Category Archives: Umum

Madu Dan Kulit Kayu Manis Penawar Kanser

Khasiat Kulit Kayu Manis Sebagai Penawar Kanser

Kajian menunjukkan bahawa minyak kayu manis merupakan salah satu bahan penawar kanser dan merupakan solusi dalam rawatan tumor, kanser perut dan kanser kulit. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa gula mungkin penyebab sel-sel kanser kekal di dalam badan dan kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan iaitu mengawal tahap gula dalam darah.

kayu manis_ubatkanser.my

Kulit kayu manis juga memberi kesan positif untuk leukimia dan kanser sel darah putih – memetik sumber dari NCBI “The Cinnamon-Derived Michael Acceptor Cinnamic Aldehyde Impairs Melanoma Cell Proliferation, Invasiveness, and Tumor Growth”

Khasiat Madu Sebagai Penawar Kanser

Umum mengetahui mengenai khasiat madu. Melalui kajian Dr Nik Soriani dari USM, sel kanser yang dirawat dengan madu ini menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser). Madu mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser. Ini membutikan madu bahawa madu boleh dijadikan sebgai penawar kanser.

madu lebah sebagai ubat kanser

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Minuman Serbuk Kulit Kayu Manis Dan Madu Sebagai Penawar Kanser

Kajian di Jepun dan Australia telah menunjukkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit kanser secara hariannya perlu mengambil satu sudu besar madu dengan satu sudu teh serbuk kayu manis selama satu bulan 3 kali sehari. Ini merupakan cara yang menyelerakan sebagai penawar kanser.

Kayu Manis Dan Madu Penawar Kanser_ubatkanser.my

Mengamalkan Madu Dengan Kayu Manis Sebagai Penawar Kanser

Cara #1

  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 cawan air suam atau air teh – campur kesemuanya
  • Selawat 3 kali dan surah al fatihah sekali dan amalkan minum setiap pagi.

Cara #2

  • Ambil terus 2 sudu teh madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu tanpa air
  • Amalkan dengan perlahan2. Jika sudah biasa boleh tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis untuk keputusan yang lebih cepat.
  • Sertakan dengan yakin bahawa Allah SWT itu Maha Penyayang dan penyembuh segala penyakit.

5 JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MENCEGAH KANSER

Oren atau Limau

limau gedang_ubatkanser.my

Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C. Merupakan antioksidan yang dijumpai di dalam kebanyakan buah dan sayuran. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut,kolon,payudara dan serviks.

Kacang

ubi keledek_ubatkanser

Terdapat kajian yang mendapati memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut,kolon,paru-paru, dan kanser yang lain. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin E seperti kacang,mentega kacsng, kacang almond dan biji kuaci dalam diet harian kita membantu menguatkan sel badan kita.

Buah Beri

buah beri_ubatkanser.my

Buah Beri merupakan buah terbaik untuk mencegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberries,blueberries, dan cranberries. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.

Ubi Keledek

ubi keledek_ubatkanser (1)

Ubi keledek mengandungi beta-karotin yang merupakan antioksidan yang hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-karotin dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru,perut dan kolon.

Ikan Salmon Segar

ikan salmon_ubatkanser.my

Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser termasukkanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D mungkin dapat menghadang salur darah pada tumor yang membesar.

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser

Di sini, kami lampirkan beberapa rawatan alternatif bagi membantu untuk merawat pesakit kanser.

Pusat Rawatan

Pusat Rawatan Islam Darussyifa’

Dato' Dr. Haron Din

Didokong dan diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din , perubatan melalui ruqyah ini boleh diperolehi di setiap negeri.

Rujuk sini :  http://www.darussyifa.org/

No tel : 03-89250443

Doa

Surah untuk musnahkan sel kanser : KLIK SINI

Tuan Hj Lokman Abdul Hamid

Haji Lokman

Berpengalaman 16 tahun dalam mengubati pesakit kanser menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, Tuan Haji Lokman kini boleh di kunjungi di Pusat Perubatan Syifa Al-Hidayah di pelbagai Negeri.

Rujuk sini : http://www.alhidayah-medic.com/

No tel : 03 4256 5666 | 019 243 0659 (sms sahaja)

Rawatan Dari Orang Perseorangan

Pak Andak, Grik, Perak.

Sebelum memulakan sesi rawatan, Pak Ndak akan ‘scan’ keadaan pesakit. Beliau akan merawat secara berkumpulan atau secara individu mengikut tahap pesakit. Ketika rawatan, Pak Ndak akan berusaha ‘memindahkan’ sakit yang dihidapi kepada ayam kampung. . Pak Ndak akan ‘scan’ badan semula dan akan mengesyorkan berapa kali perlu hadir untuk rawatan ulangan.

Setelah tamat sesi pada setiap hari, sakit yang dipindah kepada ayam tadi akan dipindahkan pula kepada batu

Jika pesakit berada jauh dari tempatnya dan mahu mendapat rawatan secara ulangan secara berterusan, pesakit dan keluarga di syorkan boleh menginap di homestay berdekatan atau motel-motel di Pekan Grik.

Alamat :

Kampung Air Panas,

No 5, Taman Hj Ali, Grik, Perak.

No Tel : 013-4092378

Ayah Chik, Dungun, Terengganu

Kata Ayah Chik, dia menerima kunjungan pelanggan yang agak luar biasa ramainya sejak dua bulan lalu bermula awal pagi hinggalah lewat malam.

ayah chik

Menurutnya, rata-rata yang datang adalah penghidap penyakit kronik termasuk segala jenis kanser, buah pinggang, masalah jantung , strok dan pelbagai lagi. “Saya diberi keistimewaan oleh ALLAH dalam dunia perubatan tradisional yang diwarisi dari keturunan ayah saya tetapi sebelum ini tidak berkesempatan membantu kerana berkhidmat dengan kerajaan.

“Sebaik sahaja pencen lima tahun lalu saya mula membantu orang ramai untuk berubat tetapi tidaklah terlalu serius sehinggalah sejak kebelakangan ini.

“Dalam sehari saya tidak putus-putus menerima kunjungan pesakit dan dalam sehari tidak kurang 60 pesakit saya rawat,” katanya.

Berubat guna ayat al-Quran. Menurutnya, perkhidmatannya dibuka sehingga jam 6 sahaja, namun masih ada tetamu yang bertandang sehingga jam 12 tengah malam. “Saya berubat cara Islam dan hanya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sahaja iaitu dengan menepuk atau menggosok bahagian yang sakit diiringi bacaan.

“Caranya saya cuba menggantikan kebaikan ayat-ayat suci al-Quran dan berusaha mengeluarkan kesakitan yang dialami.

“Alhamdulillah ramai pesakit saya yang pulih atau beransur ke arah lebih baik, contohnya dari sakit terlantar sehingga boleh bangun dan pelbagai lagi,” katanya.

Kata Ayah Chik, dulu dia bekerja membantu masyarakat dan dia ingin meneruskan kesinambungan itu walaupun caranya berbeza.“Bukan keuntungan dicari dan pelanggan yang datang membayar mengikut kemampuan atau kehendak mereka, malah jika mereka bagi RM1 pun saya tidak kisah. “Apa yang penting selagi khidmat diperlukan saya akan cuba membantu,” katanya.

Penyakit beransur hilang. Pelanggannya, Zanariah Azhar, 52, berkata, dia menghidap kanser payudara tahap ketiga dan sudah merata tempat pergi berubat tetapi tiada perubahan.

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik menerusi Facebook dan rakan-rakan maklumkan. Walaupun jauh dari Johor saya tetap datang kerana jika dapat pulih ia sesuatu yang sangat didambakan sekarang.

“Ikhtiar saya tidak terhenti dan saya berharap selepas tiga kali berubat dengan Ayah Chik, penyakit saya akan beransur hilang. “Ayah Chik juga ikhlas membantu dan tidak meletakkan sebarang harga untuk mendapatkan rawatan tetapi terserahlah kepada kita,” katanya.

Ibu pesakit buah pinggang, Rohaya Teh, 40 berkata, anaknya Mohd Adib Farhan Mohf Abdul Azid , 10, disahkan mempunyai masalah buah pinggang sejak berusia tiga tahun.

“Selain berjumpa pakar, kami banyak berikhtiar cara tradisional dan ulang-alik ke hospital dua minggu sekali. Perutnya kembung kerana penyakit ini dan merata tempat sudah kami cuba berubat.

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik melalui WhatsApp dan tergerak hati untuk ke sini. Setelah rawatan kali pertama, anak saya kelihatan lebih baik dan besar harapan saya untuk melihatnya sembuh seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Alamat :

9262 Kampung Alor Tembesu,

23000, Dungun Terengganu.

No Tel : 012 938 3776

Rawatan Reiki Penawar Kanser

Reiki adalah terapi bio-energi di bawah naungan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”

Rawatan Reiki Kanser

Reiki berasal daripada bahasa Jepun iaitu rei bererti alam semesta dan ki pula ialah tenaga.

Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan.

myac-metro-01012015

Reiki dipercayai juga dapat membantu dalam sesi rawatan penyakit kanser. Di luar negara, boleh dikatakan ada diantara pesakit kanser turut mendapatkan rawatan reiki sebagai usaha untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Reiki dipercayai dapat membantu pesakit kanser untuk mendapatkan ketenangan, mengurangkan rasa stress ketika menghadapi sakit kanser dan dapat mempengaruhi agar penyakit kanser mudah dirawat.

Reiki juga dipercayai membantu seseorang pesakit mendapat ‘aura’ yang baik dan mempengaruhi sesi penyembuhan yang positif kerana, reiki menyingkirkan tenaga negative dalam badan.

Antara Pusat Rawatan Reiki di Malaysia:

I-QUEST TRAINING & CONSULTANCY

Dr. Mir Hazil Azran Ramli

24C Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K

Seksyen 9,

40100 Shah Alam,

Malaysia. (Belakang Hotel Concorde Shah Alam)

Tel: +60173002349 / +60173332349

Rujuk Sini: https://www.facebook.com/IQuestTrainingConsultancy/info/?tab=overview

Diuruskan oleh : Dr. Mir Hazil Azran Ramli (Master Reiki)

Buku Reiki Mir Hazil

MYAURACRYSTAL PLT

1st Floor, Shoplot 179A,

Jalan 8/1, Seksyen 8,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

Malaysia.

Tel: +60122636925  /  +60129402552

Rujuk Sini : http://myauracrystal.com.my/

Diuruskan oleh : Puan Fazreena Khalid (Master Reiki)

Rawatan Qigong Penawar Kanser

Senaman tradisional dari China yang dikenali sebagai ‘QiGong’ dikatakan mampu mencegah penyakit barah.

Menurut Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRe) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mazanah Muhammad, senaman yang menggunakan teknik kawalan pernafasan itu dapat mengekalkan kesihatan pada tahap yang baik.

Qigong Penawar Kanser

“Senaman ini kelihatan sama seperti ‘Tai Chi’ namun apa yang membezakannya adalah kawalan pernafasan dan menggunakan tenaga dalaman.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20120422/wk_01/Senaman-QiGong-mampu-cegah-barah

SUPERQIGONG

9156, Jalan Bandar 4,

Taman Melawati

53100 Kuala Lumpur. Malaysia

Tel : +60178713000

Diruskan oleh: Dr Amir

Dr Syed Merawat Kanser

Dr. Syed Kongsi Ilmu Rawatan Alternatif Kanser

Penampilannya bersahaja, memakai topi koboi, dia memberi ceramah tentang kesihatan yang diselangi dengan unsur jenaka. Pasti ramai yang tidak menyangka lelaki ini sebenarnya pakar perubatan holistik.

Prof Dato Seri Dr Syed Putra Meir

Pemilik sebuah syarikat dinamik yang mempunyai rangkaian produk kesihatan, Jobless Millionaires International (JMI) ini mungkin sudah mencapai segala yang diimpikannya. Beliau mempunyai kerjaya yang bagus sebagai doktor perubatan, keluarga yang bahagia bahkan mampu memandu kereta mewah sendiri. Namun, semua itu bukanlah noktah perjuangannya kerana dia mahu mendidik dan membantu masyarakat tentang pengertian kesihatan sebenar.

Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir bukanlah nama asing dalam bidang holistik. Beliau merupakan Pakar Holistik Pemakanan dan Perubatan Orthomolekul.

Dr. Syed mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Republik Indonesia dan diiktiraf sebagai pakar perubatan dalam bidang rawatan alternatif. Kini beliau fokus dalam bidang rawatan alternatif penyakit kanser kronik dan menjadi ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Pembelajaran Merawat Penyakit Kanser

Dr. Syed memberitahu, dia memperolehi ilmu pengetahuan tentang bidang ini di Hospital The Oasis of Hope, Tijuana, Mexico.

“Di sana saya mempelajari cara merawat penyakit kanser melalui kaedah perubatan altenatif orthomolekul,” katanya. Perjuangannya tidak hanya terhenti di situ sahaja, beliau kemudian menubuhkan JMI iaitu kumpulan anak syarikat Vision B Seventeen Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia. Tambah Dr. Syed, visi dan matlamat syarikatnya adalah untuk menyediakan akses kepada rawatan yang berkualiti kepada semua masyarakat terutama untuk penyakit abad ke-21 yang menjadi igauan hidup masyarakat zaman moden ini.

Merawat Penyakit Kanser

Ditanya pilihan bidangnya iaitu penyakit kanser, Dr. Syed yakin bahawa kanser bukanlah hukuman mati dan boleh dirawat.

“Tiada sebarang keraguan dalam minda saya tentang kenyataan ini,” katanya ringkas.

Dr. Syed sudah pun mengamalkan kaedah rawatan ini sejak dua dekad lalu. Beliau mengakui pada mulanya kaedah rawatan alternatif kurang mendapat sambutan dan kurang diterima.

Rawatan Penyakit Kanser

“Banyak keraguan dan syak wasangka yang timbul dalam kalangan orang ramai waktu itu. Namun, perubatan moden pun ada batasnya. Kebanyakan pesakit kanser datang dan meminta rawatan daripada saya apabila keadaan mereka sudah kronik. Majoritinya ialah tahap empat dan datang mendapatkan rawatan daripada saya sebagai pilihan terakhir. Bagi saya, penyakit ini boleh dikawal dan ditangani. Lama-kelamaan ramai yang boleh menerima rawatan alternatif kerana keputusan positif pesakit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Syed mengakui, sukar untuk mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga tetapi apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan jujur, pasti kita akan dapat mengatasi segala cabaran dan dugaan. Katanya, dia amat bertuah kerana keluarganya memahami kepentingan kerjayanya dan sentiasa membantu dalam segala aspek.

“Saya amat berbesar hati untuk berkongsi masa dengan pesakit kerana menyedari bahawa saya ialah peluang terakhir bagi mereka. Saya sentiasa meletakkan kebajikan pesakit sebagai kepentingan utama dan amat berterima kasih kepada kepercayaan dan kesabaran serta sikap toleransi mereka kepada saya,” katanya.

Sementara itu, sebagai Pengerusi Eksekutif JMI, Dr. Syed akan memastikan produk keluaran syarikatnya berkualiti dan selamat. Oleh itu, semua produk JMI berasal dari formula Amerika Syarikat yang dikilangkan di bawah standard kawalan kualiti yang ketat.

Merawat Penyakit Kanser

“JMI menjual produk yang terbukti berkesan dengan harga berpatutan. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang JMI, boleh melayari www.joblessmillionaires.com atau hubungi 0320356889,” katanya.

Sumber Rujukan : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/dr-syed-kongsi-ilmu-rawatan-alternatif-1.74952

P.s – Prof Dato Seri Dr Syed boleh dihubungi di : https://www.facebook.com/Prof-Dato-Seri-Dr-Syed-Putra-Meir-1611080189160205/ | 03-41444489

P.p.s – Pihak kami TIADA KENA MENGENA dengan Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir. Kami hanya berkongsi maklumat kepada yang memerlukan.

Berlakunya Krisis Penyembuhan

Soalan Berkaitan Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)

krisis penyembuhan

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.

Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

  1. Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan (supplemen)?

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita mengambil nutrien, ia akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan dan penyingkiran toksin dalam badan anda yang telah lama terkumpul.

Proses ini terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.

Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

  1. Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.

Sesetengah orang akan berfikir yang simpton mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

  1. Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simpton yang sama semasa krisis penyembuhan?

Setiap orang adalah berbeza. Bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan masing-masing. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan . Sesetengah individu pula akan mengalami krisis penyembuhan selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

  1. Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau mungkin berbulan lamanya.

Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi  saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, tahap kesihatan semakin baik dan secara keseluruhan badan bertambah cantik & sihat)

Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti berikut

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  • Kurang minum air ~ disarankan minum air putih 3 hingga 4 liter sehari
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambil supplemen
  • Mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat & sempurna
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman berakhohol & minuman bergas
  • Tidur lewat malam (kurang tidur)
  • Mengalami penyakit kronik yang memer lukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi
  1. Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan krisis penyembuhan?

Seperti sebuah tangki yang kotor, apabila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan krisis penyembuhan. Perlu minum air yang banyak supaya kesan krisis penyembuhan dapat diatasi. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan supplemen, malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita.

  1. Kenapa perlu minum air yang banyak apabila mengambil supplemen?

Air amat diperlukan dalam proses ini untuk membuatkan supplement menyerap ke dalam sistem badan dengan lebih maximum. Ini memudahkan proses penyingkiran toksin dalam tubuh badan anda.

Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau satu senduk gula di dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.

Jika anda jenis yang kurang suka minum air, lupakan saja untuk mengamalkan supplemen. Anda ambillah suplement sebanyak mana sekali pun ataupun supplemen yang mahal tapi ia tetap tidak berkesan dalam badan anda. Anda hanya membazir duit sahaja dengan membeli suplemen.

  1. Adakah perlu berhenti mengambil supplemen apabila berlakunya Krisis penyembuhan?

Tidak. Anda perlu meneruskan dan Krisis penyembuhan itu akan berhenti secara perlahan sehingga segala toksin di dalam badan anda disingkirkan. Pengambilan Supplemen perlu diteruskan sampai bila-bila kerana badan kita sentiasa memerlukan nutrien untuk membina sel2 baru dalam badan.

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom

Krisis Penyembuhan #1

Sakit kepala yang melampau

Penyebab: Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Krisis Penyembuhan #2

Demam, tidak cukup rehat

Penyebab: Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

Krisis Penyembuhan #3

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis, air kencing, peluh berbau

Penyebab: Petanda bagi menyahtoksin, toksin ,bahan buangan dan sisa-sisa terhimpun banyak dalam usus besar

Krisis Penyembuhan #4

Kembung perut

Penyebab: Sistem penghadaman yang lemah

Krisis Penyembuhan #5

Ruam,jerawat, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir

Penyebab: Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat, toksin banyak terkumpul dalam badan

Krisis Penyembuhan #6

Penghasilan lendir seperti selsema, kahak

Penyebab: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Krisis Penyembuhan #7

Pendarahan Hidung

Penyebab: Petanda bagi kekurangan darah

Krisis Penyembuhan #8

Rasa sakit pada otot dan sendi

Penyebab: Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Krisis Penyembuhan #9

Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah

Penyebab: Mempercepatkan krisis penyembuhan

Krisis Penyembuhan #10

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif

 Penyebab: Sistem saraf yang lemah

Krisis Penyembuhan #11

Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit  buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak.

Penyebab: Sistem Rahim bermasalah

Krisis Penyembuhan #12

Lapar, Pening

Penyebab: Tekanan darah rendah, anaemia

Krisis Penyembuhan #13

Loya, sembelit, tersedu

Penyebab: Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Krisis Penyembuhan #14

Edema (membengkak)

Penyebab: Masalah buah pinggang

Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara

Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara

kanser-payudara-gambar-top

Kanser atau barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun. Bermaknanya ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja, baik yang tua mahupun yang muda.

Apa sebenarnya barah payudara ini?

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

kanser-payudara-1

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa. Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Bagi payudara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting.

Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

Tahap Kanser Payudara 

kanser-payudara-tanda

Tahap  1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

Faktor Kanser Payudara

1. Umur – umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.

2. Sejarah keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser – pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

6. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

7. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

Tanda Kanser Payudara
  1. Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
  2. Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
  3. Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
  4. Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
  5. Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.

Mengesan kanser payudara

Mamografi

Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.

Anda boleh lakukan pemeriksaan mamografi di hospital kerajaan dan juga swasta ( bayaran dikenakan ). Sempena bulan kesedaran kanser payudara, Philips Malaysia juga akan mengadakan pemeriksaan mamografi secara percuma di sebuah hospital di Shah Alam.

Ultrasonografi

Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

Biopsi

Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.

Sumber Rujukan : http://www.wanista.com/kenali-faktor-dan-tanda-awal-kanser-payudara/

Kanser Kulit

Pengenalan Kanser Kulit

Kanser kulit atau barah kulit merupakan ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh sel yang tidak normal. Terdapat pelbagai jenis barah kulit yang berasal dari sel-sel lapisan kulit yang berlainan. Tiga jenis barah kulit yang utama adalah basal cell carcinoma, squamous cell carcinoma dan melanoma. Melanoma merupakan barah kulit yang paling bahaya di mana ia membesar dan merebak ke organ badan yang lain dengan cepat.

Faktor risiko Kanser Kulit

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan barah kulit pada seorang pesakit. Ianya termasuk:

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultraungu

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultra-ungu (UV) dari sinaran matahari akan merosakkan DNA dan seterusnya menyebabkan kejadian barah kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada UVA dan UVB dalam jangkamasa yang panjang samada dari sinaran matahari atau penggunaan alat pancaran UV akan meningkatkan risko seseorang mendapat barah kulit.

Jenis kulit

Individu yang mempunyai jenis kulit yang cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding individu yang gelap warna kulitnya.

Faktor genetik

Terdapat beberapa jenis penyakit genetik yang menyebabkan pesakit lebih sensitif kepada pancaran matahari. Sebagai contoh, pesakit yang menghidapi xeroderma pigmentosum tidak dapat memulihkan sel-sel kulit yang rosak selepas pendedahan kepada pancaran matahari kerana kekurangan mekanisma untuk memperbaiki DNA yang rosak berbanding dengan orang normal. Akibatnya, kulit pesakit sangat sensitif dan kerapkali terbakar jika terdedah kepada pancaran matahari. Mereka lebih cenderung menghidap penyakit barah pada usia yang muda. Walaubagaimanapun, penyakit genetik sedemikian amat jarang berlaku.

Kekurangan sistem ketahanan badan

Pesakit yang mendapatkan rawatan selepas pemindahan organ mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat penyakit barah kulit.

Jangkitan Human Papilloma Virus

Jangkitan virus ini memainkan peranan yang penting dalam pembentukan barah terutamanya kanser vulva dan zakar

Pendedahan kepada arsenik dan radiasi

Pendedahan kepada bahan kimia seperti arsenik boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat barah kulit. Kadar arsenik yang lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan boleh disebabkan oleh air minuman dari perigi yang tercemar. Sumber lain keracunan arsenik adalah dari ubat-ubatan tradisional. Selain itu, pendedahan seseorang kepada pancaran radiasi juga meningkatkan risiko mendapat barah kulit.

Merokok

Merokok juga dihubungkait dengan kejadian barah kulit

Kronik ulser

Individu yang mempunyai ulser yang tidak sembuh selepas bertahun-tahun ataupun parut yang tertentu mungkin mempunyai kecenderungan menjadi barah kulit pada jangka masa yang panjang.

Tanda-Tanda Klinikal Penyakit Kanser Kulit

Kanser kulit lebih cenderung melibatkan bahagian badan seperti muka, kepala, leher, serta lengan. Ini disebabkan bahagian-bahagian tersebut tidak dilindungi dan terdedah terus kepada pancaran matahari. Barah kulit mempunyai rupa yang berlainan bergantung kepada jenisnya. Ini termasuk perubahan pada kulit yang tidak boleh sembuh, ulser, perubahan warna dan perubahan rupa tahi lalat yang sedia ada. Basal cell carcinoma(Gambar 1) mungkin bermula dari hanya satu tompok kulit yang kecil dan semakin membesar menjadi tompok yang bulat atau bujur dan seterusnya tumbuh menjadi ketumbuhan yang mempunyai rolled edge. Barah ini mungkin berdarah pada bahagian tengahnya dan seterunya membentuk ulser yang bernama rodent ulcer.

Gambar 1: Basal cell carcinoma

Tompok hitam dengan permukaan yang tidak sekata pada pipi

Gambar 2 : Squamous cell carcinoma

Ulser pada pangkal paha

Gambar 3 : Melanoma

Ketumbuhan hitam pada tunggal kaki

Squamous cell carcinoma (Gambar 2) pula berwarna merah dan berbentuk tidak sekata. Ianya sakit bila disentuh dan boleh juga membentuk ulser. Bahagian tepi barah juga lebih tinggi berbanding bahagian tengah. Melanoma (Gambar 3) biasanya berwarna gelap atau hitam walaupun kadangkala mempunyai warna coklat terang. Permukaan barah ini biasanya tidak sekata. Pada peringkat awal, tahi lalat mempunyai bahagian tepi yang tidak sekata dan mempunyai berbagai warna pada permukaan barah. Diameter barah ini biasanya melebihi 6mm.

Diagnosa Kanser Kulit

Diagnosa kanser kulit memerlukan gabungan tanda-tanda klinikal penyakit dan biopsi kulit. Oleh yang demikian, sebarang keadaan kulit yang mencurigakan perlu mendapat nasihat daripada doktor dengan segera. Anda akan dirujuk kepada pakar kulit atau pakar bedah untuk menjalani biopsi kulit bagi pemerikasaan histologi dengan mikroskop.

Rawatan Kanser Kulit

Rawatan kanser kulit bergantung kepada jenis barah kulit, lokasi, saiz barah, umur pesakit serta samada barah kulit ini pertama kali berlaku atau berulang semula. Ini kadangkala memerlukan satu pasukan pakar yang terdiri dari pakar kulit, pakar bedah dan pakar onkologi untuk membincangkan kaedah rawatan yang paling sesuai untuk seseorang pesakit.

Basal cell carcinoma boleh dirawat dengan cara pembedahan. Jika barah ini tidak dapat dibedah sepenuhnya disebabkan lokasi seperti berhampiran dengan mata, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi. Kaedah rawatan lain untuk barah ini termasuk cryotherapy, kemoterapi setempat (ubat imiquimod atau 5-fluorouracil) dan topical photodynamic therapy.

Untuk squamous cell carcinoma pula, pembedahan boleh dijalankan jika ketumbuhan boleh dibedah sepenuhnya. Jika barah ini tidak dapat dibedah, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi.

Oleh kerana melanoma tumbuh dan merebak dengan cepat kepada organ berdekatan seperti kelenjar limpa dan organ dalaman, pesakit perlu melalui proses staging denganCT scan dan biopsi kelenjar limpa. Jika barah tidak merebak, ketumbuhan ini boleh dibedah dengan sepenuhnya bersama sebahagian kulit yang normal. Jikalau barah ini sudah merebak, rawatan kemoterapi akan diberikan walaupun kebiasaannya tidak berkesan.

Pencegahan Kanser Kulit

Kejadian kanser kulit pada seseorang dapat dikurangkan dengan beberapa langkah seperti berikut:

  • Mengurangkan pendedahan kepada pancaran matahari terutamanya individu yang mempunyai warna kulit yang cerah
  • Mengelakkan pendedahan kepada pancaran matahari pada waktu yang mempunyai kadar UV yang tinggi iaitu dari pukul 9 pagi hingga 3 petang
  • Memakai pakaian berlengan panjang serta memakai topi bila melakukan aktitiviti di bawah pancaran matahari
  • Menggunakan krim pelindung matahari (topical sunscreen) yang dapat menhalang pancaran UVA dan UVB satu jam sebelum terdedah kepada pancaran matahari

Prognosis

Beberapa faktor termasuk jenis barah kulit dan tempuh pengesanan barah dapat mempengaruhi prognosis barah kulit.  Basal cell carcinoma dan  squamous cell carcinomajarang merebak kepada organ berdekatan dan peluang untuk sembuh lebih baik berbanding melanoma.

Rujukan

  1. Rook, Wilkinson, Ebling.  Textbook of Dermatology. Vol 4, Sixth edition.
  2. Igal L. Elbovitch et al. Basal cell carcinoma treated with Mohs surgery in Australia. Experience over 10 years. J Am Acad Dermatology Sept 2005;445-451
  3. Michael Veness et al.Role of modern radiotherapy in treating skin cancer.Australian Journal of Dermatology 2003;44,159-168
  4. Motley, Kersey, Lawrence. Multiprofessional guidelines for the management of the patient with primary cutaneous squamous cell carcinoma. British Journal of Dermatology 2002; 146: 18-25.
  5. Telfer, Colver, Bowers. Guidelines for the management of basal cell carcinoma. British Journal of Dermatology 1999; 141: 415-423.
  6. Preston, Stern. Nonmelanoma cancers of the skin. N Engl J Med 1992 Dec 3; 327(23): 1649-62.
  7. UK Guidelines for the management of cutaneous melanoma. BJD 2002; 146: 7-17
  8. Surgical treatment of melanoma BJD 2003;149:2-12

.

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/skin-cancer