Daun Rerama Mempunyai Ciri-Ciri Anti Barah Dan Anti Keradangan
SERDANG – Kajian awal oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap tumbuhan dikenali sebagai daun rerama atau Red Butterfly Wing mendapati ia menunjukkan ciri-ciri antibarah dan antikeradangan.
Pensyarah dan penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata, susulan penemuan awal itu, UPM akan menjalankan penyelidikan lanjut dengan melakukan saringan dan ujian praklinikal peringkat kedua terhadap daun rerama.
Menurutnya, kajian peringkat kedua terhadap tumbuhan dengan nama saintifik Christia vespertilionis itu akan dijalankan terhadap haiwan.
Kajian Berkaitan Daun Rerama
“Dalam kajian itu nanti, sel barah payu dara akan disuntik ke dalam tikus dan kemudian ia akan dirawat dengan ekstrak daun rerama,” katanya.

Beliau berkata, kajian peringkat kedua itu akan menggunakan sebahagian daripada Dana Inovasi Perusahaan sebanyak RM300,000 yang diperuntukkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Latifah berkata, saringan pertama yang dilakukan pada 2013 secara in vitro menggunakan ekstrak daun rerama terhadap enam jujukan sel barah yang sukar dirawat termasuk barah payu dara, peparu, usus besar, serviks dan ovari, mendapati sel yang paling sensitif ialah sel kanser barah payu dara.
Katanya, saringan kedua itu juga akan meneliti profil kimia daun rerama. Rujuk Sini untuk artikel lain berkaitan daun rerama.
. daun rerama
Kepada sesiapa yang mencari secara sendiri daun rerama – Mohon rujuk dos pengambilan yang sesuai daripada pakar atau pihak yang berkaitan. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diinginkan berlaku. Terima kasih.
.
Sumber Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/daun-rerama-ada-ciri-antibarah-antikeradangan-1.380813
Post Berkaitan
Daun Pecah Beling
Penawar Kanser
Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya ...
Baca Seterusnya...
Penyelidikan Klinikal Terhadap Daun Rerama
Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia memberi dana bernilai sehingga RM20 juta untuk kos penyelidikan klinikal terhadap daun rerama sehingga ia menjadi ubat ...
Baca Seterusnya...
Madu Boleh Dijadikan Terapi Atau Sebagai Ubat Kanser
KOTA BAHARU, 11 Jan (Bernama) - Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen / ubat ...
Baca Seterusnya...
Daun Rerama Merawat Kanser
daun rerama
daun rerama
aun rerama
.
Sumber Rujukan : Akhbar Harian Metro - 4 Februari 2015 - Muka Surat 6 & 7 | Akhbar Harian Metro - 5 ...
Baca Seterusnya...
Pengasas Jenama Butterfly Tea Atau Teh
Daun Rerama Penawar Kanser
Dia tidak menyangka tumbuhan kecil ini mempunyai bentuk daun seperti rama-rama dan ada ketikanya kelihatan seperti boomerang menjadi titik permulaan dalam ...
Baca Seterusnya...
Latar Belakang Daun Rerama Sebagai Penawar Kanser
Nama saintifik daun rerama ialah Mariposa Christia Vespertillonis. Nama umum juga dikenali sebagai Butterfly Wing. Melalui kajian ubatkanser.my, kami dapati di China, ianya disebut ...
Baca Seterusnya...
Daun Pecah Beling Penawar Kanser
Penyelidikan Klinikal Daun Rerama
Madu Berpontensi Sebagai Ubat Kanser
Daun Rerama Boleh Merawat Kanser
Pengasas Teh Daun Rerama Penawar Kanser
Daun Rerama Penawar Kanser