Kanser Serviks Dialami Wanita Boleh Dicegah

Kanser Dan Wanita

Benarkah wanita lebih rela menjimatkan wang mereka dengan aktiviti disukai atau membeli-belah daripada membayar kos perbelanjaan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital?

kanser wanitaJawapannya, ya. Ia berdasarkan penemuan daripada kajian kanser serviks global yang bertajuk ‘Apa Wanita Fikirkan (What Women Think)’ yang dijalankan di 19 negara termasuk Malaysia.

Kajian berkenaan mendapati kebanyakan wanita di Malaysia lebih rela menjimatkan wang mereka atau membelanjakannya untuk percutian, melebihi perkara yang berkaitan dengan kesihatan seperti vaksinasi.

Malah, mereka juga lebih mengutamakan temujanji kerja berbanding bertemu dengan doktor. Mungkin ia dianggap perkara biasa dan tidak penting terutama apabila membabitkan kanser yang banyak menyerang wanita seperti kanser pangkal rahim (serviks).

Statistik Kanser Terhadap Wanita

Tahukah anda di seluruh dunia terdapat lebih daripada 250,000 wanita maut akibat kanser serviks setiap tahun? Ini menunjukkan 99 peratus kes disebabkan oleh jangkitan Human Papilloma Virus (HPV).

Presiden dan Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Saunthari Somasundaram berkata, terdapat lebih daripada 100 jenis HPV yang dikenali dan HPV penyebab kanser jenis 16 dan 18 bersama-sama menyumbang hingga 70 peratus kepada kes kanser serviks di seluruh dunia.

“Lebih 80 peratus wanita akan dijangkiti HPV yang menyebabkan kanser serviks, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

“Di Malaysia, kanser berkenaan ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Berdasarkan angka yang membimbangkan itu, penting bagi wanita untuk mengambil tindakan segera terhadap penyakit yang boleh dicegah ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pusat Pengesanan Kanser Wanita NCSM Dr Dalilah Kamaruddin, kanser serviks sejenis kanser yang boleh dicegah.

“Ia boleh dicegah menerusi pengambilan suntikan vaksin HPV seawal 10 tahun sebanyak tiga kali dalam masa enam bulan bagi mencegahnya daripada terus menyerang wanita.

 Ujian Pap Smear Untuk Wanita Mengesan Kanser

“Selepas seseorang wanita itu mula aktif dengan aktiviti seksual, mereka perlu menjalankan ujian pap smear setahun atau dua tahun sekali bagi mengelakkan risiko menghidap kanser itu,” katanya pada majlis pelancaran kempen Power Over Cervical Cancer (POCC), baru-baru ini.

pap smear

Hadir sama, Pengarah Unit Bisnes GSK Pharmaceutical Sdn Bhd, Nittan Katyal dan Pengurus Kanan Kecergasan Fitness First, Lukman Jasril.

Kanser Pangkal Rahim

Tambahnya, begitu membimbangkan apabila kanser pangkal rahim menyebabkan kematian seorang wanita setiap dua minit di seluruh dunia.

Dianggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser pangkal rahim setiap tahun. Kanser serviks menyumbang enam peratus daripada jumlah kematian akibat kanser dalam kalangan wanita.

Di Malaysia, kanser pangkal rahim adalah barah ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan.

Justeru, kempen tahunan yang diadakan kali keenam untuk tahun ini dilaksanakan bertujuan menggalakkan semua wanita supaya mengambil inisiatif sendiri bagi menghalang kanser itu menyerang menerusi kempen ‘Mula Meluangkan Masa dan Berhenti Membuat Alasan’.

Ia adalah inisiatif NCSM dan disokong GlaxoSmithKline (GSK) Pharmaceutical Sdn Bhd untuk mendidik orang ramai dengan pengetahuan dan maklumat mengenai kanser serviks serta pencegahannya.

Kempen berkenaan mendapat sokongan daripada Artisan Coffee, Bangsar Shopping Centre, Fitness First Malaysia dan The Bee manakala pusat beli-belah 1 Utama menjadi penaja rasmi.

Menariknya, menerusi kempen itu kehadiran model yang memakai papan sandwic akan berjalan di lokasi sibuk seperti pusat beli-belah untuk memaklumkan kepada mengenai cara pencegahan kanser serviks.

Selain itu, POCC juga akan mengambil bahagian dalam pameran yang sering dikunjungi wanita untuk terus mendidik mereka mengenai barah berkenaan.

Pasukan sukarelawan turut bersama-sama menyebarkan mesej pencegahan kanser serviks dengan orang ramai di kawasan perniagaan.

Sumber Rujukan :

http://www.hmetro.com.my/articles/Kanserserviksbolehdicegah/Article 

Post Berkaitan
Apa Itu Kanser
Apa Itu Kanser? Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan ...
Baca Seterusnya...
Mitos Kanser
Mitos Kanser Perlu Dicantas Ramai pesakit kanser bertarung nyawa untuk hidup, tidak kurang yang tewas dan maut. Oleh itu, ramai yang gerun apabila mendengar penyakit kanser. Setiap tahun, lebih 12.7 juta ...
Baca Seterusnya...
Perokok Dan Kanser
Tubuh Perokok Dan Risiko Kanser Berikut Merupakan Risiko Perokok Terhadap Kanser Kanser Hidung Kanser Lidah Kanser Paru-Paru Kanser Payudara Kanser Ginjal Kanser Kulit Kanser Pankreas Kanser Uterus
Baca Seterusnya...
Bila Orang Tersayang Mengidap Kanser
Kanser atau barah merupakan perkataan yang paling tidak mahu didengar oleh kaum keluarga. Apabila terdapat ahli keluarga yang mengidap kanser, apa yang sepatutnya ahli keluarga itu perlu tahu? Di sini kami ...
Baca Seterusnya...
Makanan Organik Untuk Merawat Dan Mencegah Kanser
Makanan Organik Untuk Mencegah Kanser Penyakit barah atau kanser adalah penyakit yang 90% disebabkan oleh persekitaran, 35% oleh pemakanan, 25% ke 30% oleh amalan hidup harian, 15% oleh jangkitan, 10% daripada ...
Baca Seterusnya...
Minyak Zaitun Penawar Kanser
Keistimewaan Minyak Zaitun Sebagai Penawar Kanser Firman Allah Taala : “Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran ...
Baca Seterusnya...
Apa Itu Kanser
Mitos Kanser
Perokok Dan Kanser
Bila Orang Tersayang Mengidap Kanser
Makanan Organik Untuk Merawat Dan Mencegah Kanser
Minyak Zaitun Penawar Kanser