Category Archives: Jenis Kanser

Kanser Serviks Dialami Wanita Boleh Dicegah

Kanser Dan Wanita

Benarkah wanita lebih rela menjimatkan wang mereka dengan aktiviti disukai atau membeli-belah daripada membayar kos perbelanjaan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital?

kanser wanitaJawapannya, ya. Ia berdasarkan penemuan daripada kajian kanser serviks global yang bertajuk ‘Apa Wanita Fikirkan (What Women Think)’ yang dijalankan di 19 negara termasuk Malaysia.

Kajian berkenaan mendapati kebanyakan wanita di Malaysia lebih rela menjimatkan wang mereka atau membelanjakannya untuk percutian, melebihi perkara yang berkaitan dengan kesihatan seperti vaksinasi.

Malah, mereka juga lebih mengutamakan temujanji kerja berbanding bertemu dengan doktor. Mungkin ia dianggap perkara biasa dan tidak penting terutama apabila membabitkan kanser yang banyak menyerang wanita seperti kanser pangkal rahim (serviks).

Statistik Kanser Terhadap Wanita

Tahukah anda di seluruh dunia terdapat lebih daripada 250,000 wanita maut akibat kanser serviks setiap tahun? Ini menunjukkan 99 peratus kes disebabkan oleh jangkitan Human Papilloma Virus (HPV).

Presiden dan Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Saunthari Somasundaram berkata, terdapat lebih daripada 100 jenis HPV yang dikenali dan HPV penyebab kanser jenis 16 dan 18 bersama-sama menyumbang hingga 70 peratus kepada kes kanser serviks di seluruh dunia.

“Lebih 80 peratus wanita akan dijangkiti HPV yang menyebabkan kanser serviks, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

“Di Malaysia, kanser berkenaan ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Berdasarkan angka yang membimbangkan itu, penting bagi wanita untuk mengambil tindakan segera terhadap penyakit yang boleh dicegah ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pusat Pengesanan Kanser Wanita NCSM Dr Dalilah Kamaruddin, kanser serviks sejenis kanser yang boleh dicegah.

“Ia boleh dicegah menerusi pengambilan suntikan vaksin HPV seawal 10 tahun sebanyak tiga kali dalam masa enam bulan bagi mencegahnya daripada terus menyerang wanita.

 Ujian Pap Smear Untuk Wanita Mengesan Kanser

“Selepas seseorang wanita itu mula aktif dengan aktiviti seksual, mereka perlu menjalankan ujian pap smear setahun atau dua tahun sekali bagi mengelakkan risiko menghidap kanser itu,” katanya pada majlis pelancaran kempen Power Over Cervical Cancer (POCC), baru-baru ini.

pap smear

Hadir sama, Pengarah Unit Bisnes GSK Pharmaceutical Sdn Bhd, Nittan Katyal dan Pengurus Kanan Kecergasan Fitness First, Lukman Jasril.

Kanser Pangkal Rahim

Tambahnya, begitu membimbangkan apabila kanser pangkal rahim menyebabkan kematian seorang wanita setiap dua minit di seluruh dunia.

Dianggarkan 1,500 wanita negara ini disahkan mendapat kanser pangkal rahim setiap tahun. Kanser serviks menyumbang enam peratus daripada jumlah kematian akibat kanser dalam kalangan wanita.

Di Malaysia, kanser pangkal rahim adalah barah ketiga yang biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kolorektal. Kanser berkenaan boleh menyerang mana-mana wanita, tanpa mengira usia dan latar belakang keturunan.

Justeru, kempen tahunan yang diadakan kali keenam untuk tahun ini dilaksanakan bertujuan menggalakkan semua wanita supaya mengambil inisiatif sendiri bagi menghalang kanser itu menyerang menerusi kempen ‘Mula Meluangkan Masa dan Berhenti Membuat Alasan’.

Ia adalah inisiatif NCSM dan disokong GlaxoSmithKline (GSK) Pharmaceutical Sdn Bhd untuk mendidik orang ramai dengan pengetahuan dan maklumat mengenai kanser serviks serta pencegahannya.

Kempen berkenaan mendapat sokongan daripada Artisan Coffee, Bangsar Shopping Centre, Fitness First Malaysia dan The Bee manakala pusat beli-belah 1 Utama menjadi penaja rasmi.

Menariknya, menerusi kempen itu kehadiran model yang memakai papan sandwic akan berjalan di lokasi sibuk seperti pusat beli-belah untuk memaklumkan kepada mengenai cara pencegahan kanser serviks.

Selain itu, POCC juga akan mengambil bahagian dalam pameran yang sering dikunjungi wanita untuk terus mendidik mereka mengenai barah berkenaan.

Pasukan sukarelawan turut bersama-sama menyebarkan mesej pencegahan kanser serviks dengan orang ramai di kawasan perniagaan.

Sumber Rujukan :

http://www.hmetro.com.my/articles/Kanserserviksbolehdicegah/Article

USM Temui Keladi Tikus Ubat Kanser

Keladi Tikus Ubat Kanser

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai ‘keladi tikus’ atau nama saintifik “Typhonium Flagelliforme” yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser.

USM temui keladi tikus ubat kanser

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, ‘keladi tikus’ dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. “Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sesuai Untuk Pesakit Kanser @ Barah

Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia.

Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif. ” Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser.

Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser,” ujarnya. Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus. “Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut,” katanya.

Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar. Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari. “Selain dari mengambil kapsul pesakit kanser, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.

 Cara Pengambilan Keladi Tikus Ubat Kanser

Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama,” tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal.

Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari,” jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing).

Maklumat lanjut berkaitan Pokok Keladi Tikus : Klik sini. 

Sumber Rujukan :

Akhbar Utusan Malaysia Ogos 1998 @ Oleh NORZAHIZAN ISMAIL

Baking Soda Penawar Kanser

Baking Soda Penawar Kanser Yang Murah

Baking soda atau nama saintifiknya sodium bicarbonate dikatakan merupakan salah satu penawar untuk penyakit kanser. Perkara ini telah disyorkan oleh kebanyakkan oleh pengamal perubatan alternatif bagi merawat penyakit kanser.

baking soda penawar kanser

Ujian Makmal – Baking Soda Penawar Kanser Payudara

Ujian makmal yang dilakukan ke atas tikus yang dimasukan sel kanser payudara menampakan perubahan yang positif apabila dirawat dengan baking soda. Baking soda ini bertindak sebagai agen mengurangkan persekitaran asid di dalam badan tikus.

sel kanser

Baking soda bersifat alkali dan secara umumnya, sel kanser tidak dapat bercambah apabila berada dalam keadaan alkali iaitu pH melebihi tahap 7.

Pengambilan baking soda adalah bergantung kepada tahap penyakit kanser. Boleh rujuk link sini untuk melihat contoh pengambilan baking soda atau rujuk doktor yang berkaitan.

epsom salt

Selain baking soda, pengambilan bersama epsom salt juga merupakan salah satu alternatif untuk mengurang keasidan di dalam badan. Baking soda dan epsom ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya atau boleh didapati di farmasi.

Minyak Zaitun Penawar Kanser

Keistimewaan Minyak Zaitun Sebagai Penawar Kanser

Firman Allah Taala : “Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)

Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur : 35: …yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

minyak zaitun

Melalui Hadis , Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah : Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.

Kajian Berkaitan Minyak Zaitun Penawar Kanser

Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa minyak zaitun mengenakan kesan perlindungan terhadap tumor malignan dan penawar kanser tertentu seperti payudara, prostat , endometrium , saluran penghadaman dan lain-lain lagi.

Minyak Zaitun Penawar Kanser Payudara

Beberapa kajian penyelidikan telah mendapati bahawa minyak zaitun dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Pemakanan yang sihat dengan minyak zaitun sebagai sumber utama lemak adalah amat ketara dapat mengurangkan kejadian kanser. Sebabnya ialah mutasi sel yang disebabkan oleh kanser adalah disebabkan oleh toksin yang mana apabila dimakan melalui diet , serangan DNA.

Melalui hati, toksin ini menghasilkan radikal bebas yang kemudian menyerang DNA. Untuk memerangi radikal bebas , badan memerlukan vitamin dan antioksidan seperti yang terkandung di dalam minyak zaitun.

Minyak Zaitun Penawar Kanser Usus

Pemakanan minyak zaitun dikaitkan dengan mengurangkan risiko kanser usus. Kesan perlindungan minyak zaitun , tanpa mengira jumlah dan sayur-sayuran yang dimakan dalam diet. Kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa minyak zaitun memberi perlindungan terhadap kanser kolon.

Minyak Zaitun Penawar Kanser Hati

Kebelakangan ini, kajian telah mengkaji implikasi metabolik lemak, lebih khusus peranan pelindung minyak zaitun dalam penyakit hati yang kronik dan gangguan daripada usus dikenali sebagai penyakit Crohn.

Keputusan menunjukkan kesan yang baik minyak zaitun pada kesan luka pra-kanser. Selepas menganalisis tiga jenis pemakanan, saintis penyelidikan menjumpai pelbagai kesimpulan. Diet minyak zaitun mengurangkan jumlah kesan pra-kanser.

Bilangan tumor yang terdapat pada pesakit adalah jelas dan ketara rendah dan tumor adalah kurang agresif dan mempunyai prognosis yang lebih baik. Ini kesan yang berkaitan dengan asid oleik, asid lemak mono tak tepu yang utama dalam minyak zaitun.

Ia telah menunjukkan bahawa asid lemak ini mengurangkan pengeluaran prostaglandin yang diperolehi daripada asid arakidonik, yang kemudiannya memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran dan pembangunan tumor.

Walau bagaimanapun, ia tidak dikecualikan bahawa nutrisi lain dalam minyak zaitun seperti antioksidan, flavonoid, polifenol dan squalene juga mungkin mempunyai pengaruh yang positif. Squalene dipercayai mempunyai kesan yang baik pada kulit dengan mengurangkan kejadian melanomas(penyakit kulit).

minyak zaitun penawar kanser

Minyak zaitun juga menambahkan rasa sayur-sayuran dan kekacang yang bermanfaat dalam pencegahan kanser. Penyelidikan terkini tertumpu kepada perlindungan yang disediakan oleh minyak zaitun terhadap penyakit leukemia kanak-kanak dan pelbagai jenis kanser, seperti kanser skuamus oesophageal sel dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, menurut maklumat yang ada pada masa ini, minyak zaitun boleh bertindak serentak pada peringkat berlainan yang terlibat dalam proses pembentukan kanser.

InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T. sesuatu penyakit itu akan sembuh kelak cumanya kita perlulah bersabar di atas sesuatu penyakit itu.