Tag Archives: Mulberry

Pokok Malberi Membantu Merawat Dan Mencegah Kanser

Latar Belakang Pokok Malberi

Malberi memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara. Di Indonesia tanaman ini dikenali sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Malberi dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Pokok Malberi

Malberi adalah jenis tanaman yang memerlukan sinar cahaya matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh sehingga ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Malberi merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Malberi putih.

Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Buah Malberi

Kandungan Buah Malberi

Buah Malberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Malberi pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Malberi mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Malberi telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Buah ini juga merupakan buah yang kaya vitamin C dan memiliki resveratrol yang tinggi, sebuah antioksidan yang juga ditemukan pada anggur merah yang dapat membersihkan polutan dalam tubuh. Sebuah penelitian pada tikus menemukan bahawa resveratol sangat efektif melawan tumor pada kulit, payudara, paru-paru dan prostat.

Kandungan Ekstrak Dari Buah Malberi

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Pokok Buah Malberi

Antara Khasiat Yang Diperoleh Dengan Mengamalkan Pengambilan Buah Malberi

  1. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan yang tinggi)
  2. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  3. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah.
  4. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
  5. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung.
  6. Membantu dalam kehilangan berat badan.
  7. Mengurangkan keadaan asma yang teruk.
  8. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda.
  9. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi.
  10. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan.
  11. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid.
  12. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur.
  13. Menambahkan tenaga.
  14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  15. Memiliki semua 18 asid amino dan vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan.
  16. Mencantikkan kulit.