Pengerusi Eksekutif JMI, Dr. Syed akan memastikan produk keluaran syarikatnya berkualiti dan selamat. Oleh itu, semua produk JMI berasal dari formula Amerika Syarikat yang dikilangkan di bawah standard kawalan kualiti yang ketat.

Merawat Penyakit Kanser

“JMI menjual produk yang terbukti berkesan dengan harga berpatutan. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang JMI, boleh melayari www.joblessmillionaires.com atau hubungi 0320356889,” katanya.

Sumber Rujukan : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/dr-syed-kongsi-ilmu-rawatan-alternatif-1.74952

P.s – Prof Dato Seri Dr Syed boleh dihubungi di : https://www.facebook.com/Prof-Dato-Seri-Dr-Syed-Putra-Meir-1611080189160205/ | 03-41444489

P.p.s – Pihak kami TIADA KENA MENGENA dengan Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir. Kami hanya berkongsi maklumat kepada yang memerlukan.

Post Berkaitan
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara Kanser atau barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang ...
Baca Seterusnya...
Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang
Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang Pokok dedalu biasanya tumbuh menempel di pokok-pokok. Pohon ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri terutamanya untuk mengubat orang yang mengidap sakit kanser tulang. Ramuan Pokok Dedalu Sebagai ...
Baca Seterusnya...
Kanser Pangkal Hidung
Apakah Kanser Pangkal Hidung? Kanser Pangkal Hidung ialah kanser yang bermula di pangkal hidung/“nasofarinks”. Di manakah terletaknya nasofarinks? Terletak di bahagian belakang hidung dan di bahagian belakang atas tekak (rujuk gambar) Insiden Kanser Pangkal ...
Baca Seterusnya...
10 Selebriti Antarabangsa Pejuang Kanser
Menampilkan 10 Selebriti Terkenal Antarabangsa Melawan Kanser   Sumber Rujukan : Sinar Harian 21 Januari 2014
Baca Seterusnya...
Kenali Kanser Ovari
Pengenalan Kanser Ovari Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas ...
Baca Seterusnya...
Rokok Penyebab Kanser Peti Suara
Kanser Peti Suara SUARA merupakan satu bentuk komunikasi yang amat penting bagi manusia namun, nikmat ini kurang diberi perhatian melainkan setelah seseorang kehilangannya. Hilang suara boleh disebabkan oleh faktor sementara seperti jangkitan ...
Baca Seterusnya...
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara
Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang
Kanser Pangkal Hidung
10 Selebriti Antarabangsa Pejuang Kanser
Kenali Kanser Ovari
Rokok Penyebab Kanser Peti Suara