Kanser Prostat Tidak Kenal Usia

Statistik Kanser Prostat Meningkat Setiap Tahun

Angka berkenaan penghidap kanser prostat tidak mustahil akan terus meningkat jika kaum lelaki masih tiada kesedaran terhadap penyakit paling ditakuti itu. Ramai yang tahu mengenainya namun ada juga yang ‘buat-buat tidak tahu’.

Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Lam Kai Seng berkata, kanser prostat penyakit yang semakin meningkat dalam persekitaran tempatan disebabkan peningkatan dalam jangka hayat penduduk tempatan dan kemewahan yang semakin meningkat dalam gaya hidup dan diet yang mirip kepada penduduk barat.

Selain itu, perspektif kebanyakan lelaki yang tunggu sakit baru berjumpa doktor juga antara yang menyumbang ke arah meningkatnya bilangan pesakit kanser prostat di negara ini.

“Ramai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia hanya menyerang lelaki berusia.

“Sebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu ‘rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Bagaimana Kanser Prostat Merebak

Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.

“Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada gejala apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

Pada tahap kedua, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Seterusnya pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke pundi seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru,” katanya.

Sementara itu, Perunding Urologi, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam berkata, setiap lelaki berisiko dijangkiti kanser prostat. Meskipun negara Asia mempunyai bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di negara ini boleh berpeluk tubuh.

“Sesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.

Apakah Simptom kanser Prostat Ini?

  • Kerap buang air kecil
  • Aliran kencing lemah
  • Mati pucuk
  • Terdapat darah di dalam air kencing
  • Sakit sewaktu buang air kecil
  • Sukar mengawal rasa buang air kecil
  • Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada.

Faktor risiko Kanser Prostat?

  • Sejarah keluarga
  • Pemakanan
  • Peningkatan usia
  • Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam.

Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia.

Rawatan Kanser Prostat

Pembedahan dikenali prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra. Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

Sumber Rujukan :

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kanserprostattakkenalusia/MA/Article/article_print 

Post Berkaitan
Kanser Prostat
Tanda Kanser Prostat? Lelaki botak usia 20-an dikatakan petunjuk awal risiko kanser prostat. MASALAH rambut gugur sememangnya merunsingkan. Lebih mencemaskan lagi apabila masalah yang dianggap alah bisa tegal biasa dalam kalangan lelaki ...
Baca Seterusnya...
Klik gambar untuk download ebook (dalam Bahasa Inggeris)
Ebook Berkaitan Kanser Payudara Ebook Berkaitan Kanser Prostat Sumber Rujukan : http://www.canceractive.com/
Baca Seterusnya...
Lelaki Juga Berpotensi Untuk Menghidap Kanser Payudara
LELAKI kena kanser payudara? Soalan seperti ini tidak mustahil akan terpacul kala dikaitkan dengan kalangan lelaki, lantaran ia sangat jarang didengari berbanding lazimnya berlaku di kalangan wanita. Ini mungkin disebabkan perbezaan ...
Baca Seterusnya...
Buah-Buahan Anti Kanser
Buahan Anti Kanser Acai Berry Acai berry merupakan kandungan buah dikenalpasti sebagai Super Anti-Oksidan yang mempunyai ORAC rating paling tinggi di dunia. Kajian menunjukkan untuk badan kita kekal sihat kita perlu makan sekurang-kurangnya ...
Baca Seterusnya...
Apa Itu Kanser Prostat
Pengenalan Mengenai Kanser Prostat Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing ...
Baca Seterusnya...
Kanser Prostat
Ebook Berkaitan Kanser Payudara Dan Kanser Prostat
Lelaki Juga Berpotensi Untuk Menghidap Kanser Payudara
Buah-Buahan Anti Kanser