Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kerana mengunjungi laman ubatkanser.my
Sejarah kami bermula dengan kesedihan š
Dulunya kami buta maklumat tentang kanser. Kami rasakan penyakit kanser bukanlah sinonim dengan keluarga kami. Ternyata kami silap. Ā Dalam tempoh 3 tahun sahaja bermula 2011-2014, tiga orang dari kalangan ahli keluarga kami yang sangat dekat telah disahkan menghidapi penyakit kanser. Satu darinya mendapat kanser lymphoma dan dua lagi merupakan kanser kolon.
Dalam tempoh itu merupakan tempoh mencabar bagi keluarga kami. Kami kehilangan salah seorang dari ahli keluarga iaitu pesakit kanser lymphoma. Kami tidak bersedia ketika itu.
Walaupun begitu, kami sangat bersyukur kerana selepas itu, keluarga kami telah bersedia.Ā Melalui perbincangan dengan insan-insan yang telah berjaya melawan kanser dan rujukan media massa dan juga rujukan daripada doktor, kami telah diperkenalkan dengan rutinĀ pemakanan dan pengambilan supplemen yang membantu proses penyembuhan kanser.
Alhamdulillah, 2 orang ahli keluarga tadi (kanser kolon) telah berjaya pulih dan bebas dari kanser.
Pengambilan Daun Belalai Gajah, biji aprikot, dan pelbagai jenis supplemen merupakan antara rutin setiap hari selain istiqamah melakukan amalan-amalan lain membantu dalam sesi penyembuhan penyakit kanser.
Kini, sebagai rasa tanggungjawab kami wujudkan laman ini ialah dengan niat untuk memberi kesedaran kepada keluarga dan pesakit kanser itu sendiri untuk mendapat sedikit sebanyak maklumat yang perlu tahu bagi merawat penyakit kanser.
Selain berkongsi maklumat, kami juga membantu menyediakan produk, keladi tikus dan beberapa jenis produk alternatif lain untuk mencegah dan merawat kanser. Kami berharap, dengan wujudnya laman ini dapat membantu kepada sesiapa sahaja untuk memilikinya untuk tujuan penyembuhan kanser dan meningkatkan taraf kesihatan.
Kami gembira untuk mendengar kejayaan ramai melawan sakit kanser š
Kami percaya, setiap penyakit kanser dapat diubati dengan doa dan usaha yang bersungguh-sungguh.