Category Archives: Umum

Khasiat Buah Tin Untuk Mencegah Kanser

Segala apa yang telah diciptakan dan dikurniakan oleh Allah mempunyai keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak nampak akan hikmahnya. Ramai di antara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada buah tin atau nama latinnya Ficus Carica dan kepentingannya untuk kesihatan. Mungkin kerana buah tin bukan berasal dari negara kita tetapi ia banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean.

Asal Usul Buah Tin

Walaupun buah tin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani.

Buah Tin_ubatkanser.my

Buah Tin Disebut  Dalam Al-Quran Dan Hadis

Di dalam Al Quran juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang buah tin iaitu Surah At Tin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tin ayat 1- 3).

Jika direnung- renungkan, mesti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Quran. Ini mungkin kerana khasiat dan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah- buahan yang lain.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. Membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti).

Penemuan Khasiat Buah Tin Melalui Sains

Seiring dengan hadis tersebut, ia juga dibuktikan dengan penemuan – penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tin yang jarang diketahui dan diterokai.

Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Selain dari itu, ia juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah- buahan yang lain.

Buah Tin Kering_ubatkanser.my

Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi. Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut.

Buah Tin Mencegah Kanser Kolon

Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan. Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tin juga sesuai dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah tin boleh dianggap sebagai buah yang seharusnya diambil oleh setiap orang termasuk juga kanak- kanak. Ianya merupakan snek yang terbaik sesuai untuk semua golongan kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi. Jadi, pengambilan buah tin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung.

Buah Tin Ungu_ubatkanser.my

Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita. Namun, dengan adanya buah tin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia- siakan malah perlu dijadikan sebagai satu makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.

Buah Tin Mempunyai Bahan Yang Boleh Melawan Kanser

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Buah Tin Sebagai Bahan Anti Kanser

Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol’ dalam buah tin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain. Di samping itu, buah tin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’. ‘ Benzaldehyde’ telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘ coumarins’ adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat. Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui akan keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tin, apatah lagi ianya terhad berada di pasaran tidak seperti buah- buahan lain. Namun, seharusnya ia tidak perlu dijadikan alasan kerana ia juga terdapat juga di pasaran Malaysia dan mampu diperolehi oleh sesiapa sahaja.

Buah Tin Membantu Merawat Penyakit Kronik

Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut. Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil.

Buah Tin Diiktiraf Oleh Pakar Pemakanan

Gabungan zat yang terkandung dalam buah tin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang. Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang. Maka, tidak hairanlah jika buah tin diiktiraf oleh pakar- pakar pemakanan pada hari ini sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat- zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu, ia bermanfaat bagi penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit- penyakit tertentu. Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelarkan buah tin sebagai ‘nature’s most nearly perfect fruit’ iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi’.

jenis-Jenis Buah Tin

Oleh yang demikian, tidak akan rugi jika kita memakan buah tin, kerana manfaatnya kita akan perolehi jua walaupun mungkin dalam jangkamasa lama kerana kesihatan itu bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan.

Sumber Rujukan : http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7604-rahsia-keistimewaan-di-sebalik-buah-tiin-figs

Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kanser

Amalan penjagaan pemakanan merupakan faktor yang paling penting bagi seorang pesakit kanser. Tidak dinafikan ia memerlukan disiplin yang tinggi bagi seorang pesakit itu untuk mengamalkan pemakanan yang ‘patuh sihat’ dan sesuai sebagai diet pesakit kanser.

Di sini, keluarga memainkan tanggungjawab yang penting untuk mengatur dan menyediakan makan yang baik demi membantu pesakit mendapat makan yang sihat dan sesuai untuk merawat atau membantu dalam penyembuhan peyakit kanser. Kami lampirkan infografik yang telah dikongsikan oleh Dana Farber Cancer Institute untuk membantu pesakit dan keluarga pesakit mengamalkan pemakanan yang baik dan mengelak memakan makanan yang tidak disyorkan kepada pesakit kanser kanser.

Infografik : Makanan Terbaik Untuk Pesakit Kanser Yang Perlu Ada Di Dapur

Infografik Makanan Untuk Pesakit Kanser.jpg

.

SHARE info ini jika anda rasa ianya dapat membantu pesakit kanser. 

Pokok Herba Ini Membunuh 98% Sel Kanser Dalam Tempoh 16 Jam

Kajian Berkaitan Pokok Herba Ini

Menurut kajian yang telah dijalankan dan telah diterbitkan oleh “Life Sciene”, pokok ini dikenali sebagai “sweet wormwood” atau nama lain Artemisia Annua, telah banyak digunakan dalam perubatan Cina dan telah berjaya membunuh 98% sel kanser paru-paru sebanyak 98%.

Pokok Herba Ini Membunuh 98 Sel Kanser Dalam Tempoh 16 jam

Sebelum ini, pokok herba ini telah digunakan secara meluas untuk merawat malaria, tetapi kini telah mendapati pokok herba ini juga boleh digunakan untuk merawat kanser.

Saintis turut menambahkan iron dalam kajian yang dilakukan ke atas paru-paru yang dijangkiti sel kanser, didapati artemisinine iaitu bahan utama pokok herba ini akan menyerang sel yang rosak dan meninggalkan sel yang baik seterusnya peningkatan dalam tahap kesihatan pesakit.

Pokok Herba Ini Membunuh 98 Sel Kanser Dalam Tempoh 16 jam sahaja

Video Berkaitan Pokok Herba Ini

Untuk lebih memahami berkaitan pokok herba ini boleh rujuk video dibawah yang memaparkan Dr Len Saputo.membincangkan berkaitan pokok herba ini.

Video ke-2 di bawah memaparkan Dr Len Saputo diwawancara berkaitan cara penggunaan pokok herba ini.

Maklumat lanjut boleh refer sini:

  1. http://www.healthyfoodhouse.com/amazing-herb-kills-98-cancer-cells-just-16-hours#sthash.udrgms4P.dpuf
  2. http://www.nrc-cnrc.gc.ca/eng/achievements/highlights/2011/anti_malaria.html
  3. http://www.getwellnatural.com/artemisia-annua-qing-hao.aspx
  4. http://en.wikipedia.org/wiki/Artemisia_annua

Habbatus Sauda Makanan Sunah Rasulullah

Khasiat Habbatus Sauda Sebagai Makanan Tambahan

SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.

Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.

ID:54308579

Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.

Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.

“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.

“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.

Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.

Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.

Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.

 Pemeriksaan
SETIAP individu seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. – Gambar hiasan

Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.

Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.

“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.

“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.

Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.

Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.

Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.

Makam Firaun

Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.

Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.

Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

 Minyak Habastus Sauda Dalam Bentuk Gel
EKSTRAK minyak habbatus sauda dalam bentuk gel lembut.

Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.

“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.

Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.

“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.

Lewatkan penuaan

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.

“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

 Dr Latifah
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.

“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.

“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

.

Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3ySFGIt5u 

Madu Dan Kulit Kayu Manis Penawar Kanser

Khasiat Kulit Kayu Manis Sebagai Penawar Kanser

Kajian menunjukkan bahawa minyak kayu manis merupakan salah satu bahan penawar kanser dan merupakan solusi dalam rawatan tumor, kanser perut dan kanser kulit. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa gula mungkin penyebab sel-sel kanser kekal di dalam badan dan kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan iaitu mengawal tahap gula dalam darah.

kayu manis_ubatkanser.my

Kulit kayu manis juga memberi kesan positif untuk leukimia dan kanser sel darah putih – memetik sumber dari NCBI “The Cinnamon-Derived Michael Acceptor Cinnamic Aldehyde Impairs Melanoma Cell Proliferation, Invasiveness, and Tumor Growth”

Khasiat Madu Sebagai Penawar Kanser

Umum mengetahui mengenai khasiat madu. Melalui kajian Dr Nik Soriani dari USM, sel kanser yang dirawat dengan madu ini menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser). Madu mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser. Ini membutikan madu bahawa madu boleh dijadikan sebgai penawar kanser.

madu lebah sebagai ubat kanser

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Minuman Serbuk Kulit Kayu Manis Dan Madu Sebagai Penawar Kanser

Kajian di Jepun dan Australia telah menunjukkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit kanser secara hariannya perlu mengambil satu sudu besar madu dengan satu sudu teh serbuk kayu manis selama satu bulan 3 kali sehari. Ini merupakan cara yang menyelerakan sebagai penawar kanser.

Kayu Manis Dan Madu Penawar Kanser_ubatkanser.my

Mengamalkan Madu Dengan Kayu Manis Sebagai Penawar Kanser

Cara #1

  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 cawan air suam atau air teh – campur kesemuanya
  • Selawat 3 kali dan surah al fatihah sekali dan amalkan minum setiap pagi.

Cara #2

  • Ambil terus 2 sudu teh madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu tanpa air
  • Amalkan dengan perlahan2. Jika sudah biasa boleh tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis untuk keputusan yang lebih cepat.
  • Sertakan dengan yakin bahawa Allah SWT itu Maha Penyayang dan penyembuh segala penyakit.