Daun Rerama Ada Ciri Antibarah Dan Antikeradangan

Daun Rerama Mempunyai Ciri-Ciri Anti Barah Dan Anti Keradangan

SERDANG – Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan dikenali sebagai daun rerama atau Red Butterfly Wing mendapati ia menunjukkan ciri-ciri antibarah dan antikeradangan.

Pensyarah dan penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata, susulan penemuan awal itu, UPM akan menjalankan penyelidikan lanjut dengan melakukan saringan dan ujian praklinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.

Menurutnya, kajian peringkat kedua terhadap tumbuhan dengan nama saintifik Christia vespertilionis itu akan dijalankan terhadap haiwan.

Kajian Berkaitan Daun Rerama

“Dalam kajian itu nanti, sel barah payu dara akan disuntik ke dalam tikus dan kemudian ia akan dirawat dengan ekstrak daun rerama,” katanya.

Daun Rerama Anti Kanser
Beliau berkata, kajian peringkat kedua itu akan menggunakan sebahagian daripada Dana Inovasi Perusahaan sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Latifah berkata, saringan pertama yang dilakukan pada 2013 secara in vitro menggunakan ekstrak daun rerama terhadap enam jujukan sel barah yang sukar dirawat termasuk barah payu dara, peparu, usus besar, serviks dan ovari, mendapati sel yang paling sensitif ialah sel kanser barah payu dara.

Katanya, saringan kedua itu juga akan meneliti profil kimia daun rerama. Rujuk Sini untuk artikel lain berkaitan daun rerama.

. daun rerama

Kepada sesiapa yang mencari secara sendiri daun rerama – Mohon rujuk dos pengambilan yang sesuai daripada pakar atau pihak yang berkaitan. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diinginkan berlaku. Terima kasih.

.

 

Sumber Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/daun-rerama-ada-ciri-antibarah-antikeradangan-1.380813

Post Berkaitan
Venez Glo Penawar Dan Mencegah Kanser
Venez Glo merupakan satu usaha murni untuk membantu pesakit kanser atau keluarga pesakit kanser untuk merawat dan mencegah kanser. Venez Glo dikaitkan sebagai penawar dan anti kanser serta baik untuk meningkatkan kecantikkan ...
Baca Seterusnya...
Jintan Hitam Antikanser
Jintan Hitam Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka. Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ...
Baca Seterusnya...
Penyelidikan Klinikal Daun Rerama
Penyelidikan Klinikal Terhadap Daun Rerama Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia memberi dana bernilai sehingga RM20 juta untuk kos penyelidikan klinikal terhadap daun rerama sehingga ia menjadi ubat ...
Baca Seterusnya...
Daun Rerama di Jom Singgah TV3
Daun Rerama di TV3 Daun rerama pernah dan telah disiarkan pada program tv Jom Singgah TV3   Rakaman Daun Rerama Butterfly Tea di Jom Singgah Tv3 Rakaman daun rerama - Butterfly Tea ini disiarkan ...
Baca Seterusnya...
Daun Rerama Boleh Merawat Kanser
 Daun Rerama Merawat Kanser daun rerama  daun rerama    aun rerama . Sumber Rujukan : Akhbar Harian Metro - 4 Februari 2015 - Muka Surat 6 & 7 | Akhbar Harian Metro - 5 ...
Baca Seterusnya...
Pokok Keladi Tikus Merupakan Penawar Kanser
Latarbelakang Pokok Keladi Tikus Pokok Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Pokok Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti Talas ...
Baca Seterusnya...
Venez Glo Penawar Dan Mencegah Kanser
Jintan Hitam Antikanser
Penyelidikan Klinikal Daun Rerama
Daun Rerama di Jom Singgah TV3
Daun Rerama Boleh Merawat Kanser
Pokok Keladi Tikus Merupakan Penawar Kanser