Antioksida

Apakah Itu Antioksida?

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

antioksida _ubatkanser.my

Radikal bebas adalah hasil sampingan yang sangat reaktif yang terhasil daripada proses kimia yang berlaku dalam badan. Bahan ini boleh memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan. Ia juga dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Dalam badan, radikal bebas boleh dibentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan dan terdapat banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi jumlah radikal bebas seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

Lazimnya, badan kitaboleh mengendalikan radikal bebas, tetapi jika jumlahnya adalah berlebihan, ia mungkin boleh merosakkan sel dan tisu badan. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.

Di manakah antioksida boleh ditemui?

Badan kita menghasilkan antioksida dengan sendirinya, tetapi apabila usia kita meningkat, kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan. Oleh yang demikian, kita memerlukan antioksida daripada sumber luaran.

antioksida_ubatkanser.my

Antioksida terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan juga makanan-makanan lain termasuklah kekacang, bijirin, ayam, sesetengah daging dan ikan. Bahan antioksida termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. Sumber antioksida yang selalu ditemui adalah:

Beta karotena

Beta Karotena_ubatkanser.my

Beta karotena adalah prekursor bagi vitamin A (retinol). Ia lazimnya ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna oren atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek, dan buah pic. Ia juga terdapat dalam sayur-sayuran berdaun hijau termasuklah bayam dan brokoli.

Lutein

Lutein_ubatkanser.my

Lutein sering kali dikaitkan dengan mata yang sihat. Ia terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan kailan. Kombinasi lutein dengan zeaxantin dan buah bilberi boleh memberi kesan antioksida yang signifikan. Tambahan lagi, apabila digabungkan dengan vitamin C, kombinasi antioksida ini telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak.

Likopena (Lycopene)

Lycopene_ubatkanser.my

Likopena adalah antioksida yang efektif yang ditemui dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang, dan buah oren.

Selenium

Selenium adalah mineral dan merupakan komponen bagi enzim antioksida. Ia bukanlah nutrient antioksida. Di kebanyakan negara, tumbuhan makanan seperti nasi dan gandum merupakan sumber utama. Selenium yang digabung dengan glutathione boleh menghentikan tumbesaran tumor dan melindungi hati. Sesetengah kacang seperti kacang Brazil mengandungi kandungan selenium yang tinggi.

Vitamin C

Vitamin C, yang juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C adalah antioksida yang ditemui dalam buah-buahan citrus dan jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau. Ia juga terdapat dalam bijirin, daging, ayam, dan ikan. Para penyelidik telah mendapati bahawa jus kranberi boleh meningkatkan tahap antioksida serta tahap kolesterol baik dalam darah, maka ia boleh membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Vitamin E

Vitamin E yang juga dikenali sebagai alfa-tokoferol (alpha-tocopherol) dan terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. Ia juga ditemui dalam apricot, brokoli, kekacang, mangga dan makanan-makanan lain. Peningkatan pengambilan vitamin E boleh membantu untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit Parkinson. Selain itu, kombinasi vitamin A, vitamin E dan karotenoid boleh menambah baik pertahanan oksida dan sistem imunisasi. Vitamin E (untuk kumpulan tocotrienol sahaja) juga menunjukkan aktiviti antikanser yang signifikan.

Apakah faedah serta kebaikan antioksida?

Penyelidikan yang lebih mendalam perlu dijalankan untuk mengenal pasti faedah antioksida kepada kesihatan manusia. Masih belum terdapat bukti bagi faedahnya, dan bukti-bukti penggunaan vitamin antioksida untuk mengurangkan penyakit kronik juga masih dalam peringkat awal penyelidikan.

Kesimpulan berkaitan antioksida

Antioksida digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pemakanan tambahan kesihatan dengan harapan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung koronari. Kajian awal yang telah dijalankan mencadangkan bahawa pemakanan tambahan antioksida mungkin boleh menggalakkan kesihatan yang baik, walaupun kajian percubaan klinikal yang lebih besar tidak dapat mengesan sebarang faedah. Walau bagaimanapun, diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menambah baik kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan secara umumnya. Oleh yang demikian:

Makanlah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang berpatutan daripada bergantung kepada pemakanan tambahan dengan beberapa antioksida.

Lakukan senaman bersesuaian dan makan diet yang seimbang melalui lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk membekalkan komponen yang diperlukan serta membantu badan kita untuk membina sistem antioksida secara semula jadi. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk memastikan pengambilan nutrien antioksida yang mencukupi.

Bahan-bahan lain yang terdapat dalam sumber antioksida semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

Sebelum mengambil sebarang pemakanan tambahan antioksida, pastikan risiko serta faedah yang bakal diperolehi.

Bagi sesetengah antioksida, kepekatan yang tinggi boleh memberikan kesan toksik, maka elakkan mengambil suplemen secara berlebihan.

Sumber rujukan: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/fakta-ubat/antioksida

Kanser Serviks Dialami Wanita Boleh Dicegah

Kanser Dan Wanita

Benarkah wanita lebih rela menjimatkan wang mereka dengan aktiviti disukai atau membeli-belah daripada membayar kos perbelanjaan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital?

kanser wanitaJawapannya, ya. Ia berdasarkan penemuan daripada kajian kanser serviks global yang bertajuk ‘Apa Wanita Fikirkan (What Women Think)’ yang dijalankan di 19 negara termasuk Malaysia.

Kajian berkenaan mendapati kebanyakan wanita di Malaysia lebih rela menjimatkan wang mereka atau membelanjakannya untuk percutian, melebihi perkara yang berkaitan dengan kesihatan seperti vaksinasi.

Malah, mereka juga lebih mengutamakan temujanji kerja berbanding bertemu dengan doktor. Mungkin ia dianggap perkara biasa dan tidak penting terutama apabila membabitkan kanser yang banyak menyerang wanita seperti kanser pangkal rahim (serviks).

Statistik Kanser Terhadap Wanita

Tahukah anda di seluruh dunia terdapat lebih daripada 250,000 wanita maut akibat kanser serviks setiap tahun? Ini menunjukkan 99 peratus kes disebabkan oleh jangkitan Human Papilloma Virus (HPV).

Presiden dan Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Saunthari Somasundaram berkata, terdapat lebih daripada 100 jenis HPV yang dikenali dan HPV penyebab kanser jenis 16 dan 18 bersama-sama menyumbang hingga 70 peratus kepada kes kanser serviks di seluruh dunia.

“Lebih 80 peratus wanita akan dijangkiti HPV yang menyebabkan kanser serviks, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

“Di Malaysia, kanser berkenaan ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Berdasarkan angka yang membimbangkan itu, penting bagi wanita untuk mengambil tindakan segera terhadap penyakit yang boleh dicegah ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pusat Pengesanan Kanser Wanita NCSM Dr Dalilah Kamaruddin, kanser serviks sejenis kanser yang boleh dicegah.

“Ia boleh dicegah menerusi pengambilan suntikan vaksin HPV seawal 10 tahun sebanyak tiga kali dalam masa enam bulan bagi mencegahnya daripada terus menyerang wanita.

 Ujian Pap Smear Untuk Wanita Mengesan Kanser

“Selepas seseorang wanita itu mula aktif dengan aktiviti seksual, mereka perlu menjalankan ujian pap smear setahun atau dua tahun sekali bagi mengelakkan risiko menghidap kanser itu,” katanya pada majlis pelancaran kempen Power Over Cervical Cancer (POCC), baru-baru ini.

pap smear

Hadir sama, Pengarah Unit Bisnes GSK Pharmaceutical Sdn Bhd, Nittan Katyal dan Pengurus Kanan Kecergasan Fitness First, Lukman Jasril.

Kanser Pangkal Rahim

Tambahnya, begitu membimbangkan apabila kanser pangkal rahim menyebabkan kematian seorang wanita setiap dua minit di seluruh dunia.

Dianggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser pangkal rahim setiap tahun. Kanser serviks menyumbang enam peratus daripada jumlah kematian akibat kanser dalam kalangan wanita.

Di Malaysia, kanser pangkal rahim adalah barah ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan.

Justeru, kempen tahunan yang diadakan kali keenam untuk tahun ini dilaksanakan bertujuan menggalakkan semua wanita supaya mengambil inisiatif sendiri bagi menghalang kanser itu menyerang menerusi kempen ‘Mula Meluangkan Masa dan Berhenti Membuat Alasan’.

Ia adalah inisiatif NCSM dan disokong GlaxoSmithKline (GSK) Pharmaceutical Sdn Bhd untuk mendidik orang ramai dengan pengetahuan dan maklumat mengenai kanser serviks serta pencegahannya.

Kempen berkenaan mendapat sokongan daripada Artisan Coffee, Bangsar Shopping Centre, Fitness First Malaysia dan The Bee manakala pusat beli-belah 1 Utama menjadi penaja rasmi.

Menariknya, menerusi kempen itu kehadiran model yang memakai papan sandwic akan berjalan di lokasi sibuk seperti pusat beli-belah untuk memaklumkan kepada mengenai cara pencegahan kanser serviks.

Selain itu, POCC juga akan mengambil bahagian dalam pameran yang sering dikunjungi wanita untuk terus mendidik mereka mengenai barah berkenaan.

Pasukan sukarelawan turut bersama-sama menyebarkan mesej pencegahan kanser serviks dengan orang ramai di kawasan perniagaan.

Sumber Rujukan :

http://www.hmetro.com.my/articles/Kanserserviksbolehdicegah/Article

Madu Berpontensi Sebagai Ubat Kanser

Madu Boleh Dijadikan Terapi Atau Sebagai Ubat Kanser

KOTA BAHARU, 11 Jan (Bernama) – Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen / ubat dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Madya Dr Nik Soriani Yaacob.

ubat kanser dari madu lebah

Kajian Madu Sebagai Ubat Kanser

Katanya kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak.


“Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut,” katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti AntiKanser Madu Lebah Tualang pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini Isnin.

Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asli dalam bidang perubatan, cara mempopularkan penggunaan madu lebah dalam masyarakat dan menerokai pelbagai kegunaan madu lebah asli sebagai minuman dan makanan. ubat kanser

Program anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian itu di sini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Fama, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz.

Menurut Dr Nik Soriani, kajian menjurus kepada kaedah mengenal pasti sama ada madu dapat membunuh sel-sel kanser atau membantu mengurangkan penggunaan dos dadah atau radiasi yang diperlukan bagi membunuh sel-sel kanser.

“Kajian itu bagi mengenal pasti sama ada madu boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan kanser memandangkan kajian sebelum ini mendapati madu mengandungi pelbagai komponen yang mempunyai aktiviti antioksidan, anti-inflamatori dan anti-kanser,” katanya. ubat kanser

Madu Dari Lebah Tualang Merupakan Ubat Kanser Alternatif

Beliau berkata penyelidikan juga menemui madu lebah tualang mempunyai pelbagai aktiviti antikanser dan kesan sitotoksik yang berlaku ke atas beberapa jenis sel kanser yang dikultur (ditumbuh) dalam makmal.


“Sel kanser yang dirawat dengan madu ini (tualang) menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser) yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel itu, tambahan lagi madu lebah tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian sel-sel kanser payudara oleh dadah tamoxifen,” katanya.

Dr Nik Soriani berkata kesimpulannya, kajian ke atas sel-sel kanser dan tikus makmal mendapati madu lebah tualang mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser. ubat kanser

madu lebah sebagai ubat kanser

Dekan Penyelidikan Sains Klinikal USM, Prof Dr Nor Hayati Othman berkata pihaknya menerima sumbangan 1.3 metrik tan madu lebah percuma daripada Fama sejak kajian itu dijalankan bagi membolehkan kajian dibuat dengan berkesan terutama dalam penyakit kanser.

Beliau berkata sumbangan berperingkat-peringkat sejak 2006 itu mendapati madu lebah tualang dianggap paling asli berbanding dengan madu lebah lain atau yang diimport dan memberi potensi dalam amalan harian.

“Madu tidak asli menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan dan perlu dihindari,” kata Dr Nor Hayati.

Sumber Rujukan : http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=467474