Pokok Keladi Tikus Merupakan Penawar Kanser

Latarbelakang Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Pokok Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti Talas Kunting, Bira Kecil, Ileus Gofu Sepa, Trenggiling Mentik dan berbagai lagi.

Pokok Keladi Tikus ini sesuai ditanam di kawasan yang lembab dan berpaya. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 100cm.

Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi dan berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris pokok Keladi Tikus disebut sebagai rudent tuber. Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia, juga dibeberapa pusat pembenehan dan pusat landskap.

Daunnya berbentuk jantung dan berwarna hijau pekat basah. Seluruh bahagian dari pokok ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.

Keistimewaan Pokok Keladi Tikus

Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990 ’an (Neoh, 1992). Sebenarnya tanaman ini telah lama diguna pakai oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di Negeri China. Juga terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yang menggunakannya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin, penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan.

pokok-keladi-tikus

Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, ‘pokok Keladi Tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’’. Ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan pokok Keladi Tikus dan melalui kajian dijalankan ke atas pokok Keladi Tikus atau Typhonium.

Keladi Tikus Rawat Barah

Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.

Khasiat Dan Kegunaan Pokok Keladi Tikus

Di antara khasiat pokok keladi tikus ini, ianya bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang.

USM temui keladi tikus ubat kanser

Kandungan pokok keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi.

Keladi tikus juga  bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Bagaimana Keladi Tikus bertindak?

Keladi Tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat kanser. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin.

RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.

Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pancreas, dan ianya terbukti telah menyembuhkan penyakit kanser dengan penggunaan minima 5 bulan secara berterusan. Insyaallah.

Cara Mendapatkan Keladi Tikus
Pesan Kapsul Keladi Tikus

Klik gambar untuk memesan kapsul keladi tikus.

Kini, khasiat pokok Keladi Tikus boleh diperolehi melalui kapsul. Pengambilan kapsul adalah lebih mudah dan lebih praktikal. Dapatkannya di sini.

Post Berkaitan
Serai Penawar Kanser
Serai Mampu Merawat Dan Dijadikan Penawar Kanser Penemuan Israel yang disembunyikan. Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai ...
Baca Seterusnya...
Daun Pecah Beling Penawar Kanser
Daun Pecah Beling Penawar Kanser Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya ...
Baca Seterusnya...
Teh Hijau Pencegah Kanser
Apa nak dimakan untuk mengelak kanser? – Teh Hijau. Teh hijau dan teh hitam mengandungi antioksidan tertentu yang dikenali sebagai polifenol (catechins), yang mampu mencegah kanser. Teh hijau paling baik, diikuti oleh ...
Baca Seterusnya...
Daun Rerama Ada Ciri Antibarah Dan Antikeradangan
Daun Rerama Mempunyai Ciri-Ciri Anti Barah Dan Anti Keradangan SERDANG - Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan dikenali sebagai daun rerama atau Red Butterfly Wing mendapati ia menunjukkan ...
Baca Seterusnya...
Kunyit Putih Penawar Kanser
Kunyit Putih atau kunyit biasa bukan lagi dikenali sebagai penyedap atau menjadi bahan dalam masakan sahaja. kini, kunyit putih juga berupaya untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit biasa mahupun penyakit koronik. ...
Baca Seterusnya...
Kanser Payudara
Pengenalan Berkaitan Kanser Payudara Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, ...
Baca Seterusnya...
Serai Penawar Kanser
Daun Pecah Beling Penawar Kanser
Teh Hijau Pencegah Kanser
Daun Rerama Ada Ciri Antibarah Dan Antikeradangan
Kunyit Putih Penawar Kanser
Kanser Payudara