Tag Archives: kanser

Bila Orang Tersayang Mengidap Kanser

Kanser atau barah merupakan perkataan yang paling tidak mahu didengar oleh kaum keluarga. Apabila terdapat ahli keluarga yang mengidap kanser, apa yang sepatutnya ahli keluarga itu perlu tahu? Di sini kami lampirkan infografik berkaitan apa yang perlu ahli keluarga pesakit kanser lakukan dan ketahui.

Infografik Bila OrangTersayang Mengidap Kanser

Infografik Bila OrangTersayang Mengidap Kanser_ubatkanser.my

 

Adakah anda kenal keluarga yang mempunyai pesakit kanser? Kongsikan kepada mereka mesej mudah ini.

5 JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MENCEGAH KANSER

Oren atau Limau

limau gedang_ubatkanser.my

Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C. Merupakan antioksidan yang dijumpai di dalam kebanyakan buah dan sayuran. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut,kolon,payudara dan serviks.

Kacang

ubi keledek_ubatkanser

Terdapat kajian yang mendapati memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut,kolon,paru-paru, dan kanser yang lain. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin E seperti kacang,mentega kacsng, kacang almond dan biji kuaci dalam diet harian kita membantu menguatkan sel badan kita.

Buah Beri

buah beri_ubatkanser.my

Buah Beri merupakan buah terbaik untuk mencegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberries,blueberries, dan cranberries. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.

Ubi Keledek

ubi keledek_ubatkanser (1)

Ubi keledek mengandungi beta-karotin yang merupakan antioksidan yang hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-karotin dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru,perut dan kolon.

Ikan Salmon Segar

ikan salmon_ubatkanser.my

Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser termasukkanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D mungkin dapat menghadang salur darah pada tumor yang membesar.

Apa Itu Kanser

Apa Itu Kanser?

Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

sel kanser

Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan kanser (benign) ataupun kanser (malignant). Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Kanser pula terdiri daripada sel-sel kanser yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel kanser boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

 Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan kanser merebak ini adalah dikenali sebagai kanser sekunder atau metastasis. Perkataan kanser juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Rawatan Kanser

Rawatan kanser adalah bergantung kepada jenis kanser, bahagian anggota tubuh yang dihidapi kanser dan juga sekiranya kanser telah merebak. Malah faktor jenis rawatan kanser ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan kanser dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi kanser.

Kemoterapi Sebagai Rawatan Untuk Kanser

Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat kanser dengan cara membunuh sel kanser. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel kanser daripada terus membahagi dan bertambah. Sel kanser tersebut akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel kanser di bahagian tubuh yang lain.

Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel kanser. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. Berbeza dengan sel kanser, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.

Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.

Mengapa Rawatan Kemoterapi Diberikan Kepada Pesakit Kanser?

Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit kanser atau mengurangkan gejala penyakit kanser.

Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat.

Bagaimana Kemoterapi Dilakukan?

Ubat kemoterapi mestilah memasuki salur darah untuk sampai ke sel kanser dalam tubuh badan. Ubat kemoterapi memasuki salur darah dengan segera sekiranya ia disuntik ke dalam salur darah. Sekiranya diberikan secara kaedah lain, ubat tersebut mestilah menyerap masuk ke dalam salur darah (contoh: ubat kemoterapi dalam bentuk biji yang dimakan dan diserap melalui dinding perut atau usus).

kemoterapi

Ubat kemoterapi ini akan berada dalam sistem peredaran darah dan boleh memasuki serta memusnahkan sel-sel tertentu. Sel yang dipengaruhi oleh ubat kemoterapi adalah sel-sel yang bertambah dengan kadar segera seperti sel kanser. Kadar kemusnahan sel kanser adalah berbeza dan ianya bergantung kepada jenis kanser itu sendiri.

Sel tubuh normal yang bertambah cepat juga boleh terganggu oleh kesan ubat kemoterapi tetapi sel-sel normal tersebut berkeupayaan untuk pulih dan bertambah semula berbanding sel kanser.

Tempoh rehat di antara dua rawatan dapat memberi peluang kepada sel-sel yang normal pulih sebelum tiba masa rawatan yang selanjutnya.

Doktor yang merawat pesakit kanser akan mengambil kira beberapa faktor dalam membuat perancangan rawatan kemoterapi kepada pesakit. Antara faktor penting tersebut adalah jenis kanser, bahagian anggota tubuh yang dihidapi kanser dan juga sekiranya kanser telah merebak. Faktor lain yang perlu diambil kira adalah umur pesakit dan tahap kesihatan pesakit secara umumnya. Ini bermakna setiap pesakit berkemungkinan mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.

Kekerapan rawatan kemoterapi dan tempoh rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser, ubatan yang diberikan, tindakbalas sel kanser terhadap ubat dan kesan sampingan ubatan.

Kemoterapi biasanya diberikan dalam beberapa tahap. Tempoh bagi setiap tahap rawatan mengambil masa beberapa jam hingga kepada beberapa hari bergantung kepada ubatan yang diberikan. Setiap tahap rawatan itu akan diikuti dengan tempoh rehat untuk beberapa minggu bagi membolehkan tubuh badan pulih daripada kesan sampingan rawatan. Jumlah keseluruhan tahap rawatan bergantung kepada tindak balas kanser terhadap rawatan. Rawatan kemoterapi mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk merawat penyakit kanser. Bagi sesetengah pesakit pula, mereka dikehendaki memakan ubat kemoterapi untuk beberapa minggu atau bulan sebelum diberikan tempoh rehat.

Pesakit mungkin diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X atau berjumpa dengan doktor sebelum diberikan rawatan kemoterapi dan ini sememangnya mengambil masa. Kesemua ubatan kemoterapi disediakan dengan cara tertentu dan pesakit mungkin perlu menunggu seketika sebelum memperolehi ubatan tersebut daripada Jabatan Farmasi hospital. Bagi membantu pesakit mengisi masa menunggu, mereka disarankan untuk membaca buku, surat khabar, melakukan silang kata atau menulis surat.

Perubahan dalam pelan rawatan.

Doktor yang merawat pesakit kanser akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan tindakbalas kanser terhadap rawatan kemoterapi. Bagi tujuan ini, pesakit diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X dan ujian imbasan. Hasil daripada ujian-ujian ini akan menunjukkan tahap tindakbalas kanser terhadap rawatan kemoterapi. Kadangkala pelan rawatan perlu diubah berdasarkan keputusan ujian kerana ada masanya rawatan yang diberikan tidak memberi sebarang kesan seperti yang dikehendaki. Sekiranya pesakit mendapat kesan sampingan seperti rasa loya, ubat penahan muntah akan dibekalkan. Pesakit digalakkan untuk mengambil ubat penahan muntah sebelum mendapatkan rawatan kemoterapi yang berikutnya. Tanya doktor, jururawat atau ahli farmasi bagaimana anda perlu mengambil ubat yang ditetapkan.

Masalah Usus
  • Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi). Mereka ini digalakkan untuk meminum lebih air bagi mengatasi masalah ini.
  • Sembelit boleh dielakkan sekiranya pesakit mengambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum dan pasta , bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding memakan makanan dalam jumlah yang banyak. Ambil makanan yang bersuhu suam atau sedikit sejuk berbanding makanan yang panas atau telalu sejuk. Elak makanan yang pedas, makanan berserat yang kasar, makanan berlemak atau yang digoreng, berkuah atau bersos, sosej dan buah-buahan atau sayuran yang mentah, berkulit atau berbiji. Makan makanan snek yang bersesuaian seperti sup, roti bakar, biskut, keju atau nasi. Apabila cirit-birit telah sembuh, penting bagi pesakit untuk mengambil makanan yang seimbang meliputi buah-buahan segar, sayuran dan bijirin.
  • Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit, cirit-birit atau sakit perut kepada doktor yang merawat.
Masalah Mulut
  • Ubat anti-kanser juga boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulut dan adakalanya menyebabkan luka / ulser atau jangkitan mulut. Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. Pesakit digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pesakit mungkin dibekalkan dengan ubat kumuran bagi mengelakkan jangkitan mulut seperti jangkitan kulat.
  • Pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana ianya berkemungkinan merengsa lapisan dinding mulut. Penggunaan sesudu garam dalam segelas air suam juga boleh digunakan bagi tujuan yang serupa.
  • Jika mulut anda kering, banyakkan mengambil cecair, terutamanya air dan makanlah makanan lembut seperti kaserol. Makan juga buah-buahan masam atau gula-gula berangin. Bincangkan masalah pergigian anda dengan doktor. Maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda yang sedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum menjalani rawatan pergigian.
Rambut gugur
  • Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tahap keguguran rambut adalah bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan.
  • Selain daripada keguguran rambut, pesakit juga mungkin kehilangan bulu pada bahagian anggota badan yang lain. Sekiranya pesakit dijangkakan akan menghadapi masalah keguguran rambut, penggunaan rambut palsu, topi atau skaf mungkin dapat membantu. Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau. Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca mata untuk melindungi mata. Pada hari yang berangin, anda perlu memastikan rambut dan kulit sangat bersih.
  • Rawatan bagi kanser boleh mengubah persepsi pesakit terhadap dirinya dan hubungan dengan orang lain. Sesetengah pesakit menganggap kanser tidak memberi apa-apa perubahan tetapi bagi sebahagian yang lain ia membuatkan hubungan dengan pasangan lebih rapat. Pesakit juga adakalanya mempunyai kurang minat dalam hubungan intim atau hubungan intim tidak penting lagi buatnya untuk sementara waktu.
  • Kesan sampingan kemoterapi seperti loya atau keletihan juga menjadi penyebab pesakit kurang berminat mengadakan hubungan seksual dengan pasangan. Malah perubahan fizikal badan menyebabkan pesakit merasakan dirinya kurang menarik di mata pasangan mereka. Adakalanya pesakit lelaki mempunyai masalah mati pucuk manakala bagi pesakit wanita mereka adakalanya mengadu mempunyai masalah faraj yang kering. Penggunaan KY Jelly sebagai pelincir boleh membantu dalam masalah kekeringan faraj. Sungguhpun begitu masalah ini hanyalah bersifat sementara dan ia biasanya pulih setelah rawatan tamat.
  • Sekiranya pesakit merasakan terdapat perubahan dalam hubungan intim, adalah digalakkan berbincang dengan pasangannya. Pasangan mungkin tidak menimbulkan hal tersebut berikutan kebimbangannya membuatkan pesakit berasa bersalah atau membuat permintaan yang melampau dalam keadaan pesakit yang tidak sihat. Perbincangan yang terbuka antara pesakit dan pasangan boleh membantu menyakinkan perasaan pesakit akan keperluan berkasih-sayang dan memerlukan pasangan.
  • Walaupun pesakit mungkin tidak berminat dengan hubungan seksual, terdapat banyak cara untuk memastikan keintiman berterusan. Bersentuhan, berpelukan, bercium adalah antara aktiviti intim yang boleh dilakukan bersama sementara pesakit pulih secara perlahan untuk membolehkan hubungan seksual dilakukan seperti kebiasaan.
Kesuburan
  • Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepada kesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yang tidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifat sementara. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurun berikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamil setelah tamat rawatan.
  • Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem – tiada penghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpan sperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luar rahim kelak.
Merancang keluarga
  • Walaupun kadar kesuburan berkurangan berikutan rawatan kemoterapi, proses kehamilan masih boleh berlaku. Memandangkan kemoterapi boleh memberi kesan kepada telur (ova) dan sperma maka kehamilan tanpa dirancang adalah tidak digalakkan baik bagi pesakit wanita, pesakit lelaki atau pasangan. Maka kaedah cegah hamil yang sesuai perlu digunapakai. Sekiranya kehamilan berlaku, pesakit perlu berbincang dengan doktor secepat mungkin.
  • Pil perancang keluarga / cegah hamil mungkin diberikan kepada pesakit wanita muda bukan sahaja bertujuan untuk mencegah kehamilan tetapi juga untuk melindungi ovari daripada kesan sampingan ubat kemoterapi.

 

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/penyakit/kanser

Kak Wan Bebas Kanser

Kak Wan Bebas Kanser Payudara

Baru-baru ini, seorang bekas penghidap kanser payudara telah berkongsi bagaimana dirinya bebas kanser. Ikuti perbualan melalui print sreen whatsapp di bawah.

Testimoni Kak Wan 1_ubatkanser.my

.

Testimoni Kak Wan 2_ubatkanser.my.

Testimoni Kak Wan 3_ubatkanser.my

.

Testimoni Kak Wan 4_ubatkanser.my

Kesimpulan yang dapat dibuat, Kak Wan mengamalkan seperti berikut untuk bebas kanser:

Kepada sesiapa yang sudi berkongsi, sila hubungi kami di sini.

p.s -Terima kasih Kak Wan yang sudi berkongsi. Semoga kak terus sihat dan sukses selalu.

 

Limau Kasturi Membantu Dalam Penyembuhan Kanser

Limau Kasturi Membantu Dalam Penyembuhan Kanser

Pokok limau kasturi merupakan sejenis tumbuhan renek yang boleh digolongkan dalam kategori pokok kecil. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter. Pembiakannya melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya dari jenis hemafrodite (dua jantina). Untuk mengeluarkan hasil yang optimum ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menggalakkan pembungaan. Ia sesuai ditanam pada tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros.

Limau Kasturi Mempunyai Agen Antioksidan Yang Baik Untuk Merawat Kanser

Buahnya berbentuk seperti buah limau dengan saiznya yang lebih kecil, lebih kurang sebesar ibu jari. Baunya harum dan menyegarkan. Dikebanyakan negara barat yang beriklim temperat tumbuhan ini dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan berbau wangi serta buahnya yang menarik. Tambahan pula ia tahan terhadap fros. Limau kasturi sangat kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang baik.

madu lebah sebagai ubat kanser

 Limau Kasturi Dan Madu Membantu Dalam Penyembuhan Kanser

  1. Ambil beberapa biji limau kasturi, cuci bersih.
  2. Masukkan keseluruhan limau kasturi di dalam periuk bersama air (2 cawan air).
  3. Masak limau kasturi sehingga betul-betul lembut.
  4. Hancurkan (sebati bersama air)
  5. Amalkan minum air limau kasturi ini bersama madu pada setiap pagi dan petang.
  6. Amalan ini membantu dalam proses penyembuhan kanser.

Resepi air limau kasturi dan madu ini dikongsi oleh seorang  Dr bahagian peyelidikan herba untuk merawat abangnya yang sakit kanser. Alhamdulillah, selain supplemen lain, air limau kasturi dan madu ini dipercayai membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit kanser.

Pesanan dari admin ubatkanser.my – Marilah kita berdoa, semoga abang Dr (yang berkongsi resepi ini) beroleh kejayaan, sihat dan bebas dari penyakit kanser.

Makanan Organik Untuk Merawat Dan Mencegah Kanser

Makanan Organik Untuk Mencegah Kanser

Penyakit barah atau kanser adalah penyakit yang 90% disebabkan oleh persekitaran, 35% oleh pemakanan, 25% ke 30% oleh amalan hidup harian, 15% oleh jangkitan, 10% daripada radiasi dan hanya 5% disebabkan disebabkan keturunan. Ini dapatlah disimpulkan bahawa penyakit kanser adalah disebabkan amalan kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh perkara lain.

makanan organik

Seseorang yang menghidap kanser, tidak akan mengetahuinya melainkan ianya telah mencapai tahap yang kritikal. Ini adalah kerana kita tidak tahu bilakah sel kanser tersebut merebak dan bila pula ianya merosakkan fungsi-fungsdi dalaman yang lain.

Kanser boleh dihidapi dengan pelbagai cara seperti merokok, terdedah kepada keadaan beradiasi, makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet makanan, racun serangga, baja kimia penyubur ternakan dan antibiotik ternakan.

Amalan Memakan Makanan Organik Dapat Menghalang Pembiakan Sel Kanser

Setiap daripada kita mempunyai sel kanser tetapi lemah, ia tidak merebak kerana sel-sel sihat kita mampu mengawal pembiakan atau mutasi sel kanser yang lain. Namun begitu, sekiranya kita memberikan vitamin kepada sel kanser, seperti bahan-bahan kimia tambahan yang dinyatakan tadi, maka sel kanser kita akan menjadi sangat aktif dan bermulalah penyerangan sel kanser terhadap sel tubuh kita yang baik tadi.

Organic-Healthy-Foods-For-a-Better-Life

Cara untuk menghindarkan penyakit kanser adalah dengan menghentikan kemasukkan bahan-bahan berkimia dan bertoksin kedalam tubuh badan kita.

Untuk merawat tubuh yang telah dihinggapi kanser, pesakit perlu memakan sebanyak mungkin makanan organik. Makanan organik adalah makanan yang bebas dari bahan kimia dan racun berbahaya dan ia membantu membina sel-sel sihat dan menghalang pertumbuhan sel kanser. Terdapat sebanyak 90 juta artikel berhubung penyembuhan kanser dengan memakan dan mengamalkan makanan organik.

Makanan Organik Menjadikan Pesakit Kanser Sihat Semula

Pesakit kanser yang mana telah berjaya menghentikan keaktifan sel kanser dan meningkatkan kesihatan pesakit dengan memberi khasiat kepada sel tubuh yang sihat. Dengan terhentinya keaktifan sel kanser, ianya bermakna seseorang itu telah tidak lagi menghidap penyakit kanser.

Pesakit yang mengalami kanser payudara dan kanser rahim yang mana selepas mengamalkan makanan organik, mereka menjadi lebih sihat dalam tempoh 2 minggu dari hari mula-mula mereka mengamalkan makanan organik.

Pensijilan Skim Organik Di Malaysia

SkiM Organik Malaysia ubatkanser.my

Di negara kita sudah ada pensijilan produk organik yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Organik Malaysia (SOM). Di mana telah diwujudkan piawaian makanan organik iaitu Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.