8 Surah Untuk Memusnahkan Sel Kanser
Download Surah MP3 di sini.
Acai Berry
Acai berry merupakan kandungan buah dikenalpasti sebagai Super Anti-Oksidan yang mempunyai ORAC rating paling tinggi di dunia.
Kajian menunjukkan untuk badan kita kekal sihat kita perlu makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah-buahan dan sayuran setiap hari. Adakah anda makan 5 jenis buah-buahan dan sayuran hari ini? Jika jawapannya tidak, bagaimana dengan semalam, minggu lalu, bulan lalu?? Jika perkara ini berterusan, bermakna tubuh kita pasti kekurangan Vitamin! Kekurangan vitamin bermakna sistem pertahanan badan kita akan menjadi lemah, dan senang terdedah kepada penyakit.
Kajian mendapati warna yang berlainan pada buah berlainan menunjukkan vitamin yang berbeza ada pada buah tersebut. Vitamin yang paling hebat majoritinya berada pada kulit dan biji buah.
Acai berry merupakan kandungan buah yang membantu mengatasi masalah kesihatan seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, masalah pencernaan dan lain-lain. Selain itu, ianya :
Buah Anggur hijau
Buah anggur yang beraneka jenis warna memberi spectrum perlindungan Anti-Pengoksidaan. Komponen jus buah anggur dilaporkan boleh mengurangkan risiko terhadap kanser, strok, sakit jantung dan kehilangan daya ingatan.
Buah Anggur Ungu
Buah anggur ungu mengandungi Resveratrol, sejenis agen Anti-Pengoksidaan yang menentang kanser dengan berkesan. Jus buah anggur memberikan kebaikan seperti berikut.
Buah Prun
Buah Prun merupakan buah plum yang dikeringkan, ia kaya dengan minerals dan polyphenol, mempunyai nilai ORAC yang amat tinggi. Proses pengeringan sebenarnya meningkatkan daya Anti-Pengoksidaan lebih daripada 6 kali ganda. Buah Prun mempunyai daya pemulihan seperti:
Camu Camu Berry
Buah Camu Camu berry merupakan sumber Vitamin C semula jadi yang paling kaya di dunia. Kandungannya dinilai sebanyak 30-60 kali lebih tinggi untuk memperkuatkan sistem daya tahanan dan memperbaiki tisu penghubung. Ia didokumenkan mempunyai daya keupayaan sebagai Astringent, Anti-Pengoksidaan dan Emollient terhadap:
Buah Kiwi
Buah Kiwi kaya dengan phytonutrients serta plebagai vitamin dan mineral. Ia terkenal sebagai alternatif kepada aspirin untuk mencairkan darah demi perlindungan kesihatan sistem jantung. Kanak-kanak yang mengambl buah kiwi didapati kurang dipengaruhi oleh masalah kesihatan berikatan dengan sistem pernafasan termasuk berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Buah kiwi biasanya digunakan untuk:
Buah Gojiberry/Wolfberry
Selama beribu-ribu tahun di negeri China, ia dikenali sebagai “Herba Panjang Umur”. Ia membekalkan Anti-Pengoksidaan dan polysaccharides, serta menunjukkan peningkatan aktiviti sistem daya tahanan. Sejarah sains telah membuktikan Gojiberry / Wolfberry boleh mencegah:
Buah Blueberry
Buah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan, Perubatan traditional memberitahu kita bahawa Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk:
Buah Delima
Jus buah Delima mengandungi Anti-Pengoksidaan yang lebih daripada teh hijau, jus blueberry, jus cranberry atau jus oren. Ia amat berkesan untuk membersihkan plak dari dinding dalaman arteri. Ia telah digunakan dalam bidang perubatan selama beribu-ribu tahun untuk:
Buah Bilberry
Buah Bilberry mempunyai hubungan rapat dengan blueberry dan ia terkenal dengan daya memperkuatkan kapilari-kapilari mata. Buah Bilberry melambatkan proses kemunduran macular berkaitan dengan usia, rabun malam dan gangguan mata yang berkaitan dengan diabetes. Buah Bilberry mempunyai daya penyembuhan dan kesan pemulihan untuk:
Buah Laici
Buah Laici berasal dari hutan cuaca panas di China Selatan dan juga di Vietnam. Ia telah di pelihara di negeri China lebih daripada seribu tahun. Ia merupakan buah hutan yang digemari oleh orang ramai di negara-negara asia. Dengan setiap 100 gram isisnya, terdapat 72mg Vitamin C. Oleh itu, ia merupakan sumber Vitamin C utama, termasuklah potassium dan pelbagai nutrien lain. Mengambil laici setiap hari kemungkinan dapat membantu mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain.
Buah Pear Nashi
Pada zaman silam, Buah Pear Nashi hanya disajikan kepada golongan kaya dan bangsawan Cina. BUah Pear Nashi ditanam dan dimakan dari abad ke abad. Asal-usulnya tidak dapat dikaji lagi. Ia dianggarkan telah muncul sekurang-kurangnya 3000 tahun lalu di negeri China. Buah Pear Nashi merupakan sumber diet fiber yang utama, ia juga mempunyai kandungan potassium dan pelbagai mineral utama. Ia mengandungi kira-kira 10% USRDA untuk Vitamin C, dan sari folate yang menjadikan kumpulan Vitamin B kompleks, Vitamin-vitamin tersebut adalah penting untuk aktiviti metabolisme dan penghasilan sel-sel darah merah.
Buah Cranberry
Buah Cranberry kaya dengan phytonutrients dan pranthocyanidins (PAC’s). Berdasarkan sejarah, Cranberry telah digunakan untuk:
Buah Pear
Penanaman buah Pear boleh dikesan sejak 3000 tahun di Asia Bara. Ia merupakan pemakanan luar biasa di istana Perancis, Lousi XIV dan pernah dikenali sebagai “Hadiah dari Alam” oleh Homer di epik beliau, Odyssey. Buah Pear kaya dengan perisa, fiber ptassium, polyhenols, Vitamin C & Copper. Levulose, yang merupakan gula semula jadi paling manis terdapat di buah pear jika dibandingkan dengan buah-buahan lain.
Buah Aronia
Jus Aronia mengandungi tahap anthecyanins & flavonoids yang tinggi, lima hingga sepuluh kali ganda daripada jus Cranberry, Nutrien yang memanfaatkan ialah Anti-Pengoksidaan, polyphenols, mineral dan pelbagai vitamin yang dipercayai boleh mengelakkan kanser dan penyakit kardium. Buah Aronia mengandungi mineral trace yang penting, ia telah digunakan sebagai pemkanan anti-biotik. Ia juga dilaporkan berguna untuk menentang inflamasi/radang, diabetes, dan masalah pengaliran darah. Ia mempunyai 10 kali ganda kandungan asid quinic buah Cranberry, yang menjadikannya buah yang sesuai untuk menentangi infeksi / jangkitan saluran air kencing.
Buah Passion
Buah Passion kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan fiber, termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sodium dan sulfur dan juga vitamin B. Legenda Buah Passion bermula semenjak 2000 tahun yang lepas. Pada masa kini, kajian perubatan moden telah menggunakannya untuk menggalakkan tidur, menyenangkan kegelisahan dan berkesan terhadap budak yang keterlaluan aktif. Kesan kebaikan sampingan termasuk:
Pisang
Pisang merupakan HANYA satu-satu buah yang bukan dari jenis pokok atau belukar tetapi dari jenis tanaman besar yang merupakan jenis herba besar dan berkaitan dengan jenis tumbuhan lili dan keluarga orkid. Pisang kaya dengan fiber, magnesium, Vitamin-B6, juga terkenal dengan kandungan potassium dan essential electrolyte yang membantu mengawal kimia darah, khasnya keseimbangan pH. Ia telah terbukti bahawa serotonin dan norepinephrine dalam pisang membantu mereka yang menghidapi penyakit tekanan psikologi. Buah Pisang telah dikaitkan dengan:
Buah Appricot
Buah Appricot kaya dengan pelbagai agen-agen Anti-Pengoksidaan, fiber boleh larut, beta-carotene, magnesium, zat besi, fosforus, kalium dan vitamin C. Ia termasuk salicylate semulajadi, ramuan utama dalam aspirin. Nutrien yang terkandung dalam buah Appricot adalah terkenal untuk mengelakkan:
daun rerama
aun rerama
.
Sumber Rujukan : Akhbar Harian Metro – 4 Februari 2015 – Muka Surat 6 & 7 | Akhbar Harian Metro – 5 Februari 2015 – Muka Surat 8 | http://www.youtube.com/watch?v=ID1NWniIatM
Pokok Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Pokok Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti Talas Kunting, Bira Kecil, Ileus Gofu Sepa, Trenggiling Mentik dan berbagai lagi.
Pokok Keladi Tikus ini sesuai ditanam di kawasan yang lembab dan berpaya. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 100cm.
Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi dan berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris pokok Keladi Tikus disebut sebagai rudent tuber. Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia, juga dibeberapa pusat pembenehan dan pusat landskap.
Daunnya berbentuk jantung dan berwarna hijau pekat basah. Seluruh bahagian dari pokok ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.
Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990 ’an (Neoh, 1992). Sebenarnya tanaman ini telah lama diguna pakai oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di Negeri China. Juga terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yang menggunakannya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin, penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan.
Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, ‘pokok Keladi Tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’’. Ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan pokok Keladi Tikus dan melalui kajian dijalankan ke atas pokok Keladi Tikus atau Typhonium.
Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.
Di antara khasiat pokok keladi tikus ini, ianya bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang.
Kandungan pokok keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi.
Keladi tikus juga bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.
Keladi Tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.
Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat kanser. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin.
RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.
Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pancreas, dan ianya terbukti telah menyembuhkan penyakit kanser dengan penggunaan minima 5 bulan secara berterusan. Insyaallah.
Kini, khasiat pokok Keladi Tikus boleh diperolehi melalui kapsul. Pengambilan kapsul adalah lebih mudah dan lebih praktikal. Dapatkannya di sini.
Biji Aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut dan seed). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutamanya ‘Aprikot Organik’.
Dalam bahasa nutrien, Biji Aprikot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai Vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit kanser yang merupakan pembunuh senyap.
Berdasarkan buku “World Without Cancer”, tulisan G. Edward Griffin, Biji Aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain. Biji Aprikot amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas dari kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun.
Biji Aprikot paling berkhasiat adalah dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang dan tidak dibekukan. Antara nutrein yang banyak terdapat pada Biji Aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga disebut Vitamin B17.
Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit, tetapi berkesan mencegah kanser.
Vitamin B17 dari Biji Apricot akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17.
Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser (sel kanser sahaja yang mempunyai enzim Beta Glucosidase).
Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim Beta Glucosidase (enzim yang boleh membebaskan cyanide). Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia seperti sel kanser.
Klik sini atau klik pada gambar untuk mendapatkan kapsul biji aprikot.