Category Archives: Al-Quran

Khasiat Buah Tin Untuk Mencegah Kanser

Segala apa yang telah diciptakan dan dikurniakan oleh Allah mempunyai keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak nampak akan hikmahnya. Ramai di antara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada buah tin atau nama latinnya Ficus Carica dan kepentingannya untuk kesihatan. Mungkin kerana buah tin bukan berasal dari negara kita tetapi ia banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean.

Asal Usul Buah Tin

Walaupun buah tin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani.

Buah Tin_ubatkanser.my

Buah Tin Disebut  Dalam Al-Quran Dan Hadis

Di dalam Al Quran juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang buah tin iaitu Surah At Tin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tin ayat 1- 3).

Jika direnung- renungkan, mesti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Quran. Ini mungkin kerana khasiat dan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah- buahan yang lain.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tin memiliki banyak khasiat antaranya dapat mengurangkan penyakit sesak nafas. Membersihkan hati dan limpa, juga menghilangkan kahak yang berkumpul serta memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan dan sebagai satu langkah pencegahan untuk melawan racun di dalam badan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti).

Penemuan Khasiat Buah Tin Melalui Sains

Seiring dengan hadis tersebut, ia juga dibuktikan dengan penemuan – penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tin yang jarang diketahui dan diterokai.

Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Selain dari itu, ia juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah- buahan yang lain.

Buah Tin Kering_ubatkanser.my

Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi. Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut.

Buah Tin Mencegah Kanser Kolon

Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan. Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan. Oleh itu, buah tin juga sesuai dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah tin boleh dianggap sebagai buah yang seharusnya diambil oleh setiap orang termasuk juga kanak- kanak. Ianya merupakan snek yang terbaik sesuai untuk semua golongan kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi. Jadi, pengambilan buah tin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung.

Buah Tin Ungu_ubatkanser.my

Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita. Namun, dengan adanya buah tin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia- siakan malah perlu dijadikan sebagai satu makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.

Buah Tin Mempunyai Bahan Yang Boleh Melawan Kanser

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tin ialah ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser. Di dalam buah tin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Buah Tin Sebagai Bahan Anti Kanser

Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson tersebut mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol’ dalam buah tin adalah paling tinggi berbanding dengan buah- buahan dan sayur- sayuran lain. Di samping itu, buah tin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’. ‘ Benzaldehyde’ telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘ coumarins’ adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat. Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui akan keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tin, apatah lagi ianya terhad berada di pasaran tidak seperti buah- buahan lain. Namun, seharusnya ia tidak perlu dijadikan alasan kerana ia juga terdapat juga di pasaran Malaysia dan mampu diperolehi oleh sesiapa sahaja.

Buah Tin Membantu Merawat Penyakit Kronik

Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi. Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut. Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil.

Buah Tin Diiktiraf Oleh Pakar Pemakanan

Gabungan zat yang terkandung dalam buah tin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang. Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang. Maka, tidak hairanlah jika buah tin diiktiraf oleh pakar- pakar pemakanan pada hari ini sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat- zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu, ia bermanfaat bagi penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit- penyakit tertentu. Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelarkan buah tin sebagai ‘nature’s most nearly perfect fruit’ iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi’.

jenis-Jenis Buah Tin

Oleh yang demikian, tidak akan rugi jika kita memakan buah tin, kerana manfaatnya kita akan perolehi jua walaupun mungkin dalam jangkamasa lama kerana kesihatan itu bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk selamanya, selagi hayat dikandung badan.

Sumber Rujukan : http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7604-rahsia-keistimewaan-di-sebalik-buah-tiin-figs

Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser

Satu kajian menunjukkan bahawa solat tahajud ternyata dapat digunakan sebagai alternatif meningkatkan dan memperbaiki daya tahan tubuh imunisasi dan menghilangkan penyakit kanser.

TERAPI SOLAT TAHAJUD BAGI PENYEMBUHAN KANSER

terapi solat tahajud bagi penyembuhan kanser

Penulis: Imam Musbikin
Mukasurat: 320

Kepedihan kanser menyentuh banyak orang dengan berbagai cara. Kanser menimpa tua dan muda; yang kaya dan yang miskin; kanser tidak pilih bulu. Kanser bukan sahaja merampas harga diri orang yang menderitanya, menghancurkan tubuh manusia, dan merobek-robek keluarga. Tetapi juga membuat orang yang menderitanya menghargai peristiwa sehari-hari yang kelihatan tidak penting; tenggelamnya matahari, makan malam dengan orang tersayang, berubahnya daun-daun musim gugur. Bagi orang yang hidup dengan kanser, setiap saat itu berharga, setiap nafas kehidupan.

Solat Tahajud Sebagai Alternatif Penyembuhan Kanser

Harapan baru muncul bagi orang-orang yang selama ini menderita kanser. Satu kajian menunjukkan bahawa solat tahajud ternyata dapat digunakan sebagai alternatif meningkatkan dan memperbaiki daya tahan tubuh imunisasi dan menghilangkan penyakit kanser.

Apabila kita melakukan solat tahajud dengan tepat, maksima dan khusyuk, maka kadar kortisol dan berbagai hormon lain dalam tubuh akan normal. Normalnya sekresi berbagai hormon tubuh melalui jalur hiphotalamic-pituatery-adrenal dapat memperbaiki daya tahan tubuh. Baiknya sistem daya tahan tubuh tidak hanya dapat menghindarkan serangan penyakit, tetapi juga menyembuhkan berbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh dapatkan DI SINI.

Ayat Al-Quran Untuk Rawatan Kanser

Ayat Al-Quran Untuk Rawatan Kanser

Ayat rawatan inidikongsikan oleh  Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Soalan : ustaz..saya nak tanya sikit..ada tak ayat-ayat al-Quran yang  boleh kita amalkan bagi merawat pnyakit kanser n leukimia…

Jawapan : 

Secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.

Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.

Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.

Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.

Dua rangkaian ayat yang saya berikan tadi, (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Al-Quran

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.

Surah Rangkaian Ayat Al-Quran Untuk Rawatan Kanser

  1. Al Anbiya’ 38 hingga 50
  2. Huud 60 hingga 80
  3. An Nahl 90 hingga 110
  4. Yunus 55 hingga 70
  5. Qasas 66 hingga 88
  6. Ibrahim 9 hingga 22
  7. Al Kahfi 38 hingga 60
  8. Yunus 71 hingga 89

60 rangkaian ayat suci Al-Quran yang merupakan ayat spesifik penyembuh  kanser. Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Cuba amalkan ayat-ayat di atas dan yakin dengan sepenuh hati bahawa yang akan menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT. Wallahu a’lam

Download ebook : Ruqyah Dan Herba Penawar Kanser

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

Cover Ikhtiar Penyembuhan Penyakit - Bonus ubatkanser.my

MAAF STOK SUDAH HABIS. 

Buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab – Edisi Kedua”  karangan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Ikhtiar Penyembuhan Penyakit - Bonus ubatkanser.my

Buku ini adalah terbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’). Harga jualan runcit buku ini ialah RM15 di Semenanjung Malayisa dan RM16 di Sabah & Sarawak.

Mukadimah Tuan Guru Berkaitan Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

Mukadimah Ikhtiar Penyembuhan Penyakit - Bonus ubatkanser.my

Dengan ilmu yang ada melalui buku ini saya berdoa dan berharap semoga mereka yang beramal dengannya akan bersedia memenuhi seruan masyarakat kerana sangat besar ganjarannya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang mafhumnya;

“Kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang kawan yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia dan ikhlas kerana Allah, maka perbuatan ini adalah lebih baik daripada kamu pergi beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan disiang harinya berpuasa, membaca al-Quran serta sembahyang sunat.” 

 Saya berharap anda akan berpegang kepada seruan ini sebagai satu amanat.

Semoga Allah SWT   mengurniakan sepenuh keberkatan dan rahmatnya kepada kita semua di dunia dan akhirat insya-Allah.

Ingatlah kepada Allah nescaya Allah akan mengingatimu.

Ikhlas dari saya:

Dato’ Dr. Haron Din

Pengasas & Penasihat  Darussyifa’

11 Februari 2008 / 4 Safar 1429H

MAAF STOK SUDAH HABIS. PEMBELIAN BOLEH RUJUK : 

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA’)

.

 

.

.

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser

Di sini, kami lampirkan beberapa rawatan alternatif bagi membantu untuk merawat pesakit kanser.

Pusat Rawatan

Pusat Rawatan Islam Darussyifa’

Dato' Dr. Haron Din

Didokong dan diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din , perubatan melalui ruqyah ini boleh diperolehi di setiap negeri.

Rujuk sini :  http://www.darussyifa.org/

No tel : 03-89250443

Doa

Surah untuk musnahkan sel kanser : KLIK SINI

Tuan Hj Lokman Abdul Hamid

Haji Lokman

Berpengalaman 16 tahun dalam mengubati pesakit kanser menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, Tuan Haji Lokman kini boleh di kunjungi di Pusat Perubatan Syifa Al-Hidayah di pelbagai Negeri.

Rujuk sini : http://www.alhidayah-medic.com/

No tel : 03 4256 5666 | 019 243 0659 (sms sahaja)

Rawatan Dari Orang Perseorangan

Pak Andak, Grik, Perak.

Sebelum memulakan sesi rawatan, Pak Ndak akan ‘scan’ keadaan pesakit. Beliau akan merawat secara berkumpulan atau secara individu mengikut tahap pesakit. Ketika rawatan, Pak Ndak akan berusaha ‘memindahkan’ sakit yang dihidapi kepada ayam kampung. . Pak Ndak akan ‘scan’ badan semula dan akan mengesyorkan berapa kali perlu hadir untuk rawatan ulangan.

Setelah tamat sesi pada setiap hari, sakit yang dipindah kepada ayam tadi akan dipindahkan pula kepada batu

Jika pesakit berada jauh dari tempatnya dan mahu mendapat rawatan secara ulangan secara berterusan, pesakit dan keluarga di syorkan boleh menginap di homestay berdekatan atau motel-motel di Pekan Grik.

Alamat :

Kampung Air Panas,

No 5, Taman Hj Ali, Grik, Perak.

No Tel : 013-4092378

Ayah Chik, Dungun, Terengganu

Kata Ayah Chik, dia menerima kunjungan pelanggan yang agak luar biasa ramainya sejak dua bulan lalu bermula awal pagi hinggalah lewat malam.

ayah chik

Menurutnya, rata-rata yang datang adalah penghidap penyakit kronik termasuk segala jenis kanser, buah pinggang, masalah jantung , strok dan pelbagai lagi. “Saya diberi keistimewaan oleh ALLAH dalam dunia perubatan tradisional yang diwarisi dari keturunan ayah saya tetapi sebelum ini tidak berkesempatan membantu kerana berkhidmat dengan kerajaan.

“Sebaik sahaja pencen lima tahun lalu saya mula membantu orang ramai untuk berubat tetapi tidaklah terlalu serius sehinggalah sejak kebelakangan ini.

“Dalam sehari saya tidak putus-putus menerima kunjungan pesakit dan dalam sehari tidak kurang 60 pesakit saya rawat,” katanya.

Berubat guna ayat al-Quran. Menurutnya, perkhidmatannya dibuka sehingga jam 6 sahaja, namun masih ada tetamu yang bertandang sehingga jam 12 tengah malam. “Saya berubat cara Islam dan hanya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sahaja iaitu dengan menepuk atau menggosok bahagian yang sakit diiringi bacaan.

“Caranya saya cuba menggantikan kebaikan ayat-ayat suci al-Quran dan berusaha mengeluarkan kesakitan yang dialami.

“Alhamdulillah ramai pesakit saya yang pulih atau beransur ke arah lebih baik, contohnya dari sakit terlantar sehingga boleh bangun dan pelbagai lagi,” katanya.

Kata Ayah Chik, dulu dia bekerja membantu masyarakat dan dia ingin meneruskan kesinambungan itu walaupun caranya berbeza.“Bukan keuntungan dicari dan pelanggan yang datang membayar mengikut kemampuan atau kehendak mereka, malah jika mereka bagi RM1 pun saya tidak kisah. “Apa yang penting selagi khidmat diperlukan saya akan cuba membantu,” katanya.

Penyakit beransur hilang. Pelanggannya, Zanariah Azhar, 52, berkata, dia menghidap kanser payudara tahap ketiga dan sudah merata tempat pergi berubat tetapi tiada perubahan.

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik menerusi Facebook dan rakan-rakan maklumkan. Walaupun jauh dari Johor saya tetap datang kerana jika dapat pulih ia sesuatu yang sangat didambakan sekarang.

“Ikhtiar saya tidak terhenti dan saya berharap selepas tiga kali berubat dengan Ayah Chik, penyakit saya akan beransur hilang. “Ayah Chik juga ikhlas membantu dan tidak meletakkan sebarang harga untuk mendapatkan rawatan tetapi terserahlah kepada kita,” katanya.

Ibu pesakit buah pinggang, Rohaya Teh, 40 berkata, anaknya Mohd Adib Farhan Mohf Abdul Azid , 10, disahkan mempunyai masalah buah pinggang sejak berusia tiga tahun.

“Selain berjumpa pakar, kami banyak berikhtiar cara tradisional dan ulang-alik ke hospital dua minggu sekali. Perutnya kembung kerana penyakit ini dan merata tempat sudah kami cuba berubat.

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik melalui WhatsApp dan tergerak hati untuk ke sini. Setelah rawatan kali pertama, anak saya kelihatan lebih baik dan besar harapan saya untuk melihatnya sembuh seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Alamat :

9262 Kampung Alor Tembesu,

23000, Dungun Terengganu.

No Tel : 012 938 3776

Rawatan Reiki Penawar Kanser

Reiki adalah terapi bio-energi di bawah naungan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”

Rawatan Reiki Kanser

Reiki berasal daripada bahasa Jepun iaitu rei bererti alam semesta dan ki pula ialah tenaga.

Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan.

myac-metro-01012015

Reiki dipercayai juga dapat membantu dalam sesi rawatan penyakit kanser. Di luar negara, boleh dikatakan ada diantara pesakit kanser turut mendapatkan rawatan reiki sebagai usaha untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Reiki dipercayai dapat membantu pesakit kanser untuk mendapatkan ketenangan, mengurangkan rasa stress ketika menghadapi sakit kanser dan dapat mempengaruhi agar penyakit kanser mudah dirawat.

Reiki juga dipercayai membantu seseorang pesakit mendapat ‘aura’ yang baik dan mempengaruhi sesi penyembuhan yang positif kerana, reiki menyingkirkan tenaga negative dalam badan.

Antara Pusat Rawatan Reiki di Malaysia:

I-QUEST TRAINING & CONSULTANCY

Dr. Mir Hazil Azran Ramli

24C Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K

Seksyen 9,

40100 Shah Alam,

Malaysia. (Belakang Hotel Concorde Shah Alam)

Tel: +60173002349 / +60173332349

Rujuk Sini: https://www.facebook.com/IQuestTrainingConsultancy/info/?tab=overview

Diuruskan oleh : Dr. Mir Hazil Azran Ramli (Master Reiki)

Buku Reiki Mir Hazil

MYAURACRYSTAL PLT

1st Floor, Shoplot 179A,

Jalan 8/1, Seksyen 8,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

Malaysia.

Tel: +60122636925  /  +60129402552

Rujuk Sini : http://myauracrystal.com.my/

Diuruskan oleh : Puan Fazreena Khalid (Master Reiki)

Rawatan Qigong Penawar Kanser

Senaman tradisional dari China yang dikenali sebagai ‘QiGong’ dikatakan mampu mencegah penyakit barah.

Menurut Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRe) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mazanah Muhammad, senaman yang menggunakan teknik kawalan pernafasan itu dapat mengekalkan kesihatan pada tahap yang baik.

Qigong Penawar Kanser

“Senaman ini kelihatan sama seperti ‘Tai Chi’ namun apa yang membezakannya adalah kawalan pernafasan dan menggunakan tenaga dalaman.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20120422/wk_01/Senaman-QiGong-mampu-cegah-barah

SUPERQIGONG

9156, Jalan Bandar 4,

Taman Melawati

53100 Kuala Lumpur. Malaysia

Tel : +60178713000

Diruskan oleh: Dr Amir

Air Zam Zam Penawar Kanser

Kelebihan Air Zam Zam Sebagai Penawar Kanser

  1. Makanan yang mengenyangkan.
  2. Ubat penyakit kecuali mati.
  3. Air yang penuh keberkatan.
  4. Abu Majah yang memetik Jaabir Abdullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda : Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat.”
  5. Anti-kuman. Kandungan air zam-zam yang sememangnya bersih dan selamat untuk diminum sejak dahulu sehinggasekarang tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain.
  6. Antioksidan yang tinggi dan boleh melawan sel kanser.
  7. Mengandungi kandungan garam yang stabil.
  8. Amat baik dan sesuai untuk orang yang melakukan kerja berat, penat mengerjakan haji dan penat berjalan jauh.
  9. Mengandungi kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, iodin, flourida, natrium dan kalium yang tinggi.
  10. Wujud secara semula jadi dalam bentuk alkali dapat menghalang sel kanser hidup.
  11. Dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut dan secara tidak langsung mampu mencegah penyakit gastrik.

Sahih Muslim pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam-zam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: “Siapakah yang memberi saudara makan?” Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zam-zam. “Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus.”

telaga air zam zam

Telaga air zam zam

Imam at-Tirmizi pernah berkata, “ Orang yang meminum air zam-zam itu :

  • Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
  • Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.
  • Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
  • Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
  • Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.
  • Jika dia minum mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
  • Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
  • Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.
  • Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.
  • Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

“sebaik-baik air dipermukaan bumi adalah air zamzam.Di dalamnya ada nilai gizi yang mengenyangkan dan merupakan penawar bagi segala macam penyakit.

NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA:

“Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.Bila engkau meminumnya kerana meminta untuk kesembuhan maka allah akan menyembuhkanmu.bila engkau meminum untuk mengenyangkan maka Allah akan mengenyangkanmu,dan bila meminumnya dengan niat untuk menghilangkan rasa dahaga maka allah akan menghilangkan rasa dahaganya.Ia adalah perigi yang digali oleh jibril dan minuman dari Allah untuk Ismail A.S

Ahli sains Jepun yang melebihi 500 orang telah membuat kajian tentang air zam-zam mengakui air biasa tidak akan dapat menandingi air zam-zam walaupun telah diolah dengan berbagai cara tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Setelah menggunakan peralatan yang canggih untuk mengubah kandungan air zam-zam, ahli sains jepun tetap mengakui mereka tidak mampu mengubah kandungan khasiat yang terdapat dalam air zam-zam.

Air zam zam adalah penghulu segala air di mana manfaat meminumnya adalah sangat baik berbanding air–air yang lain. Air zam zam mengandungi gizi yang seimbang dan boleh di katakan sebagai makanan lengkap berbanding hanya sekadar ‘minuman’.

Antara keajaiban air zam zam yang paling menonjol adalah kebolehan air zam zam untuk bertindak balas berdasarkan niat anda atau doa anda ketika meminumnya. Jadi, antara doa yang anda boleh baca ketika meminum air zam zam supaya anda dapat berkat dariNya adalah:

Doa Pertama

Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit

Doa Kedua

Baca Alfatihah dengan yakin. Kemudian minum air zam zam. Ramai telah mencuba amalan ini dan hasilnya sangat memberangsangkan di mana ia telah menyembuhkan banyak penyakit. Ada cerita di mana seorang pemuda sedang demam panas yang teruk. Kemudiannya dia mengambil air zam zam dan membaca Alfatihah sebelum meminumnya. Hasilnya dia kembali sihat dan mempunyai kesihatan yang sempurna.

Doa Ketiga

Baca bismillah dan seterusnya doa mengikut hajat atau niat anda. Contohnya anda ingin menuntut ilmu, doalah supaya hati anda terang untuk menerima ilmu dari Allah Taala. Selesai berdoa, anda minum air zam zam dengan tenang. Ketika ada mengambil nafas, anda doa lagi pada Allah Taala. Selain itu, niat di dalam hati bahawa anda inginkan hajat anda tertunai kerana Allah Taala.