Category Archives: Umum

Kesan Barah Usus

Tanda Awal Diserang Kanser Usus

Kanser usus, dikenal pasti sebagai serangan kanser kedua paling banyak menyerang masyarakat di negara ini. Dianggarkan seorang daripada 33 individu berisiko diserang.

Kanser Usus

Ketua Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Datuk Dr K L Goh, berkata tanpa pemahaman yang betul mengenai kanser usus, orang ramai mungkin tidak menyedari mereka menghidap kanser berkenaan.

Beliau berkata, antara tanda kanser usus termasuklah perubahan tabiat usus, cirit birit, sembelit, buang air besar tidak lawas serta najis mempunyai darah berwarna merah terang atau merah pekat.

Di negara ini, katanya, kaum Cina mencatatkan jumlah kes berkaitan kanser usus paling tinggi, diikuti kaum Melayu dan India.

Sumber Rujukan :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesanbarahusus/Article/index_html

Mitos Kanser

Mitos Kanser Perlu Dicantas

Ramai pesakit kanser bertarung nyawa untuk hidup, tidak kurang yang tewas dan maut. Oleh itu, ramai yang gerun apabila mendengar penyakit kanser. Setiap tahun, lebih 12.7 juta orang dilaporkan mendapatkan rawatan akibat kanser dan 7.6 juta pula maut akibat penyakit itu.

Namun, 30 peratus kanser boleh dirawat seandainya pesakit menjalani terapi di peringkat awal.

mitos kanser

Amalan hidup sihat penting untuk memastikan masyarakat bebas daripada ketakutan memandangkan pencegahan lebih baik untuk mengelak risiko kanser.

Melawan kanser agenda utama setiap tahun apabila tarikh 4 Januari diisytiharkan Hari Kanser Sedunia dengan menekankan tema berbeza.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih ‘Dispel damaging Myths and misconceptions about cancer’ sebagai tema Hari Kanser Sedunia. Tema memberi gambaran lebih jelas mengenai mitos penyakit boleh menyerang siapa saja.

Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata kanser tidak boleh dilihat sebagai penyakit biasa dan sebahagian masalah masyarakat kerana memberi kesan dalam aspek kehidupan.

Di Malaysia, kanser adalah punca utama kematian dan majoriti mereka mula menyedari ia sudah berada pada tahap akhir penyakit.

Katanya, laporan mendapati kesedaran masyarakat tempatan mengenai kanser sangat rendah dan kurang pengetahuan mengenai amalan pencegahan.

 “Secara purata, setiap tahun penghidap kanser yang berada pada tahap tiga dan empat meningkat sebanyak lima peratus berbanding negara maju rekodnya mendatar.

 “Penyakit itu boleh dicegah jika masyarakat berusaha menghapuskan faktor risiko yang dikongsi terutama pengambilan tembakau, diet tidak sihat, kurang pergerakan fizikal dan pengambilan alkohol berlebihan,” katanya baru-baru ini.

Amalan Pencegahan Kanser.

Dr Saunthari berkata, perubahan gaya hidup lebih teratur mampu menyumbang kesihatan yang baik dan sekali gus dapat mengurangkan beban individu, keluarga dan sosioekonomi.

 “Mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalani rawatan berkala boleh mengelak daripada mendapat kanser. Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) prihatin terhadap gejala penyakit ini dan sesetengahnya memberi perkhidmatan perubatan secara sukarela.

 “Kita kena sentiasa berwaspada dan boleh menyerang sesiapa. Masyarakat patut bertindak melawan kanser,” jelasnya.

INFO:

* Antara jenis kanser termasuk paru-paru (12.7 peratus); payudara (10.9 peratus) diikuti kolorektal (9.8 peratus).

* Kanser paru-paru pembunuh utama di seluruh dunia.

* Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa dan mengekang penularan sel kanser dalam badan daripada merebak ke organ lain.

* Jangan menganggap ia tidak penawar. Dapatkan mendapatkan maklumat betul daripada pakar dan jangan tunggu saat akhir.

*Tidak dinafikan hingga kini, masih ramai wanita tidak mendapatkan pengesanan dan rawatan awal kerana kurangnya pendedahan serta pengetahuan mengenai bentuk fizikal sendiri.

Mitos 1: Kanser Hanya Isu Kesihatan.

* Biarpun kanser adalah satu masalah kesihatan, ia tidak seharusnya dipandang ringan memandangkan penyakit ini mampu membunuh, melemahkan keyakinan diri, keluarga dan melemahkan sistem ekonomi.

* Jangan lihat kanser sebagai masalah sosial kerana jumlah peningkatan kes semakin meningkat berbanding negara maju.

* Pencegahan dan amalan rutin sihat perlu diamalkan sejak awal usia supaya penyakit ini tidak merebak.

* Kerajaan dan pihak bertanggungjawab mula menjalankan langkah awal termasuk mengawal pengeluaran produk makanan segera bagi salah satu cara mencegah kanser.

Mitos 2: Kanser Penyakit Orang Kaya Dan Berlaku Di Negara Maju.

* Rekod kesihatan dunia menunjukkan negara sedang membangun menunjukkan kadar kanser lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang tidak menunjukkan graf peningkatan sejak beberapa tahun lalu.

* Malaysia mula merekodkan peningkatan kes sebanyak lima peratus setiap tahun.

* Masalah itu berpunca daripada gaya hidup dan aktiviti sosial termasuk kekurangan diet seimbang, rokok dan sebagainya.

 Mitos 3: Kanser Hukuman Bunuh.

Masyarakat lebih suka mengambil langkah mudah dan meletakkan penyakit itu sebagai ketentuan bahkan menjadikan penyakit sebagai alasan.

* Jika dikesan awal, kanser boleh dirawat kerana kelengkapan rawatan tersedia.

* Sebagai contoh, hanya 34 peratus wanita menjalankan pemeriksaan papsmear sebagai amalan susulan dan jumlah itu sangat membimbangkan.

* Di Amerika Syarikat sebanyak 80 peratus kes kanser dapat diselamatkan kerana ia dikesan di peringkat awal.

 Mitos 4: Kanser Adalah Ketentuan.

* Pendekatan dan maklumat mengenai kanser perlu diberikan diberi penekanan khususnya di desa.

* Kanser boleh dielak jika masyarakat tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap kesihatan mereka.

* Amalkan gaya hidup sihat, mengubah tabiat buruk dan seimbangkan aktiviti fizikal untuk kecerdasan diri.

* Buang sikap tunggu dan lihat dan akhirnya menyalahkan keadaan.

* Menerusi amalan hidup yang betul, satu pertiga dari kes kanser dapat dicegah dan mengembalikan kualiti kehidupan seseorang.

Mitos 5: Risiko Kematian Akibat Kanser Semakin Meningkat di Amerika Syarikat.

*Sejak 1990, kajian perubatan mula menurun dan ramai pesakit kanser dilaporkan kembali pulih dan menjalani kehidupan normal kerana masyarakat Amerika mengambil langkah pencegahan dan perubatan awal.

Mitos 6: Bahan Kimia Terkandung Dalam Daging Panggang Punca Kanser.

*Anda boleh meningkatkan risiko kanser jika mengambil daging merah dipanggang pada suhu tinggi secara kerap kerana kandungan carcinogen atau bahan kimia membawa ke kanser yang tinggi dalamnya.

*Berdasarkan laporan terkini, daging merah atau ayam panggang masih boleh dimakan dengan kuantiti kurang dan dimasak dengan kaedah lain dulu.

Mitos 7: Penggunaan Sekali Sehari Losyen Pelindung Tabir Cukup Untuk Cegah Kanser.

*Kekurangan pengetahuan mengenai cara sapuan tidak membantu mencegah kanser memandang ia perlu digunakan mengikut keperluan perlindungan dan setiap individu memerlukan jumlah berbeza

*Sapuan yang kerap dan mencukupi dapat membantu kulit terlindung dari bahaya yang tidak jelas namun kanser kulit memberi kesan besar terhadap pesakit.

*Lebih dari 1 juta kes kanser kulit dilaporkan tahun ini.

Mitos 8: Rawatan Pembedahan Kanser Punca Penyakit Itu Merebak Ke Seluruh Badan.

*Sejak beberapa tahun lalu, ramai pesakit mengelak untuk lakukan pembedahan membuang kanser mereka kerana khuatir ia mampu merebak ke bahagian lain tubuh.

*Faktanya sesetengah jenis kanser termasuk kanser testis perlu dibuang seluruh bahagian itu. Dalam kebanyakan kes, adalah satu kemestian untuk membuang bahagian jangkitan kanser.

*Pembedahan dilalukan pakar pastinya melalui pelbagai kaedah perlindungan serta penjagaan demi keselamatan pesakit.

* Amalkan gaya hidup sihat, mengubah tabiat buruk dan seimbangkan aktiviti fizikal untuk kecerdasan diri.

* Buang sikap tunggu dan lihat dan akhirnya menyalahkan keadaan.

* Menerusi amalan hidup yang betul, satu pertiga dari kes kanser dapat dicegah dan mengembalikan kualiti kehidupan seseorang.

Sumber Rujukan: www.bharian.com.my/articles/Mitoskanserperludicantas/Article/

Avocado Pencegah Kanser

Apa nak dimakan untuk mengelak kanser? – Avokado.

Avacado kaya dengan glutathione, antioksidan kuat yang menyerang radikal bebas dalam tubuh dengan menyekat usus daripada menyerap lemak tertentu.

Avokado Pencegah Kanser

Ia juga membekalkan lebih kalium berbanding pisang dan merupakan sumber kuat beta-carotene. Saintis percaya avocado bagus untuk merawat virus hepatitis (penyebab kanser hati), serta sumber lain kerosakan hati.

Diet Yang Buruk

Faktor Pencetus Kanser – Diet Yang Buruk

Makan secara tidak teratur meningkatkan risiko kanser. Menurut laporan WCRF-AICR 2007, corak pengambilan makanan secara tidak langsung mempengaruhi pertumbuhan sel melalui perubahan dalam metabolic umum, peredaran dan kesan ke atas endokrin.

Faktor Pencetus Kanser Diet Yang Buruk

Apabila seorang mengalami kurang atau terlebih zat makanan, ia memberi kesan kepada tisu mikropersekitaran, dan boleh menjejaskan struktur dan fungsinya.

Nutriean dan bahan-bahan makanan mempunyai kesan, samaada menghentikan beberapa proses yang menyebabkan kanser, atau menyumbang kepada perkembangan kanser dengan mengubah DNA, atau dengan mengubah terjemahan mesej genetic dalam DNA (Laporan WCRF-AICR 2007)

DNA Kanser Diundang Bukan Diwarisi

Kanser Diundang, Bukan Diwarisi. Dna Kanser

Sungguhpun kanser dianggap sejenis penyakit gen yang mudah mengalami mutasi, bukti menunjukkan hanya sejumlah kecil kanser diwarisi, kata pakar.

kanser di malaysia

Memang benar kerosakan DNA (bahan genetik) merangsang kanser, namun hanya 5-10% kanser diwarisi secara langsung. Seorang dengan gen perangsang kanser tidak semestinya menghidap kanser tetapi risikonya lebih tinggi ( Sumber : EUFIC) Dna Kanser

dna kanser

Sebaliknya pelbagai bentuk pendedahan kepada faktor persekitaran yang menggalakkan kerosakan gen menjadi faktor utama yang menentukan sama ada kita menghidap kanser atau tidak.

Menurut pakar-pakar kanser dunia melalui laporan WCRF-AICR, banyak bukti yang mengaitkan peranan makanan, pemakanan, kegiatan fizikal dan komposisi tubuh dalam mempengaruhi prose pengembangan kanser.

Kanser

Kanser Di Malaysia

Kanser adalah sejenis penyakit yang digeruni di mana kira-kira 40,000 rakyat Malaysia menghidapnya setiap tahun. Sekitar 1 dalam 4 orang penduduk dijangka menghidap penyakit ini.

Statistik Kanser

Apa yang membimbangkan ialah penyakit yang menakutkan ini kini semakin berkembang menjadi masalah kesihatan di Malaysia. Angka terbaru dari Kementerian Kesihatan menunjukkan hospital-hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan sejumlah 11655 kemasukan dan 1335 kematian akibat kanser pada tahun 1996. Jumlah ini dipercayai semakin bertambah setiap tahun. Kini, kanser merupakan pembunuh kedua terbesar di negara ini selepas kemalangan jalan raya.

Menurut pakar-pakar dunia, cara untuk mengelak kanser ialah dengan memakan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.