Category Archives: Lain-Lain

Kanser Kulit

Pengenalan Kanser Kulit

Kanser kulit atau barah kulit merupakan ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh sel yang tidak normal. Terdapat pelbagai jenis barah kulit yang berasal dari sel-sel lapisan kulit yang berlainan. Tiga jenis barah kulit yang utama adalah basal cell carcinoma, squamous cell carcinoma dan melanoma. Melanoma merupakan barah kulit yang paling bahaya di mana ia membesar dan merebak ke organ badan yang lain dengan cepat.

Faktor risiko Kanser Kulit

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan barah kulit pada seorang pesakit. Ianya termasuk:

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultraungu

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultra-ungu (UV) dari sinaran matahari akan merosakkan DNA dan seterusnya menyebabkan kejadian barah kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada UVA dan UVB dalam jangkamasa yang panjang samada dari sinaran matahari atau penggunaan alat pancaran UV akan meningkatkan risko seseorang mendapat barah kulit.

Jenis kulit

Individu yang mempunyai jenis kulit yang cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding individu yang gelap warna kulitnya.

Faktor genetik

Terdapat beberapa jenis penyakit genetik yang menyebabkan pesakit lebih sensitif kepada pancaran matahari. Sebagai contoh, pesakit yang menghidapi xeroderma pigmentosum tidak dapat memulihkan sel-sel kulit yang rosak selepas pendedahan kepada pancaran matahari kerana kekurangan mekanisma untuk memperbaiki DNA yang rosak berbanding dengan orang normal. Akibatnya, kulit pesakit sangat sensitif dan kerapkali terbakar jika terdedah kepada pancaran matahari. Mereka lebih cenderung menghidap penyakit barah pada usia yang muda. Walaubagaimanapun, penyakit genetik sedemikian amat jarang berlaku.

Kekurangan sistem ketahanan badan

Pesakit yang mendapatkan rawatan selepas pemindahan organ mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat penyakit barah kulit.

Jangkitan Human Papilloma Virus

Jangkitan virus ini memainkan peranan yang penting dalam pembentukan barah terutamanya kanser vulva dan zakar

Pendedahan kepada arsenik dan radiasi

Pendedahan kepada bahan kimia seperti arsenik boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat barah kulit. Kadar arsenik yang lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan boleh disebabkan oleh air minuman dari perigi yang tercemar. Sumber lain keracunan arsenik adalah dari ubat-ubatan tradisional. Selain itu, pendedahan seseorang kepada pancaran radiasi juga meningkatkan risiko mendapat barah kulit.

Merokok

Merokok juga dihubungkait dengan kejadian barah kulit

Kronik ulser

Individu yang mempunyai ulser yang tidak sembuh selepas bertahun-tahun ataupun parut yang tertentu mungkin mempunyai kecenderungan menjadi barah kulit pada jangka masa yang panjang.

Tanda-Tanda Klinikal Penyakit Kanser Kulit

Kanser kulit lebih cenderung melibatkan bahagian badan seperti muka, kepala, leher, serta lengan. Ini disebabkan bahagian-bahagian tersebut tidak dilindungi dan terdedah terus kepada pancaran matahari. Barah kulit mempunyai rupa yang berlainan bergantung kepada jenisnya. Ini termasuk perubahan pada kulit yang tidak boleh sembuh, ulser, perubahan warna dan perubahan rupa tahi lalat yang sedia ada. Basal cell carcinoma(Gambar 1) mungkin bermula dari hanya satu tompok kulit yang kecil dan semakin membesar menjadi tompok yang bulat atau bujur dan seterusnya tumbuh menjadi ketumbuhan yang mempunyai rolled edge. Barah ini mungkin berdarah pada bahagian tengahnya dan seterunya membentuk ulser yang bernama rodent ulcer.

Gambar 1: Basal cell carcinoma

Tompok hitam dengan permukaan yang tidak sekata pada pipi

Gambar 2 : Squamous cell carcinoma

Ulser pada pangkal paha

Gambar 3 : Melanoma

Ketumbuhan hitam pada tunggal kaki

Squamous cell carcinoma (Gambar 2) pula berwarna merah dan berbentuk tidak sekata. Ianya sakit bila disentuh dan boleh juga membentuk ulser. Bahagian tepi barah juga lebih tinggi berbanding bahagian tengah. Melanoma (Gambar 3) biasanya berwarna gelap atau hitam walaupun kadangkala mempunyai warna coklat terang. Permukaan barah ini biasanya tidak sekata. Pada peringkat awal, tahi lalat mempunyai bahagian tepi yang tidak sekata dan mempunyai berbagai warna pada permukaan barah. Diameter barah ini biasanya melebihi 6mm.

Diagnosa Kanser Kulit

Diagnosa kanser kulit memerlukan gabungan tanda-tanda klinikal penyakit dan biopsi kulit. Oleh yang demikian, sebarang keadaan kulit yang mencurigakan perlu mendapat nasihat daripada doktor dengan segera. Anda akan dirujuk kepada pakar kulit atau pakar bedah untuk menjalani biopsi kulit bagi pemerikasaan histologi dengan mikroskop.

Rawatan Kanser Kulit

Rawatan kanser kulit bergantung kepada jenis barah kulit, lokasi, saiz barah, umur pesakit serta samada barah kulit ini pertama kali berlaku atau berulang semula. Ini kadangkala memerlukan satu pasukan pakar yang terdiri dari pakar kulit, pakar bedah dan pakar onkologi untuk membincangkan kaedah rawatan yang paling sesuai untuk seseorang pesakit.

Basal cell carcinoma boleh dirawat dengan cara pembedahan. Jika barah ini tidak dapat dibedah sepenuhnya disebabkan lokasi seperti berhampiran dengan mata, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi. Kaedah rawatan lain untuk barah ini termasuk cryotherapy, kemoterapi setempat (ubat imiquimod atau 5-fluorouracil) dan topical photodynamic therapy.

Untuk squamous cell carcinoma pula, pembedahan boleh dijalankan jika ketumbuhan boleh dibedah sepenuhnya. Jika barah ini tidak dapat dibedah, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi.

Oleh kerana melanoma tumbuh dan merebak dengan cepat kepada organ berdekatan seperti kelenjar limpa dan organ dalaman, pesakit perlu melalui proses staging denganCT scan dan biopsi kelenjar limpa. Jika barah tidak merebak, ketumbuhan ini boleh dibedah dengan sepenuhnya bersama sebahagian kulit yang normal. Jikalau barah ini sudah merebak, rawatan kemoterapi akan diberikan walaupun kebiasaannya tidak berkesan.

Pencegahan Kanser Kulit

Kejadian kanser kulit pada seseorang dapat dikurangkan dengan beberapa langkah seperti berikut:

  • Mengurangkan pendedahan kepada pancaran matahari terutamanya individu yang mempunyai warna kulit yang cerah
  • Mengelakkan pendedahan kepada pancaran matahari pada waktu yang mempunyai kadar UV yang tinggi iaitu dari pukul 9 pagi hingga 3 petang
  • Memakai pakaian berlengan panjang serta memakai topi bila melakukan aktitiviti di bawah pancaran matahari
  • Menggunakan krim pelindung matahari (topical sunscreen) yang dapat menhalang pancaran UVA dan UVB satu jam sebelum terdedah kepada pancaran matahari

Prognosis

Beberapa faktor termasuk jenis barah kulit dan tempuh pengesanan barah dapat mempengaruhi prognosis barah kulit.  Basal cell carcinoma dan  squamous cell carcinomajarang merebak kepada organ berdekatan dan peluang untuk sembuh lebih baik berbanding melanoma.

Rujukan

  1. Rook, Wilkinson, Ebling.  Textbook of Dermatology. Vol 4, Sixth edition.
  2. Igal L. Elbovitch et al. Basal cell carcinoma treated with Mohs surgery in Australia. Experience over 10 years. J Am Acad Dermatology Sept 2005;445-451
  3. Michael Veness et al.Role of modern radiotherapy in treating skin cancer.Australian Journal of Dermatology 2003;44,159-168
  4. Motley, Kersey, Lawrence. Multiprofessional guidelines for the management of the patient with primary cutaneous squamous cell carcinoma. British Journal of Dermatology 2002; 146: 18-25.
  5. Telfer, Colver, Bowers. Guidelines for the management of basal cell carcinoma. British Journal of Dermatology 1999; 141: 415-423.
  6. Preston, Stern. Nonmelanoma cancers of the skin. N Engl J Med 1992 Dec 3; 327(23): 1649-62.
  7. UK Guidelines for the management of cutaneous melanoma. BJD 2002; 146: 7-17
  8. Surgical treatment of melanoma BJD 2003;149:2-12

.

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/skin-cancer

Kanser Pangkal Hidung

Apakah Kanser Pangkal Hidung?

Kanser Pangkal Hidung ialah kanser yang bermula di pangkal hidung/“nasofarinks”.

Di manakah terletaknya nasofarinks?

Terletak di bahagian belakang hidung dan di bahagian belakang atas tekak (rujuk gambar)

Insiden Kanser Pangkal Hidung

Laporan dari Daftar Kanser Kebangsaan (National Cancer Registry) 2003-2005 menunjukan Kanser pangkal Hidung adalah diantara sepuluh kanser yang kerap berlaku di Semenanjung Malaysia.

Faktor-faktor Risiko Kanser Pangkal Hidung

  • Risiko Genetik: Insiden yang tinggi dikalangan kaum China, boleh berlaku pada kaum Melayu, tetapi sangat jarang berlaku pada kaum India.
  • Diet : pengambilan dengan kadar yang banyak makanan-makanan berjeruk dan masin (seperti ikan, telur atau daging) dari umur yang muda.
  • Jangkitan oleh kuman Virus: Ebstein Barr Virus (EBV)
  • Pekerjaan: banyak terdedah kepada asap dan habuk.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan.

Tanda-Tanda Kanser Pangkal Hidung

Pesakit mungkin mengalami salah satu atau lebih tanda –tanda berikut:

  • Hidung berdarah
  • Hidung tersumbat
  • Hidung berair
  • Kurang pendengaran ( selalunya sebelah telinga sahaja)
  • Bunyi dengung didalam telinga (tinitus)
  • Telinga tersumbat.
  • Bengkak di leher
  • Sakit kepala
  • Penglihatan menjadi dua (Penglihatan ganda) – Diplopia
  • Kebas di bahagian muka
  • Kesukaran membuka mulut.
  • Kelopak mata atas tertutup (drooping of upper eyelid)
  • Suara menjadi serak
    • Mungkin tiada tanda-tanda, di peringkat yang sangat awal
    • Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Diagnosa Kanser Pangkal Hidung

Pemeriksaan oleh doktor menunjukkan:

  • Pembesaran kelenjar leher/ pembekakan di leher
  • Pemeriksaan telinga
    • Gegendang telinga tidak normal
    • Hilang pendengaran konduktif
  • Pemeriksaan saraf menunjukkan:
    • Saraf kranial yang lumpuh ( bermakna tahap yang teruk)
    • Saraf kranial yang selalu terlibat di dalam Kanser Pangkal Hidung ialah saraf kranial No.5,6,12
    • Kebas di bahagian muka – saraf kranial no.5
    • Penglihatan ganda – saraf kranial no. 6
    • Lidah menjadi senget– saraf kranial nerve no.12

      Kalenjar leher membengkak


      Gegendang telinga normal


      Gegendang telinga tidak normal

Pemeriksaan “Nasoendoskopi” :

Prosidur yang dijalankan untuk pemeriksaan didalam hidung menggunakan peralatan yang dinamakan Nasoendoskop (seperti yang di tunjukan didalam gambar) Doktor boleh melihat ketumbuhan (seperti yang di tunjukan didalam gambar)


Prosidur Nasoendoskopi


Ketumbuhan

Pemeriksaan Radiologi

  • CT Scan ( Computer tomography)
  • MRI ( Magnetic Resonance Imaging )

Dapat menunjukkan ketumbuhan( Kanser Pangkal Hidung) dan tahap perebakan ketumbuhan tersebut. (Lihat gambar)


CT Scan


MRI

Biopsi

Pengambilan sedikit tisu dari ketumbuhan untuk pakar kajipenyakit melihatnya di bawah mikroskop sel-sel tisu. Dengan ini kehadiran sel-sel kanser dapat di pastikan dengan tepat.(UJIAN PENGESAHAN ).

Rawatan

  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Kombinasi Radioterapi dan Kemoterapi
  • Pembedahan
    • Pilihan rawatan bergantung kepada tahap penyakit
    • Pembedahan hanya dilakukan kepada pesakit yang tidak menunjukkan respon kepada radioterapi.

Komplikasi

Kanser Pangkal Hidung boleh merebak (metastasis) keluar dari nasofarinks. Ia boleh merebak ke bahagian yang berdekatan (regional metastasis) seperti ke kelenjar leher atau boleh merebak ke bahagian yang jauh (distant metastasis) seperti tulang,paru-paru dan hati.

Pencegahan

  1. Elakkan dari memakan makanan yang berjeruk, masin seperti ikan, telur atau daging masin dalam kuantiti yang banyak.
  2. Perlindungan yang betul dari tersedut asap/debu pada mereka yang bekerja di industri-industri yang berkenaan.
  3. Vaksin untuk jangkitan EBV (masih didalam peringkat percubaan)
  4. Berhenti merokok
  5. Berhenti dari pengambilan alkohol.

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-pangkal-hidung

Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang

Pokok Dedalu Penawar Kanser Tulang

Pokok dedalu biasanya tumbuh menempel di pokok-pokok. Pohon ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tersendiri terutamanya untuk mengubat orang yang mengidap sakit kanser tulang.

pokok dedalu penawar kanser

Ramuan Pokok Dedalu Sebagai Penawar Kanser

Caranya, ambillah pohon dedalu, keringkan dengan panas matahari hingga cukup kering. Hancurkan pokok itu dengan menumbuknya hingga menjadi serbuk. Rebuslah dengan air panas. Setelah airnya sejuk, minum dan lakukan perkara ini setiap kali setelah selesai makan. InsyaAllah penyakit itu akan sembuh.

Pokok Dedalu Sebagai Penawar Kanser Payudara

Selain itu, pokok dedalu juga berguna untuk dijadikan penawar untuk merawat penyakit kanser payu dara terutamanya di peringkat permulaan.

akar pokok dedalu penawar kanser

Hanya gunakan pokok dedalu yang menumpang pada pokok mempelam untuk rawatan itu. Bahagian berbonggol yang mencengkam kuat pada dahan yang ditumpangi diambil untuk rawatan ini.

Hope Handbook For Cancer Patients

A Resource Guidebook for Newly Diagnosed Cancer Patient

HOPE Handbook - A Resource Guidebook for Newly Diagnosed Cancer Patients

Klik gambar untuk download ebook : A Resource Guidebook for Newly Diagnosed Cancer Patients

A Guide for Cancer Caregivers

Klik gambar untuk download ebook : A Guide for Cancer Caregivers

Klik gambar untuk download ebook : A Guide for Cancer Caregivers

 

Sumber Rujukan : http://www.malaysiaoncology.org/hope/