Tag Archives: Penawar Kanser

Pokok Keladi Tikus Merupakan Penawar Kanser

Latarbelakang Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Pokok Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti Talas Kunting, Bira Kecil, Ileus Gofu Sepa, Trenggiling Mentik dan berbagai lagi.

Pokok Keladi Tikus ini sesuai ditanam di kawasan yang lembab dan berpaya. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 100cm.

Daunnya berbentuk seperti jantung, tumbuh dari ubi dan berwarna hijau segar. Dalam Bahasa Inggeris pokok Keladi Tikus disebut sebagai rudent tuber. Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia, juga dibeberapa pusat pembenehan dan pusat landskap.

Daunnya berbentuk jantung dan berwarna hijau pekat basah. Seluruh bahagian dari pokok ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.

Keistimewaan Pokok Keladi Tikus

Tanaman ini diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990 ’an (Neoh, 1992). Sebenarnya tanaman ini telah lama diguna pakai oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di Negeri China. Juga terkenal dikalangan para tabib (sense) Cina yang menggunakannya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin, penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan.

pokok-keladi-tikus

Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, ‘pokok Keladi Tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’’. Ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan pokok Keladi Tikus dan melalui kajian dijalankan ke atas pokok Keladi Tikus atau Typhonium.

Keladi Tikus Rawat Barah

Teo berkata, pesakit menunjuk kesan positif selepas memakan tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.

Khasiat Dan Kegunaan Pokok Keladi Tikus

Di antara khasiat pokok keladi tikus ini, ianya bagus untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang.

USM temui keladi tikus ubat kanser

Kandungan pokok keladi tikus dapat membunuh sel-sel barah ini dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi.

Keladi tikus juga  bersifat antivirus dan antibakteria. Air dari pokok ini mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Bagaimana Keladi Tikus bertindak?

Keladi Tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa keladi tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi. Arginine adalah asid amino yang penting yang mana diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan. Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus. Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat kanser. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin.

RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosak jaringan sekitarnya, dan menghalang pertumbuhannya. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.

Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser , mulai dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorokan, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, sampai pancreas, dan ianya terbukti telah menyembuhkan penyakit kanser dengan penggunaan minima 5 bulan secara berterusan. Insyaallah.

Cara Mendapatkan Keladi Tikus
Pesan Kapsul Keladi Tikus

Klik gambar untuk memesan kapsul keladi tikus.

Kini, khasiat pokok Keladi Tikus boleh diperolehi melalui kapsul. Pengambilan kapsul adalah lebih mudah dan lebih praktikal. Dapatkannya di sini.

Baking Soda Penawar Kanser

Baking Soda Penawar Kanser Yang Murah

Baking soda atau nama saintifiknya sodium bicarbonate dikatakan merupakan salah satu penawar untuk penyakit kanser. Perkara ini telah disyorkan oleh kebanyakkan oleh pengamal perubatan alternatif bagi merawat penyakit kanser.

baking soda penawar kanser

Ujian Makmal – Baking Soda Penawar Kanser Payudara

Ujian makmal yang dilakukan ke atas tikus yang dimasukan sel kanser payudara menampakan perubahan yang positif apabila dirawat dengan baking soda. Baking soda ini bertindak sebagai agen mengurangkan persekitaran asid di dalam badan tikus.

sel kanser

Baking soda bersifat alkali dan secara umumnya, sel kanser tidak dapat bercambah apabila berada dalam keadaan alkali iaitu pH melebihi tahap 7.

Pengambilan baking soda adalah bergantung kepada tahap penyakit kanser. Boleh rujuk link sini untuk melihat contoh pengambilan baking soda atau rujuk doktor yang berkaitan.

epsom salt

Selain baking soda, pengambilan bersama epsom salt juga merupakan salah satu alternatif untuk mengurang keasidan di dalam badan. Baking soda dan epsom ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya atau boleh didapati di farmasi.

Minyak Zaitun Penawar Kanser

Keistimewaan Minyak Zaitun Sebagai Penawar Kanser

Firman Allah Taala : “Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur : 35: …yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

minyak zaitun

Melalui Hadis , Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah : Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.

Kajian Berkaitan Minyak Zaitun Penawar Kanser

Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa minyak zaitun mengenakan kesan perlindungan terhadap tumor malignan dan penawar kanser tertentu seperti payudara, prostat , endometrium , saluran penghadaman dan lain-lain lagi.

Minyak Zaitun Penawar Kanser Payudara

Beberapa kajian penyelidikan telah mendapati bahawa minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Pemakanan yang sihat dengan minyak zaitun sebagai sumber utama lemak adalah amat ketara dapat mengurangkan kejadian kanser. Sebabnya ialah mutasi sel yang disebabkan oleh kanser adalah disebabkan oleh toksin yang mana apabila dimakan melalui diet , serangan DNA.

Melalui hati, toksin ini menghasilkan radikal bebas yang kemudian menyerang DNA. Untuk memerangi radikal bebas , badan memerlukan vitamin dan antioksidan seperti yang terkandung di dalam minyak zaitun.

Minyak Zaitun Penawar Kanser Usus

Pemakanan minyak zaitun dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser usus. Kesan perlindungan minyak zaitun , tanpa mengira jumlah dan sayur-sayuran yang dimakan dalam diet. Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa minyak zaitun memberi perlindungan terhadap kanser kolon.

Minyak Zaitun Penawar Kanser Hati

Kebelakangan ini, kajian telah mengkaji implikasi metabolik lemak, lebih khusus peranan pelindung minyak zaitun dalam penyakit hati yang kronik dan gangguan daripada usus dikenali sebagai penyakit Crohn.

Keputusan menunjukkan kesan yang baik minyak zaitun pada kesan luka pra-kanser. Selepas menganalisis tiga jenis pemakanan, saintis penyelidikan menjumpai pelbagai kesimpulan. Diet minyak zaitun mengurangkan jumlah kesan pra-kanser.

Bilangan tumor yang terdapat pada pesakit adalah jelas dan ketara rendah dan tumor adalah kurang agresif dan mempunyai prognosis yang lebih baik. Ini kesan yang berkaitan dengan asid oleik, asid lemak mono tak tepu yang utama dalam minyak zaitun.

Ia telah menunjukkan bahawa asid lemak ini mengurangkan pengeluaran prostaglandin yang diperolehi daripada asid arakidonik, yang kemudiannya memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran dan pembangunan tumor.

Walau bagaimanapun, ia tidak dikecualikan bahawa nutrisi lain dalam minyak zaitun seperti antioksidan, flavonoid, polifenol dan squalene juga mungkin mempunyai pengaruh yang positif. Squalene dipercayai mempunyai kesan yang baik pada kulit dengan mengurangkan kejadian melanomas(penyakit kulit).

minyak zaitun penawar kanser

Minyak zaitun juga menambahkan rasa sayur-sayuran dan kekacang yang bermanfaat dalam pencegahan kanser. Penyelidikan terkini tertumpu kepada perlindungan yang disediakan oleh minyak zaitun terhadap penyakit leukemia kanak-kanak dan pelbagai jenis kanser, seperti kanser skuamus oesophageal sel dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, menurut maklumat yang ada pada masa ini, minyak zaitun boleh bertindak serentak pada peringkat berlainan yang terlibat dalam proses pembentukan kanser.

InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T. sesuatu penyakit itu akan sembuh kelak cumanya kita perlulah bersabar di atas sesuatu penyakit itu.

Air Zam Zam Penawar Kanser

Kelebihan Air Zam Zam Sebagai Penawar Kanser

  1. Makanan yang mengenyangkan.
  2. Ubat penyakit kecuali mati.
  3. Air yang penuh keberkatan.
  4. Abu Majah yang memetik Jaabir Abdullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda : Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat.”
  5. Anti-kuman. Kandungan air zam-zam yang sememangnya bersih dan selamat untuk diminum sejak dahulu sehinggasekarang tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain.
  6. Antioksidan yang tinggi dan boleh melawan sel kanser.
  7. Mengandungi kandungan garam yang stabil.
  8. Amat baik dan sesuai untuk orang yang melakukan kerja berat, penat mengerjakan haji dan penat berjalan jauh.
  9. Mengandungi kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, iodin, flourida, natrium dan kalium yang tinggi.
  10. Wujud secara semula jadi dalam bentuk alkali dapat menghalang sel kanser hidup.
  11. Dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut dan secara tidak langsung mampu mencegah penyakit gastrik.

Sahih Muslim pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam-zam. Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr: “Siapakah yang memberi saudara makan?” Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zam-zam. “Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus.”

telaga air zam zam

Telaga air zam zam

Imam at-Tirmizi pernah berkata, “ Orang yang meminum air zam-zam itu :

  • Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
  • Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.
  • Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
  • Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
  • Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.
  • Jika dia minum mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
  • Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
  • Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.
  • Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.
  • Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.

“sebaik-baik air dipermukaan bumi adalah air zamzam.Di dalamnya ada nilai gizi yang mengenyangkan dan merupakan penawar bagi segala macam penyakit.

NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA:

“Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.Bila engkau meminumnya kerana meminta untuk kesembuhan maka allah akan menyembuhkanmu.bila engkau meminum untuk mengenyangkan maka Allah akan mengenyangkanmu,dan bila meminumnya dengan niat untuk menghilangkan rasa dahaga maka allah akan menghilangkan rasa dahaganya.Ia adalah perigi yang digali oleh jibril dan minuman dari Allah untuk Ismail A.S

Ahli sains Jepun yang melebihi 500 orang telah membuat kajian tentang air zam-zam mengakui air biasa tidak akan dapat menandingi air zam-zam walaupun telah diolah dengan berbagai cara tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Setelah menggunakan peralatan yang canggih untuk mengubah kandungan air zam-zam, ahli sains jepun tetap mengakui mereka tidak mampu mengubah kandungan khasiat yang terdapat dalam air zam-zam.

Air zam zam adalah penghulu segala air di mana manfaat meminumnya adalah sangat baik berbanding air–air yang lain. Air zam zam mengandungi gizi yang seimbang dan boleh di katakan sebagai makanan lengkap berbanding hanya sekadar ‘minuman’.

Antara keajaiban air zam zam yang paling menonjol adalah kebolehan air zam zam untuk bertindak balas berdasarkan niat anda atau doa anda ketika meminumnya. Jadi, antara doa yang anda boleh baca ketika meminum air zam zam supaya anda dapat berkat dariNya adalah:

Doa Pertama

Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit

Doa Kedua

Baca Alfatihah dengan yakin. Kemudian minum air zam zam. Ramai telah mencuba amalan ini dan hasilnya sangat memberangsangkan di mana ia telah menyembuhkan banyak penyakit. Ada cerita di mana seorang pemuda sedang demam panas yang teruk. Kemudiannya dia mengambil air zam zam dan membaca Alfatihah sebelum meminumnya. Hasilnya dia kembali sihat dan mempunyai kesihatan yang sempurna.

Doa Ketiga

Baca bismillah dan seterusnya doa mengikut hajat atau niat anda. Contohnya anda ingin menuntut ilmu, doalah supaya hati anda terang untuk menerima ilmu dari Allah Taala. Selesai berdoa, anda minum air zam zam dengan tenang. Ketika ada mengambil nafas, anda doa lagi pada Allah Taala. Selain itu, niat di dalam hati bahawa anda inginkan hajat anda tertunai kerana Allah Taala.

Surah Penawar Kanser

Surah Dari Al-Quran Penawar Kanser

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk sebagai penawar kanser seterusnya memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tidak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta isteri/suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

penawar kanser

Niat Untuk Dijadikan Sebagai Penawar Kanser

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

 

Sebarkan Surah Penawar Kanser Ini

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Daun Pecah Beling Penawar Kanser

Daun Pecah Beling Penawar Kanser

daun-pecah-beling

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma).

Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia.

Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Kandungan Daun Pecah Beling Sebagai Penawar Kanser

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).

Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah.

Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada.

Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser.

Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas.

Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak Daun Pecah Beling Sebagai Penawar Kanser

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis.

Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas.

Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

pokok-pecah-beling

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.

Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

kapsul daun pecah beling

Klik Gambar Untuk Memesan Kapsul Daun Pecah Beling

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob.

Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Untuk memesan kapsul daun pecah beling boleh klik sini.

Artikel oleh:

Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.

Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,

UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.


Sumber Rujukan :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0123&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz33deH58Jp