Bromilin adalah satu enzim iaitu dikeluarkan daripada batang dan buah nanas. Ia adalah digunakan bagi membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Ianya dipercayai dapat mempercepatkan penyembuhan luka-luka dan lebam-lebam, dan membantu dalam penghadaman protein-protein yang melindungi sel kanser.
Kajian Berkaitan Bromilin Sebagai Penawar Kanser
Kajian menunjukkan bromilin dapat membantu merawat dan menyembuh penyakit kardiovaskular dan kanser. Terdapat bukti yang kukuh bahawa pengambilan 1,200 hingga 1,800 miligram Bromilin satu hari boleh membantu menenangkan kembali kesakitan akibat keradangan dan kanser.
Apabila digabungkan dengan antibiotik, Bromilin boleh juga membantu mengurangkan keradangan. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa Bromilin adalah baik untuk penurunan bengkak payu dara dan meningkatkan kadar pernafasan.
Bromilin disarankan supaya diambil bersama aprikot kerana ianya dipercayai merupakan agen yang sangat membantu B17 (aprikot) untuk membunuh sel kanser.
Aturan Pengambilan Bromilin Sebagai Penawar Kanser
- 1 sachet dibancuh dengan 250ml (1 gelas) air suam, pastikan air suam tersebut 1/2 jam jarak masa mendidih. Maknanya air suam tersebut berada pada suhu bawah 60 darjah cesius. Suhu yang berada pada 60 darjah cesius kebawah merupakan suhu yang mana enzim seperti, tripsin chemotripsin, bromilin dan papain dapat dipertahankan dari kemusnahan.
- 1 sachet Bromilin ini hendaklah di minum 1/2 jam sebelum memakan apa-apa jenis pemakanan yang mengandungi B17. Bromilin bertindak sebagai pemusnah lapisan protein yang melindungi sel kanser dan memudahkan B17 membunuh sel kanser.
- Bromilin paling kurang di minum 3x sehari 1/2 jam sebelum makan B17 untuk mendapatkan hasil yang luar biasa bagus.
- Bagi anda yang ingin melihat perubahan pengecutan pada saiz tumor yang cepat bromilin harus di minum setiap 4 jam. Contoh : 8 pagi, 12 tengah hari, 4 petang, 8 malam dan 4 pagi.
- Bromilin merupakan makanan pemecah protein yang melindungi mana-mana sel yang bermasaalah. Maksud sel bermasaalah adalah sel yang tidak mempunyai enzim rhodanese.