Budak Perempuan 6 Tahun Hidap Kanser Payudara

Kanak-Kanak Berumur 6 Tahun Penghidap Kanser Payudara

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Pantai Cahaya Bulan (PCB) dikesan mengidap kanser payudara.

Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan Payudara dan Endoktrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penemuan tersebut dianggap bukan sahaja paling muda di negara ini, malahan berdasarkan kajian, termuda di dunia.

Dr Imi Sairi (kanan) merawat seorang pesakit payudara di HRPZII, hari ini.

Dr Imi Sairi (kanan) merawat seorang pesakit payudara di HRPZII, hari ini.

Katanya, setakat ini pesakit kanser payudara termuda adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dari Amerika Syarikat.

“Pada Oktober tahun lalu, saya anggap ini adalah penemuan dalam sejarah perubatan apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun mengalami masalah payu daranya mempunyai biji sebesar dua sentimeter (cm).

“Setelah menjalankan pembedahan dan biji tersebut dihantar untuk kajian, hasilnya mengesahkan dia mengalami kanser payu dara dan sehingga kini masih menerima rawatan di hospital ini secara temu janji,” katanya semasa ditemui di HRPZ II, di sini, hari ini.

Kanser Payudara Mungkin Disebakan Faktor Genetik

Dr Imi Sairi berkata, kanak-kanak tersebut kini berusia tujuh tahun dan kemungkinan kanser itu berlaku disebabkan faktor genetik, namun ibu bapa kanak-kanak tersebut tiada hubung kait mengenai penyakit berkenaan.

Bagaimanapun, kanser yang dialami kanak-kanak berkenaan berada pada peringkat awal mungkin tahap pertama atau kedua.

“Kanser payudara adalah pembunuh nombor satu bagi wanita di Malaysia, namun di Kelantan, berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, kanser payudara menjadi penyebab kedua kematian selepas kanser usus.

“Masalah kanser payudara dikawal melalui saringan awal bagi wanita yang cukup usia 40 tahun untuk menjalankan mamogram,” katanya.

Kata beliau, berdasarkan rekod HRPZ II, terdapat 2,262 pesakit secara keseluruhan mengalami kanser dan paling ramai adalah payudara 593 pesakit, diikuti kanser usus 262 dan ovari 183 pesakit, termasuk kanser tiroid, serviks dan leukemia.

Beliau mengakui hampir 50 peratus pesakit kanser di negeri ini datang mendapatkan rawatan di hospital setelah penyakit tersebut kronik di peringkat tahap ketiga dan keempat.

Katanya, kanser payudara juga turut dihidapi pesakit lelaki, namun kaum tersebut lebih menderita akibat penyakit kanser usus dan prostat.

Rekod Penghidap Kanser Payudara Termuda

Untuk rekod, Hannah Powell-Auslam, 10, dari Southern California, Amerika Syarikat mengejutkan dunia apabila menjadi gadis paling muda di dunia yang diserang kanser payudara.

Keputusan doktor itu diterima April 2009 dan ia telah menjalani pembedahan kanser yang jarang berlaku yang disebut invasive secretory carcinoma. Menurut catatan perubatan kanser ini diketahui pertama kali menyerang kanak-kanak pada 1960, tetapi hingga sekarang tiada maklumat terperinci mengenai kes berkenaan.

Sumber Rujukan :

http://www.sinarharian.com.my/semasa/budak-perempuan-6-tahun-hidap-kanser-payudara-1.247983 

Post Berkaitan
Herba Dijadikan Ubat Kanser Payudara
10 Herba Potensi Untuk Ubat Kanser Payudara PASIR MAS:  Lebih 10 pokok herba di negara ini didapati berpotensi dimajukan secara komersial sebagai ubat merawat barah, terutama kanser payudara. Pensyarah jemputan berkaitan herba ...
Baca Seterusnya...
Statistik Dan Fakta Berkaitan Kanser Payudara
Infographic : Breast Cancer Stats And Facts .   Jika anda sayang wanita berdekatan anda: SHARE sebanyak mungkin info ini. Anda wanita? Lakukan pemeriksaan dari masa ke semasa.
Baca Seterusnya...
Habbatus Sauda Makanan Sunah Rasulullah
Khasiat Habbatus Sauda Sebagai Makanan Tambahan SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi ...
Baca Seterusnya...
Baking Soda Penawar Kanser
Baking Soda Penawar Kanser Yang Murah Baking soda atau nama saintifiknya sodium bicarbonate dikatakan merupakan salah satu penawar untuk penyakit kanser. Perkara ini telah disyorkan oleh kebanyakkan oleh pengamal perubatan alternatif bagi ...
Baca Seterusnya...
Klik gambar untuk download ebook (dalam Bahasa Inggeris)
Ebook Berkaitan Kanser Payudara Ebook Berkaitan Kanser Prostat Sumber Rujukan : http://www.canceractive.com/
Baca Seterusnya...
Kak Wan Bebas Kanser
Kak Wan Bebas Kanser Payudara Baru-baru ini, seorang bekas penghidap kanser payudara telah berkongsi bagaimana dirinya bebas kanser. Ikuti perbualan melalui print sreen whatsapp di bawah. . . . Kesimpulan yang dapat dibuat, Kak Wan mengamalkan ...
Baca Seterusnya...
Herba Dijadikan Ubat Kanser Payudara
Statistik Dan Fakta Berkaitan Kanser Payudara
Habbatus Sauda Makanan Sunah Rasulullah
Baking Soda Penawar Kanser
Ebook Berkaitan Kanser Payudara Dan Kanser Prostat
Kak Wan Bebas Kanser