Oren atau Limau

Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C. Merupakan antioksidan yang dijumpai di dalam kebanyakan buah dan sayuran. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut,kolon,payudara dan serviks.
Kacang

Terdapat kajian yang mendapati memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut,kolon,paru-paru, dan kanser yang lain. Mengamalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin E seperti kacang,mentega kacsng, kacang almond dan biji kuaci dalam diet harian kita membantu menguatkan sel badan kita.
Buah Beri

Buah Beri merupakan buah terbaik untuk mencegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberries,blueberries, dan cranberries. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.
Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi beta-karotin yang merupakan antioksidan yang hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-karotin dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru,perut dan kolon.
Ikan Salmon Segar

Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser termasukkanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D mungkin dapat menghadang salur darah pada tumor yang membesar.