Tag Archives: sinar harian

Daun Rerama Ada Ciri Antibarah Dan Antikeradangan

Daun Rerama Mempunyai Ciri-Ciri Anti Barah Dan Anti Keradangan

SERDANG – Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan dikenali sebagai daun rerama atau Red Butterfly Wing mendapati ia menunjukkan ciri-ciri antibarah dan antikeradangan.

Pensyarah dan penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata, susulan penemuan awal itu, UPM akan menjalankan penyelidikan lanjut dengan melakukan saringan dan ujian praklinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.

Menurutnya, kajian peringkat kedua terhadap tumbuhan dengan nama saintifik Christia vespertilionis itu akan dijalankan terhadap haiwan.

Kajian Berkaitan Daun Rerama

“Dalam kajian itu nanti, sel barah payu dara akan disuntik ke dalam tikus dan kemudian ia akan dirawat dengan ekstrak daun rerama,” katanya.

Daun Rerama Anti Kanser
Beliau berkata, kajian peringkat kedua itu akan menggunakan sebahagian daripada Dana Inovasi Perusahaan sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Latifah berkata, saringan pertama yang dilakukan pada 2013 secara in vitro menggunakan ekstrak daun rerama terhadap enam jujukan sel barah yang sukar dirawat termasuk barah payu dara, peparu, usus besar, serviks dan ovari, mendapati sel yang paling sensitif ialah sel kanser barah payu dara.

Katanya, saringan kedua itu juga akan meneliti profil kimia daun rerama. Rujuk Sini untuk artikel lain berkaitan daun rerama.

. daun rerama

Kepada sesiapa yang mencari secara sendiri daun rerama – Mohon rujuk dos pengambilan yang sesuai daripada pakar atau pihak yang berkaitan. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diinginkan berlaku. Terima kasih.

.

 

Sumber Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/daun-rerama-ada-ciri-antibarah-antikeradangan-1.380813