Imunoterapi Lawan Kanser
Protokol HITV Beri Harapan Kepada Penghidap Kanser Tahap Empat
Suntikan Ke Dalam Tumor Kanser
Kajian Klinikal Kanser Payudara
Kedudukan Sel Normal Dan Sel Kanser
.
Sumber Rujukan : Metro Ahad | Segmen Sihat | Muka Surat E29
Penyakit barah atau kanser adalah penyakit yang 90% disebabkan oleh persekitaran, 35% oleh pemakanan, 25% ke 30% oleh amalan hidup harian, 15% oleh jangkitan, 10% daripada radiasi dan hanya 5% disebabkan disebabkan keturunan. Ini dapatlah disimpulkan bahawa penyakit kanser adalah disebabkan amalan kita sendiri dan bukannya disebabkan oleh perkara lain.
Seseorang yang menghidap kanser, tidak akan mengetahuinya melainkan ianya telah mencapai tahap yang kritikal. Ini adalah kerana kita tidak tahu bilakah sel kanser tersebut merebak dan bila pula ianya merosakkan fungsi-fungsdi dalaman yang lain.
Kanser boleh dihidapi dengan pelbagai cara seperti merokok, terdedah kepada keadaan beradiasi, makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti pewarna tiruan, perasa tiruan, pengawet makanan, racun serangga, baja kimia penyubur ternakan dan antibiotik ternakan.
Setiap daripada kita mempunyai sel kanser tetapi lemah, ia tidak merebak kerana sel-sel sihat kita mampu mengawal pembiakan atau mutasi sel kanser yang lain. Namun begitu, sekiranya kita memberikan vitamin kepada sel kanser, seperti bahan-bahan kimia tambahan yang dinyatakan tadi, maka sel kanser kita akan menjadi sangat aktif dan bermulalah penyerangan sel kanser terhadap sel tubuh kita yang baik tadi.
Cara untuk menghindarkan penyakit kanser adalah dengan menghentikan kemasukkan bahan-bahan berkimia dan bertoksin kedalam tubuh badan kita.
Untuk merawat tubuh yang telah dihinggapi kanser, pesakit perlu memakan sebanyak mungkin makanan organik. Makanan organik adalah makanan yang bebas dari bahan kimia dan racun berbahaya dan ia membantu membina sel-sel sihat dan menghalang pertumbuhan sel kanser. Terdapat sebanyak 90 juta artikel berhubung penyembuhan kanser dengan memakan dan mengamalkan makanan organik.
Pesakit kanser yang mana telah berjaya menghentikan keaktifan sel kanser dan meningkatkan kesihatan pesakit dengan memberi khasiat kepada sel tubuh yang sihat. Dengan terhentinya keaktifan sel kanser, ianya bermakna seseorang itu telah tidak lagi menghidap penyakit kanser.
Pesakit yang mengalami kanser payudara dan kanser rahim yang mana selepas mengamalkan makanan organik, mereka menjadi lebih sihat dalam tempoh 2 minggu dari hari mula-mula mereka mengamalkan makanan organik.
Di negara kita sudah ada pensijilan produk organik yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Organik Malaysia (SOM). Di mana telah diwujudkan piawaian makanan organik iaitu Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). Download MP3
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). Download MP3
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28). Download MP3
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50). Download MP3
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227). Download MP3
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). Download MP3
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). Download MP3
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). Download MP3
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.
Sumber Rujukan : http://www.resepirahsiaku.com/2012/01/doa-doa-untuk-memusnahkan-sel-sel.html
Ramai pesakit kanser bertarung nyawa untuk hidup, tidak kurang yang tewas dan maut. Oleh itu, ramai yang gerun apabila mendengar penyakit kanser. Setiap tahun, lebih 12.7 juta orang dilaporkan mendapatkan rawatan akibat kanser dan 7.6 juta pula maut akibat penyakit itu.
Namun, 30 peratus kanser boleh dirawat seandainya pesakit menjalani terapi di peringkat awal.
Amalan hidup sihat penting untuk memastikan masyarakat bebas daripada ketakutan memandangkan pencegahan lebih baik untuk mengelak risiko kanser.
Melawan kanser agenda utama setiap tahun apabila tarikh 4 Januari diisytiharkan Hari Kanser Sedunia dengan menekankan tema berbeza.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memilih ‘Dispel damaging Myths and misconceptions about cancer’ sebagai tema Hari Kanser Sedunia. Tema memberi gambaran lebih jelas mengenai mitos penyakit boleh menyerang siapa saja.
Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram, berkata kanser tidak boleh dilihat sebagai penyakit biasa dan sebahagian masalah masyarakat kerana memberi kesan dalam aspek kehidupan.
Di Malaysia, kanser adalah punca utama kematian dan majoriti mereka mula menyedari ia sudah berada pada tahap akhir penyakit.
Katanya, laporan mendapati kesedaran masyarakat tempatan mengenai kanser sangat rendah dan kurang pengetahuan mengenai amalan pencegahan.
“Secara purata, setiap tahun penghidap kanser yang berada pada tahap tiga dan empat meningkat sebanyak lima peratus berbanding negara maju rekodnya mendatar.
“Penyakit itu boleh dicegah jika masyarakat berusaha menghapuskan faktor risiko yang dikongsi terutama pengambilan tembakau, diet tidak sihat, kurang pergerakan fizikal dan pengambilan alkohol berlebihan,” katanya baru-baru ini.
Dr Saunthari berkata, perubahan gaya hidup lebih teratur mampu menyumbang kesihatan yang baik dan sekali gus dapat mengurangkan beban individu, keluarga dan sosioekonomi.
“Mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalani rawatan berkala boleh mengelak daripada mendapat kanser. Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) prihatin terhadap gejala penyakit ini dan sesetengahnya memberi perkhidmatan perubatan secara sukarela.
“Kita kena sentiasa berwaspada dan boleh menyerang sesiapa. Masyarakat patut bertindak melawan kanser,” jelasnya.
* Antara jenis kanser termasuk paru-paru (12.7 peratus); payudara (10.9 peratus) diikuti kolorektal (9.8 peratus).
* Kanser paru-paru pembunuh utama di seluruh dunia.
* Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa dan mengekang penularan sel kanser dalam badan daripada merebak ke organ lain.
* Jangan menganggap ia tidak penawar. Dapatkan mendapatkan maklumat betul daripada pakar dan jangan tunggu saat akhir.
*Tidak dinafikan hingga kini, masih ramai wanita tidak mendapatkan pengesanan dan rawatan awal kerana kurangnya pendedahan serta pengetahuan mengenai bentuk fizikal sendiri.
* Biarpun kanser adalah satu masalah kesihatan, ia tidak seharusnya dipandang ringan memandangkan penyakit ini mampu membunuh, melemahkan keyakinan diri, keluarga dan melemahkan sistem ekonomi.
* Jangan lihat kanser sebagai masalah sosial kerana jumlah peningkatan kes semakin meningkat berbanding negara maju.
* Pencegahan dan amalan rutin sihat perlu diamalkan sejak awal usia supaya penyakit ini tidak merebak.
* Kerajaan dan pihak bertanggungjawab mula menjalankan langkah awal termasuk mengawal pengeluaran produk makanan segera bagi salah satu cara mencegah kanser.
* Rekod kesihatan dunia menunjukkan negara sedang membangun menunjukkan kadar kanser lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang tidak menunjukkan graf peningkatan sejak beberapa tahun lalu.
* Malaysia mula merekodkan peningkatan kes sebanyak lima peratus setiap tahun.
* Masalah itu berpunca daripada gaya hidup dan aktiviti sosial termasuk kekurangan diet seimbang, rokok dan sebagainya.
Masyarakat lebih suka mengambil langkah mudah dan meletakkan penyakit itu sebagai ketentuan bahkan menjadikan penyakit sebagai alasan.
* Jika dikesan awal, kanser boleh dirawat kerana kelengkapan rawatan tersedia.
* Sebagai contoh, hanya 34 peratus wanita menjalankan pemeriksaan papsmear sebagai amalan susulan dan jumlah itu sangat membimbangkan.
* Di Amerika Syarikat sebanyak 80 peratus kes kanser dapat diselamatkan kerana ia dikesan di peringkat awal.
* Pendekatan dan maklumat mengenai kanser perlu diberikan diberi penekanan khususnya di desa.
* Kanser boleh dielak jika masyarakat tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap kesihatan mereka.
* Amalkan gaya hidup sihat, mengubah tabiat buruk dan seimbangkan aktiviti fizikal untuk kecerdasan diri.
* Buang sikap tunggu dan lihat dan akhirnya menyalahkan keadaan.
* Menerusi amalan hidup yang betul, satu pertiga dari kes kanser dapat dicegah dan mengembalikan kualiti kehidupan seseorang.
*Sejak 1990, kajian perubatan mula menurun dan ramai pesakit kanser dilaporkan kembali pulih dan menjalani kehidupan normal kerana masyarakat Amerika mengambil langkah pencegahan dan perubatan awal.
*Anda boleh meningkatkan risiko kanser jika mengambil daging merah dipanggang pada suhu tinggi secara kerap kerana kandungan carcinogen atau bahan kimia membawa ke kanser yang tinggi dalamnya.
*Berdasarkan laporan terkini, daging merah atau ayam panggang masih boleh dimakan dengan kuantiti kurang dan dimasak dengan kaedah lain dulu.
*Kekurangan pengetahuan mengenai cara sapuan tidak membantu mencegah kanser memandang ia perlu digunakan mengikut keperluan perlindungan dan setiap individu memerlukan jumlah berbeza
*Sapuan yang kerap dan mencukupi dapat membantu kulit terlindung dari bahaya yang tidak jelas namun kanser kulit memberi kesan besar terhadap pesakit.
*Lebih dari 1 juta kes kanser kulit dilaporkan tahun ini.
*Sejak beberapa tahun lalu, ramai pesakit mengelak untuk lakukan pembedahan membuang kanser mereka kerana khuatir ia mampu merebak ke bahagian lain tubuh.
*Faktanya sesetengah jenis kanser termasuk kanser testis perlu dibuang seluruh bahagian itu. Dalam kebanyakan kes, adalah satu kemestian untuk membuang bahagian jangkitan kanser.
*Pembedahan dilalukan pakar pastinya melalui pelbagai kaedah perlindungan serta penjagaan demi keselamatan pesakit.
* Amalkan gaya hidup sihat, mengubah tabiat buruk dan seimbangkan aktiviti fizikal untuk kecerdasan diri.
* Buang sikap tunggu dan lihat dan akhirnya menyalahkan keadaan.
* Menerusi amalan hidup yang betul, satu pertiga dari kes kanser dapat dicegah dan mengembalikan kualiti kehidupan seseorang.
Sumber Rujukan: www.bharian.com.my/articles/Mitoskanserperludicantas/Article/