Tag Archives: biji betik

Mula Makan Biji Betik Sekarang

Biji betik merupakan salah satu penawar alternatif untuk merawat sakit berkaitan perut, hati, buah pinggang, kanser dan banyak lagi penyakit lain.

Biji Betik Sebagai Penawar Beberapa Jenis Penyakit

Selalunya, ramai yang makan buah betik dan terus membuang biji betik tanpa mengetahui khasiatnya. Sebenarnya biji betik mempunyai banyak khasiat yang dapat menghalang penyakit berkaitan dengan perut, hati, cacing dan denggi.

biji betik_ubatkanser.my

Biji Betik Sebagai Penawar Kanser

Bahan atau agen di dalam biji betik dipercayai dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dan tumor. Biji betik mempunyai ‘isothiocyanate’ iaitu bahan yang baik untuk merawat leukimia, kolon usus, payudara, prostat dan kanser paru-paru.

Kajian Berkaitan Daun Betik dan Biji Betik Sebagai Penawar Kanser

Di dalam International Journal of Oncology, October 2008, turut menyatakan ‘isothiocyanate’ dipercayai mampu menghalang sel kanser tumbuh dan membiak.

Melalui kajian bersama dengan rakan sekerja penyelidik Jepun, University of Florida Nam Dang, M.D. and Ph.D telah mendokumenkan berkaitan ciri-ciri ekstrak daun dan biji betik sebagai antikanser penghalang sel tumor. Kajian yang dilakukan di dalam makmal ini melibatkan pertumbuhan sel kanser servik, payudara, hati, peparu dan pankreas).

Bagaimana Mengambil Biji Betik

Caranya hanya dengan makan secara hancur, atau masukkan di dalam susu mentah, campurkan dengan  madu, atau makan bersama kuah salad.

Bagaimana Mengambil Daun Betik

Daun betik boleh dimakan secara ulaman. Selain itu, daun betik diambil, dicuci dan hancur  (blend) untuk menjadikan jus daun betik. Amaran : jus daun betik agak pahit.

daun betik_ubatkanser.my

Kesan Sampingan Pengambilan Daun Dan Biji Betik

Wanita mengandung dinasihat untuk tidak mengambil ekstrak daun dan biji betik kerana dipercayai akan melanjutkan tempoh penyusuan. Walaupun ianya elok untuk sistem pencernaan, tetapi adalah dinasihatkan untuk mendapat pandangan doktor.

.

Bagi yang mahu mencuba pucuk betik sebagai supplemen tambahan untuk penyembuhan penyakit, boleh pesan kapsul pucuk betik dibawah. Klik pada gambar atau klik sini.

.

kapsul pucuk betik_ubatkanser.my