Kanser Payudara Terus Catat Angka Tertinggi

Semakin Ramai Diserang Penyakit Kanser Payudara

SABAN hari semakin ramai manusia yang diserang penyakit seperti kanser payudara. Ironiknya, walaupun ramai mengetahui mengenai bahaya kanser, namun tidak ramai yang mengambil berat tentangnya.

Menurut Ketua Eksekutif Yayasan Penyelidikan Inisiatif Kanser (CARIF), Prof. Dr. Teo Soo Hwang, penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

Kanser Payudara

SERAMAI 10 orang penyelidik CARIF giat menjalankan eksperimen mencari rawatan terbaik untuk kanser payudara.

“Kanser boleh berlaku disebabkan oleh penyakit genetik dan gaya hidup individu. Kanser boleh dikesan pada peringkat awal menerusi pemeriksaan kesihatan secara terperinci.

“Namun, mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser disarankan membuat pemeriksaan kesihatan berterusan,” jelasnya.

Statistik Kanser

Menurut statistik kanser oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 18,219 kes baharu dilaporkan pada tahun 2007. Seramai 8,123 daripadanya ialah penghidap lelaki dan selebihnya wanita. Namun, etnik yang mencatatkan kes kanser baharu tertinggi ialah Cina, iaitu 3,650 kes, diikuti Melayu (3,093 kes) dan India (462 kes).

Bagaimanapun, daripada 12 jenis kanser yang dilaporkan, kanser payudara berada pada kedudukan teratas.

“Berdasarkan statistik tersebut, kanser payudara mencatatkan kes sebanyak 3, 292, iaitu 18 peratus berbanding kanser kolorektum 2,246 serta kanser trakea, bronkus dan paru-paru mencatatkan sebanyak 1,865.

“Daripada jumlah kanser payudara tersebut, 3,242 terdiri daripada penghidap wanita. Tetapi secara terperinci mengikut etnik, wanita Melayu menjadi penyumbang utama dengan 1,432 kes, diikuti Cina 1,343 dan India 297,” jelasnya.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2013, lebih 508,000 wanita meninggal dunia pada tahun 2011 akibat kanser payudara dan jumlah itu dipercayai akan terus meningkat.

“Bimbang dengan angka yang semakin besar, sejak ditubuhkan pada tahun 2000, CARIF menjadi antara penggerak paling aktif dalam berusaha memujuk rakyat Malaysia melakukan pemeriksaan awal dan meningkat kesedaran mengenai bahaya kanser.

“Baru-baru ini antara program yang dijalankan oleh CARIF termasuklah Be Frank: Kempen Bantu Perangi Kanser dan Be Frank: Program Pendandan rambut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah survival kanser paling rendah berbanding Korea dan Singapura.

Sumber Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm#ixzz2yHIRkleW

Post Berkaitan
Perangi Kanser Payudara
Kanser Payudara Pembunuh Wanita Kanser payudara terus menjadi kanser pembunuh wanita nombor satu negara. Pendaftar Kanser Kebangsaaan melaporkan, seorang daripada 19 wanita di negara ini berhadapan penyakit berbahaya itu yang dikenali sebagai ...
Baca Seterusnya...
Kerap Hamil Kurangkan Risiko Kanser Ovari
Risiko Kanser Ovari Kepada kaum Hawa, seandainya perut anda tiba-tiba terasa kembung atau menjadi buncit tanpa sebab, berhati-hatilah dan segera bertemu doktor. Ini kerana itu adalah antara petanda anda mungkin menghidap ...
Baca Seterusnya...
Lelaki Juga Berpotensi Untuk Menghidap Kanser Payudara
LELAKI kena kanser payudara? Soalan seperti ini tidak mustahil akan terpacul kala dikaitkan dengan kalangan lelaki, lantaran ia sangat jarang didengari berbanding lazimnya berlaku di kalangan wanita. Ini mungkin disebabkan perbezaan ...
Baca Seterusnya...
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara Kanser atau barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang ...
Baca Seterusnya...
Statistik Dan Fakta Berkaitan Kanser Payudara
Infographic : Breast Cancer Stats And Facts .   Jika anda sayang wanita berdekatan anda: SHARE sebanyak mungkin info ini. Anda wanita? Lakukan pemeriksaan dari masa ke semasa.
Baca Seterusnya...
Kanser Payudara
Pengenalan Berkaitan Kanser Payudara Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, ...
Baca Seterusnya...
Kerap Hamil Kurangkan Risiko Kanser Ovari
Lelaki Juga Berpotensi Untuk Menghidap Kanser Payudara
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara
Statistik Dan Fakta Berkaitan Kanser Payudara
Kanser Payudara