Category Archives: Jenis Kanser

Rahsia Survivor Kanser

Buku Rahsia Survivor Kanser

Buku Rahsia Survivor Kanser merupakan kompilasi Majalah iSihat & Mingguan Malaysia. Sesuai kepada sesiapa yang mencari sumber rujukan atau maklumat mengenai penyakit kanser dari sudut yang lebih positif. 

Antara kandungan Buku Rahsia Survivor Kanser:

  1. Mengandungi 234 mukasurat bewarna.
  2. Info lengkap berkaitan penyakit kanser.
  3. Padat dengan tips untuk melawan kanser.
  4. Kaedah rawatan untuk pesakit kanser.
  5. Kisah beberapa insan (survivor) yang berjaya bebas dan sembuh dari penyakit kanser.
  6. Panduan pemakanan dan diet pesakit kanser yang mudah diamalkan.

Rahsia Survivor Kanser

Harga Buku Rahsia Survivor Kanser?

Harga buku Rahsia Survivor Kanser ini ialah RM16.90. Kos pos RM10. Jumlah RM27 sahaja.

Cara untuk mendapatkan Buku Rahsia Survivor Kanser

1) Taip, sms kod RSK27 (rapatkan huruf) hantar ke :

2) Maklumat  akaun bank akan diberikan melaui sms.

3) Selepas bayar, sms @ whatsapp maklumat  bank beserta nama, no. telefon, alamat untuk penghantaran. Beri kami 1-2 jam untuk sahkan pembayaran.

4) Kami akan poskan pesanan buku Rahsia Survivor Kanser anda dalam tempoh 1-2 hari bekerja. Anda akan menerima pesanan dalam tempoh 2-4 hari dari tarikh pengeposan. Penghantaran adalah melalui pos laju (no. tracking akan dimaklumkan)

Camera 360

Mudah-mudahan buku Rahsia Survivor Kanser ini dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk membuka mata melihat kanser dalam aspek yang positif.

P.s – Dapatkan segera sebab stok tidak banyak.

P.p.s – Inipun sebab tolong cari sahaja 🙂

Kenali Kanser Ovari

Pengenalan Kanser Ovari

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari , iaini sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita. Ia biasanya berlaku di kalangan wanita berusia 40-an ke atas dan memuncak di kalangan umur 55 ke 60 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan wanita remajakurang dan pada 20 tahun.

Kebanyakan kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).Kanser ovari lambat dapat dikesan kerana kedudukan organ itu yang letaknya jauh di dalam pelvis berbanding pangkal rahim (serviks) dan juga endometrium (dinding rahim). Ini menjadikan proses saringan (screening) tidak dapat dilakukan.

kanser ovari _ubatkanser.my

Kanser ovari cenderung berlaku kepada wanita yang mempunyai ibu atau adik-beradik yang menghidapi kanser tersebut. Ia juga cenderung berlaku di kalangan wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos serta wanita yang tidak pernah hamil (ovari direhatkan semasa kehamilan). Selain daripada itu wanita yang hamil pada usia lewat serta wanita yang mempunyai kumpulan darah ‘A’ juga dikaitkan dengan kanser ovari.

Penyebab Kanser Ovari

Tiada siapa yang tahu apa punca sebenar kanser ovari. Sejak dahulu lagi penggunaan bedak (talcum powder) yang disapu pada kemaluan wanita sering dikaitkan dengan kanser ovari. Ini timbul daripada kajian yang dibuat di Afrika Selatan.

Bedak yang digunakan tersebut sebenarnya mengandungi kandungan asbestos yang tinggi. Bedak-bedak yang ada pada masa ini tidak lagi mengandungi asbestos, maka ianya selamat digunakan.

 Faktor jangkitan virus yang berkemungkinan menyebabkan kanser ovari ada juga dikaji. Walau bagaimanapun tiada hubung kait nyata yang dapat dikesan antara jangkitan virus dan kanser ovari.

Gejala / Tanda Kanser Ovari

Kanser ovari biasanya tidak mempunyai sebarang gejala yang spesifik pada peringkat awal. Kebanyakan wanita mempunyai rasa kembung perut, ada juga yang mengalami cirit ataupun sembelit. Selalunya keadaan ini disangkakan adalah kerana masalah usus dan tidak diberi perhatian yang wajar. Bengkak di perut pada peringkat awal biasanya disangkakan adalah pertambahan berat badan yang biasa.

Sakit yang kuat adalah sangat jarang, kecuali terdapat ketumbuhan ovari yang terpulas atau berlaku perdarahan di dalam ovari tersebut. Ada juga pesakit yang perutnya membesar/membusung kerana cecair (ascites) yang dihasilkan oleh kanser ovari.

Cecair ini membuatkan perut pesakit menegang dan besar. Selalunya kanser ovari sudah pun merebak ketika ianya diketahui.

kanser ovari

Cara Mengesan Kanser Ovari

Banyak kajian telah dibuat bagi mengenal pasti kaedah menyaring kanser ovari. Ada yang menggunakan ujian darah seperti antigen tumor CA125, antigen carcinoembrionic (CEA), alfafetoprotein (AFP) dan beta HCG. Ada juga yang menggunakan imbasan ultrasound secara berkala. Ada yang sanggup menjalani pembedahan membuang organ ovari itu sendiri.

Namun tiada satu kaedah pun yang menjadi kaedah saringan yang berkesan dan ekonomikal. Hanya tiga kumpulan utama yang diberikan keutamaan dan galakkan untuk menjalani saringan kanser ovari iaitu mereka yang mempunyai keluarga terdekat yang menghidap kanser ovari, mereka yang membawa gen BRCA1 dan BRCA2 (berisiko tinggi terhadap kanser ovari dan payudara) serta mereka yang mempunyai keluarga terdekat menghidapi kanser usus besar, kanser rahim dan kanser payudara. Sekurang-kurangnya ujian darah patut dijalankan ke atas tiga kumpulan ini.

Diagnosis untuk Kanser Ovari

Diagnosis dibuat dengan membuat pemeriksaan pesakit serta beberapa ujian yang mudah.

Secara klinikal pemeriksaan pesakit akan memberi jumpaan terhadap ketumbuhan yang keras di dalam pelvis atau kadang-kadang ketumbuhan berupa sista (cyst) air atau campuran cecair dan ketumbuhan yang keras.

Secara radiologikal selalunya menggunakan ultrasound. Saiz ketumbuhan ciri-ciri tertentu dapat membantu doktor untuk mengenalpasti adakah ketumbuhan itu normal atau tidak.

Secara ujian makmal ujian tumor antigen CA125 boleh dijalankan. Ianya merupakan sejenis protin yang dihasilkan oleh kanser ovari. Malangnya protein CA125 ini juga dihasilkan juga oleh keadaan lain seperti endometriosis, fibroid serta keadaan radang pada dinding peritoneum. Bezanya adalah pada keadaan kanser ovari bacaannya selalu sangat tinggi kadang-kadang menghampiri atau jauh melebihi 1000 iu.

Secara pembedahan merupakan kaedah yang paling tepat untuk membuat diagnosis kanser ovari. Ianya hanya akan dilakuakn setelah ujian-ujian di atas dilakukan serta pesakit sudah dipastikan dalam keadaan optimum untuk menjalani pembedahan. Tahap penyakit (staging) akan dibuat semasa pembedahan serta ketumbuhan akan dibuang sebanyak yang mungkin. Ketentuan tahap penyakit (staging) adalah berlandaskan The International Federation Of Gynaecology and Obstetrics (FIGO).

Cara Kanser Ovari Merebak

Kanser ovari boleh merebak keseluruh ruang peritoneum (ruang antara pelvis ke dasar paru-paru). Ianya merebak mengikut aliran cecair peritoneum. Perebakan juga selalu berlaku mengikut sesalur limfa. Kira-kira 60 ke 70 peratus kanser tahap III akan mempunyai perebakan hingga ke kelenjar pelvis dan para-aortik.

Perebakan melalui aliran darah adalah sangat jarang. Walau bagaimanapun ianya boleh berlaku pada peringkat lewat, terutamanya setelah pesakit menjalani pelbagai rawatan. Perebakan ini boleh menular ke tulang belakang, otak dan paru-paru.

Sokongan Emosi Selain daripada kesihatan fizikal, kesihatan dari segi psikologi hendaklah juga dititik beratkan. Ahli keluarga serta pasangan masing-masing hendaklah dibawa berbincang tentang kaedah rawatan serta sokongan moral yang perlu diberikan.

Rawatan Kanser Ovari

Rawatan kanser ovari umumnya memerlukan pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari serta ovari yang sebelah lagi, rahim dan lapisan lemak dalam perut (omenta). Lain-lain organ yang di jangkiti kanser seperti usus akan di bedah jika perlu. Ini diikuti pula dengan rawatan kemoterapi. Sebaik sahaja diagnosis kanser ovari dibuat, pesakit hendaklah dioptimakan bagi menjalani pembedahan secepat mungkin.

Pembedahan adalah langkah yang pertama dan paling penting untuk memastikan (confirm) diagnosis, mengetahui tahap penyakit (staging) serta membuang sebanyak mungkin ketumbuhan yang nampak dengan nyata.

Di akhir pembedahan diharapkan sebanyak mungkin tisu-tisu kanser dapat dibuang dan tidak lebih daripada 1 cm sahaja tisu yang tertinggal. Langkah-langkah rawatan susulan (follow-up) serta rawatan lanjutan seperti kemoterapi atau radioterapi hendaklah diatur dengan cepat. Sekiranya rawatan kemoterapi diberi dengan lewat ada kemungkinan sel-sel kanser boleh tumbuh kembali.

Untuk wanita yang masih remaja atau masih inginkan mendapat anak, jenis pembedahan mungkin berbeza dary yang tersebut di atas. Rahim dan ovari sebelah yang pecah tersbut mungkin tidak perlu di buang.

Rawatan Kemoterapi Untuk Kanser Ovari

Setelah selesai menjalani pembedahan, pesakit akan diberikan suntikan ubat kemoterapi. Tujuan ubat ini diberi adalah untuk membunuh sel-sel kanser ovari yang masih tertinggal di dalam tubuh pesakit. Rawatan kemoterapi sudah wujud sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Kemoterapi boleh juga diberi sebelum pembedahan. Agen-agen yang terkini adalah dari kumpulan taxane seperti paclitaxel dan docetaxel dan kumpulan platinum seperti cisplatinum dan carboplatin. Karboplatin, analog cisplatinum banyak di gunakan sekarang kerana kesan sampingannya yang sangat kurang tanpa menjejaskan hasil rawatan.

Lain-lain agen adalah siklophosphamid, etoposide, adriamycin (CAP), 5 flourouracil dan lain-lain. Kemoterapi boleh di beri secara single agen atau secara multi agen (campuran).

Campuran agen-agen kemoterapi selalunya di gunakan untuk kes kanser agresif, tahap yang lanjut (advanced), tiada response kepada platinum atau untuk kumpulan kes kanser yang berulang.

Rawatan Radioterapi Untuk Kanser Ovari

Rawatan radioterapi ada digunakan bagi merawat kanser ovari jenis sel-sel germa (germ cell) di peringkat awal. Tetapi ia tidak digunakan dengan meluas dalam kanser ovari yang lain kerana kurang berkesan serta kesan sampingan yang teruk, merosakkan organ-organ penting seperti hati, buah pinggang serta usus kecil dan usus besar.

Rawatan Kanser Ovari Menggunakan Terapi B17 Biji Aprikot

Biji Aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga disebut Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit, tetapi berkesan mencegah kanser.

biji-aprikot-ubat_kanser.my

Vitamin B17 dari Biji Apricot akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Terdapat pengguna pesakit kanser ovari yang menunjukkan pemulihan positif selepas mengambil biji aprikot sebagai makanan tambahan.

Pertubuhan Sokongan

Rawatan penyakit kanser selalunya memerlukan kos yang tinggi. Bagi pesakit-pesakit kanser yang memerlukan bantuan biasanya mereka akan dirujuk kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-ovari

Apa Itu Kanser Prostat

Pengenalan Mengenai Kanser Prostat

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar.

Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.

Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat.

simptom-awal-kanser-prostat

Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

Penyebab/Faktor Risiko Kanser Prostat

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:

  1. Usia
  • Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.
  1. Sejarah Keluarga
  • Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
  1. Hormon
  • Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Tanda & Gejala Kanser Prostat

  1. Aliran air kencing yang tidak lancar.
  2. Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  3. Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  4. Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  5. Darah dalam air kencing atau air mani.

Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Diagnosa Kanser Prostat
  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test
  • Adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  1. Digital Rectal Examination (DRE)
  • Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  1. Transrectal Ultrasound (TRUS)

Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.

  1. Biopsy
  • Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul kanser didiagnosakan adalah dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  1. Computed Tomography (CT atau CAT) scan
  • CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.
  1. Magnetic Resonance Imaging (MRI)

MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.

Peringkat Kanser Prostat
  1. Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat.
  2. Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.
  3. Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  4. Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang
Rawatan kanser Prostat

Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.

  1. Pembedahan

Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.

  • Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.
  • Transurethral Resection of Prostate (TURP) – kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.
  1. Radiation therapy
  • Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau “fraction” mungkin diperlukan.

Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:

  • Cirit birit atau gangguan fungsi usus
  • Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
  • Letih lesu
  • Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
  • Mati pucuk
  1. Terapi Hormon
  • Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens, pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan “androgen” atau terapi pelucutan “androgen”.
  • Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.
  1. Kimoterapi
  • Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.
  • Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
  • Pesakit kanser prostat perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif.

.

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-prostat

Kanser Usus Dan Dubur

Pengenalan Berkaitan Kanser Usus Dan Dubur

Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia.

polip kanser kolon

Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera.

Tahap Kanser Usus

Faktor Risiko Kanser Usus Dan Dubur

Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum :

  • Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
  • Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser.
  • Penyakit radangan usus : seperti “ulcerative colitis”(luka dan radangan pada usus) dan “Crohn’s disease” (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.
  • Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.
  • Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.
  • Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.
  • Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
  • Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
  • Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum.

Gejala Kanser Usus Dan Dubur

Kanser Usus

Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.

  • Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
  • Turun berat badan tanpa sebab
  • Kerap penat atau letih lesu
  • Perubahan habitat pembuangan najis.
  • Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
  • Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.

Diagnosa Kanser Usus Dan Dubur

Ada beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rektum dan untuk mengesan samada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.

Sigmoidoskopi/ kolonoskopi

Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.

Biopsi

Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.

Ujian darah

Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.

Ujian imejan

  • CT scan – kesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
  • Ultrasound – prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak ke hati, atau organ lain.
  • X-ray – untuk kesan perebakan ke paru paru.

Tahap kanser adalah cara menerangkan tentang situasi kanser contoh lokasi, perebakan dan adakah ia melibatkan fungsi organ lain. Dengan mengetahui tahap, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.

  • Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
  • Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
  • Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
  • Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.
Rawatan Kanser Usus Dan Dubur

Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu

Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.

Guna tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Mungkin digunakan sebelum pembedahan untuk kecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk musnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan – letih lesu, ganguan pada kulit dan kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan, hilang selera makan, loya dan cirit birit dan ia juga menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.

Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan – loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.

  • Pembedahan
  • Terapi radiasi
  • Terapi kimo

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-usus-a-dubur

Kanser Pangkal Rahim

Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

Apa dia pangkal rahim?

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah jenis kanser pangkal rahim?

Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser

  • Atypia – merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian “pap smear” dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.
  • Dysplasia – sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu

  1. Squamous cell carcinoma
    Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
  2. Adenocarcinoma.
    Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

serviks_rahim_agizi_kanseri

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) – faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
  • Herpes – wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
  • Ubatan – anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
  • Merokok – meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?

Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:

  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  • Pendarahan selepas putus haid
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Penambahan lelehan dari faraj

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

  • Ujian pap
    Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.
  • Colposcopy
    Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.
  • Biopsi
    Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.
  • Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
    Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
  • Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
    Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X
  • Magnetic Resonance Imaging
    Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap
Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?

pap smear

Rawatan untuk dysplasia.

Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

Rawatan untuk barah pangkal rahim.

Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

  1. Pembedahan
    Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:

    • Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
    • LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
    • Hysterectomy – pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.
  2. Radioterapi
    Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.
  3. Kimoterapi
    Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.
  4. Rawatan paliatif
    Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

Vaksin HPV (Human Papillomavirus)

Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.

Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-pangkal-rahim

Kanser Payudara

Pengenalan Berkaitan Kanser Payudara

Perkataan kanser diambil dari bahasa latin “crab”. Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan.Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002:

  • Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
  • Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45 peratus) daripada lelaki.
  • 1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam 4 orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi kaum Melayu).

 Kanser yang biasa di Malaysia ialah:

  • Di kalangan lelaki- Kanser paru-paru tinggi di kalangan lelaki yang merokok diikuti kanser hidung (nasopharyngeal cancer) dan kanser usus/colorectal.
  • Di kalangan wanita- Kanser payudara adalah tinggi diikuti dengan kanser pangkal rahim.
  • Kanser usus – kadar insiden meningkat pada kedua-dua jantina.

kanser payudara

Apa itu Kanser Payudara?

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.

kanser-payudara

Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan kanser merebak ini adalah dikenali sebagai kanser sekunder atau metastasis. Perkataan kanser juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

 Jenis-Jenis Kanser Payudara

  1. Kanser setempat ‘Carcinoma in situ’ : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  2. Kanser saluran ‘Ductal carcinoma in situ’ (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
  3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Penyebab Kanser Payudara

Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit.

Faktor risiko terbahagi kepada 2 kategori :

Faktor Risiko TIDAK boleh dikawal :

  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).

kanser payudara

Faktor Risiko Boleh di Kawal

  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.

 Gejala-Gejala Kanser Payudara

  • Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
  • Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:

  1. Bengkak pada sebahagian payudara
  2. Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  3. Puting masuk ke dalam atau sakit
  4. Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  5. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  6. Ketulan pada bahagian ketiak

 Bagaimana kanser payudara dikesan?

  1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)– wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  2. Mammogram-Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
  3. (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi).Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.

 Tahap Kanser Payudara

Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:

  1. Tahap 0 – Kanser setempat (Cancer in Situ)
  2. Tahap I – Kanser kurang dari 2 cm.
  3. Tahap II – Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
  4. Tahap III – Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
  5. Tahap IV – Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
  6. Tahap I & II – adalah awal dan boleh disembuhkan.
  7. Tahap IV – tidak boleh disembuh

 Rawatan Kanser Payudara

Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.

  1. Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser payudara
    • Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi konservatif, tisu normal tidak dibuang.
    • Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy)’ (mas-tek-tuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudkemoterapira berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.
    • Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy): Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.
    • Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy). Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan sebahagian kelenjar limfa di ketiak.
    • Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.
    • Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa dibawah mikroskop.

 Kimoterapi

    • Kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau secara pil memakan. Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya kimoterapi diberi selepas pembedahan ia dapat kurangkan kemungkinan kanser berulang. Kimoterapi juga merupakan rawatan utama yang diberi bila kanser telah merebak menjangkaui luar payudara dan di kawasan ketiak atau rebakan meluas selepas rawatan pertama.
    • Kimoterapi juga diberi sebelum pembedahan, biasanya untuk mengecilkan saiz bengkakan dan mudah dibuang.
    • Kimoterapi diberi dalam beberapa kitaran, setiap kitaran diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3 – 6 bulan. Biasanya kombinasi beberapa ubat diberi.
    • Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi:
      • Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah
      • Loya dan muntah
      • Hilang selera makan
      • Rambut gugur
      • Kudis mulut
      • Perubahan kitaran haid (mungkin berkekalan)
      • Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih
      • Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku darah

 Terapi Radiasi

    • Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk membunuh atau mengecut sel-sel kanser. Radiasi mungkin dari luar badan (radiasi luaran) atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan (brachytherapy).
    • Rawatan ini digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan.Setiap rawatan mengambil masa beberapa minit.
    • Rawatan ini biasanya diberi 5 hari seminggu sebagai pesakit luar, untuk selama 6 atau 7 minggu. Ia bermula sebulan selepas pembedahan.
    • Kesan sampingan utama terapi radiasi ialah bengkak dan merasa berat pada payudara, kesan kemerahan pada kawasan berkenaan dan keletihan.

 Terapi Hormon

    • Hormon estrogen menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payu dara pada sesetengah wanita. Kaedah untuk menghalang atau mengurangkan paras estrogen digunakan untuk merawat kanser payu dara.
    • Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen. Ia diambil dalam bentuk pil, biasanya setiap hari selama 5 tahun selepas pembedahan. Ia mengurangkan risiko kanser daripada berulang.
    • Aromatase inhibitors ialah sejenis ubat yang menghalang tubuh membentuk estrogen. Ia hanya berkesan untuk wanita yang telah putus haid dan kanser yang dihidapinya positif hormon (reseptor estrogen positif).

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-payudara

Apa Itu Kanser

Apa Itu Kanser?

Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

sel kanser

Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan kanser (benign) ataupun kanser (malignant). Tumor bukan kanser tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Kanser pula terdiri daripada sel-sel kanser yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel kanser boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

 Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan kanser merebak ini adalah dikenali sebagai kanser sekunder atau metastasis. Perkataan kanser juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Rawatan Kanser

Rawatan kanser adalah bergantung kepada jenis kanser, bahagian anggota tubuh yang dihidapi kanser dan juga sekiranya kanser telah merebak. Malah faktor jenis rawatan kanser ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan kanser dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi kanser.

Kemoterapi Sebagai Rawatan Untuk Kanser

Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat kanser dengan cara membunuh sel kanser. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel kanser daripada terus membahagi dan bertambah. Sel kanser tersebut akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel kanser di bahagian tubuh yang lain.

Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel kanser. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. Berbeza dengan sel kanser, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.

Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.

Mengapa Rawatan Kemoterapi Diberikan Kepada Pesakit Kanser?

Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit kanser atau mengurangkan gejala penyakit kanser.

Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat.

Bagaimana Kemoterapi Dilakukan?

Ubat kemoterapi mestilah memasuki salur darah untuk sampai ke sel kanser dalam tubuh badan. Ubat kemoterapi memasuki salur darah dengan segera sekiranya ia disuntik ke dalam salur darah. Sekiranya diberikan secara kaedah lain, ubat tersebut mestilah menyerap masuk ke dalam salur darah (contoh: ubat kemoterapi dalam bentuk biji yang dimakan dan diserap melalui dinding perut atau usus).

kemoterapi

Ubat kemoterapi ini akan berada dalam sistem peredaran darah dan boleh memasuki serta memusnahkan sel-sel tertentu. Sel yang dipengaruhi oleh ubat kemoterapi adalah sel-sel yang bertambah dengan kadar segera seperti sel kanser. Kadar kemusnahan sel kanser adalah berbeza dan ianya bergantung kepada jenis kanser itu sendiri.

Sel tubuh normal yang bertambah cepat juga boleh terganggu oleh kesan ubat kemoterapi tetapi sel-sel normal tersebut berkeupayaan untuk pulih dan bertambah semula berbanding sel kanser.

Tempoh rehat di antara dua rawatan dapat memberi peluang kepada sel-sel yang normal pulih sebelum tiba masa rawatan yang selanjutnya.

Doktor yang merawat pesakit kanser akan mengambil kira beberapa faktor dalam membuat perancangan rawatan kemoterapi kepada pesakit. Antara faktor penting tersebut adalah jenis kanser, bahagian anggota tubuh yang dihidapi kanser dan juga sekiranya kanser telah merebak. Faktor lain yang perlu diambil kira adalah umur pesakit dan tahap kesihatan pesakit secara umumnya. Ini bermakna setiap pesakit berkemungkinan mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.

Kekerapan rawatan kemoterapi dan tempoh rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser, ubatan yang diberikan, tindakbalas sel kanser terhadap ubat dan kesan sampingan ubatan.

Kemoterapi biasanya diberikan dalam beberapa tahap. Tempoh bagi setiap tahap rawatan mengambil masa beberapa jam hingga kepada beberapa hari bergantung kepada ubatan yang diberikan. Setiap tahap rawatan itu akan diikuti dengan tempoh rehat untuk beberapa minggu bagi membolehkan tubuh badan pulih daripada kesan sampingan rawatan. Jumlah keseluruhan tahap rawatan bergantung kepada tindak balas kanser terhadap rawatan. Rawatan kemoterapi mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk merawat penyakit kanser. Bagi sesetengah pesakit pula, mereka dikehendaki memakan ubat kemoterapi untuk beberapa minggu atau bulan sebelum diberikan tempoh rehat.

Pesakit mungkin diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X atau berjumpa dengan doktor sebelum diberikan rawatan kemoterapi dan ini sememangnya mengambil masa. Kesemua ubatan kemoterapi disediakan dengan cara tertentu dan pesakit mungkin perlu menunggu seketika sebelum memperolehi ubatan tersebut daripada Jabatan Farmasi hospital. Bagi membantu pesakit mengisi masa menunggu, mereka disarankan untuk membaca buku, surat khabar, melakukan silang kata atau menulis surat.

Perubahan dalam pelan rawatan.

Doktor yang merawat pesakit kanser akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan tindakbalas kanser terhadap rawatan kemoterapi. Bagi tujuan ini, pesakit diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X dan ujian imbasan. Hasil daripada ujian-ujian ini akan menunjukkan tahap tindakbalas kanser terhadap rawatan kemoterapi. Kadangkala pelan rawatan perlu diubah berdasarkan keputusan ujian kerana ada masanya rawatan yang diberikan tidak memberi sebarang kesan seperti yang dikehendaki. Sekiranya pesakit mendapat kesan sampingan seperti rasa loya, ubat penahan muntah akan dibekalkan. Pesakit digalakkan untuk mengambil ubat penahan muntah sebelum mendapatkan rawatan kemoterapi yang berikutnya. Tanya doktor, jururawat atau ahli farmasi bagaimana anda perlu mengambil ubat yang ditetapkan.

Masalah Usus
  • Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi). Mereka ini digalakkan untuk meminum lebih air bagi mengatasi masalah ini.
  • Sembelit boleh dielakkan sekiranya pesakit mengambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum dan pasta , bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding memakan makanan dalam jumlah yang banyak. Ambil makanan yang bersuhu suam atau sedikit sejuk berbanding makanan yang panas atau telalu sejuk. Elak makanan yang pedas, makanan berserat yang kasar, makanan berlemak atau yang digoreng, berkuah atau bersos, sosej dan buah-buahan atau sayuran yang mentah, berkulit atau berbiji. Makan makanan snek yang bersesuaian seperti sup, roti bakar, biskut, keju atau nasi. Apabila cirit-birit telah sembuh, penting bagi pesakit untuk mengambil makanan yang seimbang meliputi buah-buahan segar, sayuran dan bijirin.
  • Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit, cirit-birit atau sakit perut kepada doktor yang merawat.
Masalah Mulut
  • Ubat anti-kanser juga boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulut dan adakalanya menyebabkan luka / ulser atau jangkitan mulut. Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. Pesakit digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pesakit mungkin dibekalkan dengan ubat kumuran bagi mengelakkan jangkitan mulut seperti jangkitan kulat.
  • Pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana ianya berkemungkinan merengsa lapisan dinding mulut. Penggunaan sesudu garam dalam segelas air suam juga boleh digunakan bagi tujuan yang serupa.
  • Jika mulut anda kering, banyakkan mengambil cecair, terutamanya air dan makanlah makanan lembut seperti kaserol. Makan juga buah-buahan masam atau gula-gula berangin. Bincangkan masalah pergigian anda dengan doktor. Maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda yang sedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum menjalani rawatan pergigian.
Rambut gugur
  • Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tahap keguguran rambut adalah bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan.
  • Selain daripada keguguran rambut, pesakit juga mungkin kehilangan bulu pada bahagian anggota badan yang lain. Sekiranya pesakit dijangkakan akan menghadapi masalah keguguran rambut, penggunaan rambut palsu, topi atau skaf mungkin dapat membantu. Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau. Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca mata untuk melindungi mata. Pada hari yang berangin, anda perlu memastikan rambut dan kulit sangat bersih.
  • Rawatan bagi kanser boleh mengubah persepsi pesakit terhadap dirinya dan hubungan dengan orang lain. Sesetengah pesakit menganggap kanser tidak memberi apa-apa perubahan tetapi bagi sebahagian yang lain ia membuatkan hubungan dengan pasangan lebih rapat. Pesakit juga adakalanya mempunyai kurang minat dalam hubungan intim atau hubungan intim tidak penting lagi buatnya untuk sementara waktu.
  • Kesan sampingan kemoterapi seperti loya atau keletihan juga menjadi penyebab pesakit kurang berminat mengadakan hubungan seksual dengan pasangan. Malah perubahan fizikal badan menyebabkan pesakit merasakan dirinya kurang menarik di mata pasangan mereka. Adakalanya pesakit lelaki mempunyai masalah mati pucuk manakala bagi pesakit wanita mereka adakalanya mengadu mempunyai masalah faraj yang kering. Penggunaan KY Jelly sebagai pelincir boleh membantu dalam masalah kekeringan faraj. Sungguhpun begitu masalah ini hanyalah bersifat sementara dan ia biasanya pulih setelah rawatan tamat.
  • Sekiranya pesakit merasakan terdapat perubahan dalam hubungan intim, adalah digalakkan berbincang dengan pasangannya. Pasangan mungkin tidak menimbulkan hal tersebut berikutan kebimbangannya membuatkan pesakit berasa bersalah atau membuat permintaan yang melampau dalam keadaan pesakit yang tidak sihat. Perbincangan yang terbuka antara pesakit dan pasangan boleh membantu menyakinkan perasaan pesakit akan keperluan berkasih-sayang dan memerlukan pasangan.
  • Walaupun pesakit mungkin tidak berminat dengan hubungan seksual, terdapat banyak cara untuk memastikan keintiman berterusan. Bersentuhan, berpelukan, bercium adalah antara aktiviti intim yang boleh dilakukan bersama sementara pesakit pulih secara perlahan untuk membolehkan hubungan seksual dilakukan seperti kebiasaan.
Kesuburan
  • Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepada kesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yang tidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifat sementara. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurun berikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamil setelah tamat rawatan.
  • Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem – tiada penghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpan sperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luar rahim kelak.
Merancang keluarga
  • Walaupun kadar kesuburan berkurangan berikutan rawatan kemoterapi, proses kehamilan masih boleh berlaku. Memandangkan kemoterapi boleh memberi kesan kepada telur (ova) dan sperma maka kehamilan tanpa dirancang adalah tidak digalakkan baik bagi pesakit wanita, pesakit lelaki atau pasangan. Maka kaedah cegah hamil yang sesuai perlu digunapakai. Sekiranya kehamilan berlaku, pesakit perlu berbincang dengan doktor secepat mungkin.
  • Pil perancang keluarga / cegah hamil mungkin diberikan kepada pesakit wanita muda bukan sahaja bertujuan untuk mencegah kehamilan tetapi juga untuk melindungi ovari daripada kesan sampingan ubat kemoterapi.

 

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/penyakit/kanser