Kanser Payudara Terus Catat Angka Tertinggi

Semakin Ramai Diserang Penyakit Kanser Payudara

SABAN hari semakin ramai manusia yang diserang penyakit seperti kanser payudara. Ironiknya, walaupun ramai mengetahui mengenai bahaya kanser, namun tidak ramai yang mengambil berat tentangnya.

Menurut Ketua Eksekutif Yayasan Penyelidikan Inisiatif Kanser (CARIF), Prof. Dr. Teo Soo Hwang, penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

Kanser Payudara

SERAMAI 10 orang penyelidik CARIF giat menjalankan eksperimen mencari rawatan terbaik untuk kanser payudara.

“Kanser boleh berlaku disebabkan oleh penyakit genetik dan gaya hidup individu. Kanser boleh dikesan pada peringkat awal menerusi pemeriksaan kesihatan secara terperinci.

“Namun, mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser disarankan membuat pemeriksaan kesihatan berterusan,” jelasnya.

Statistik Kanser

Menurut statistik kanser oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 18,219 kes baharu dilaporkan pada tahun 2007. Seramai 8,123 daripadanya ialah penghidap lelaki dan selebihnya wanita. Namun, etnik yang mencatatkan kes kanser baharu tertinggi ialah Cina, iaitu 3,650 kes, diikuti Melayu (3,093 kes) dan India (462 kes).

Bagaimanapun, daripada 12 jenis kanser yang dilaporkan, kanser payudara berada pada kedudukan teratas.

“Berdasarkan statistik tersebut, kanser payudara mencatatkan kes sebanyak 3, 292, iaitu 18 peratus berbanding kanser kolorektum 2,246 serta kanser trakea, bronkus dan paru-paru mencatatkan sebanyak 1,865.

“Daripada jumlah kanser payudara tersebut, 3,242 terdiri daripada penghidap wanita. Tetapi secara terperinci mengikut etnik, wanita Melayu menjadi penyumbang utama dengan 1,432 kes, diikuti Cina 1,343 dan India 297,” jelasnya.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2013, lebih 508,000 wanita meninggal dunia pada tahun 2011 akibat kanser payudara dan jumlah itu dipercayai akan terus meningkat.

“Bimbang dengan angka yang semakin besar, sejak ditubuhkan pada tahun 2000, CARIF menjadi antara penggerak paling aktif dalam berusaha memujuk rakyat Malaysia melakukan pemeriksaan awal dan meningkat kesedaran mengenai bahaya kanser.

“Baru-baru ini antara program yang dijalankan oleh CARIF termasuklah Be Frank: Kempen Bantu Perangi Kanser dan Be Frank: Program Pendandan rambut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah survival kanser paling rendah berbanding Korea dan Singapura.

Sumber Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm#ixzz2yHIRkleW

Post Berkaitan
Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang
Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang Pokok dedalu biasanya tumbuh menempel di pokok-pokok. Pohon ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri terutamanya untuk mengubat orang yang mengidap sakit kanser tulang. Ramuan Pokok Dedalu Sebagai ...
Baca Seterusnya...
Perangi Kanser Payudara
Kanser Payudara Pembunuh Wanita Kanser payudara terus menjadi kanser pembunuh wanita nombor satu negara. Pendaftar Kanser Kebangsaaan melaporkan, seorang daripada 19 wanita di negara ini berhadapan penyakit berbahaya itu yang dikenali sebagai ...
Baca Seterusnya...
Klik gambar untuk download ebook (dalam Bahasa Inggeris)
Ebook Berkaitan Kanser Payudara Ebook Berkaitan Kanser Prostat Sumber Rujukan : http://www.canceractive.com/
Baca Seterusnya...
Madu Dan Kulit Kayu Manis Penawar Kanser
Khasiat Kulit Kayu Manis Sebagai Penawar Kanser Kajian menunjukkan bahawa minyak kayu manis merupakan salah satu bahan penawar kanser dan merupakan solusi dalam rawatan tumor, kanser perut dan kanser kulit. Kajian ...
Baca Seterusnya...
Pemeriksaan Payudara Menggunakan Payudara Lelaki
Kempen Pemeriksaan Payudara Sendiri Movimiento Ayuda Cancerr de Mama – sebuah pertubuhan di Argentina telah melakukan sebuah usaha untuk menggalakkan pemeriksaan payudara untuk setiap wanita bagi mengesan awal tanda-tanda kanser payudara. Video ...
Baca Seterusnya...
Teknologi 3D Kesan Kanser
PERALATAN TERBARU RAWATAN TERBAIK PENGIMEJAN TUMOR PAYUDARA Sumber Rujukan : Akhbar Harian Metro, Sihat, 14 Disember 2014, Muka Surat E27
Baca Seterusnya...
Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang
Perangi Kanser Payudara
Ebook Berkaitan Kanser Payudara Dan Kanser Prostat
Madu Dan Kulit Kayu Manis Penawar Kanser
Pemeriksaan Payudara Menggunakan Payudara Lelaki
Teknologi 3D Kesan Kanser