Kanser Kolon

Rawatan Kanser Kolon

Kanser Kolon

Dianggarkan seorang dalam 33 orang rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser kolorektum atau kanser kolon, iaitu pertumbuhan sel-sel barah di usus besar (kolon) dan rektum.

Ini menjadikannya bentuk kanser kedua paling biasa yang dihidapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

Kanser Kolon

Kira-kira 50 hingga 60 peratus pesakit kanser kolon akan mengalami metastasis, di mana proses sel kanser merebak ke tisu yang lebih jauh.

Sebaik sahaja kanser kolon ini merebak ke bahagian lain dalam badan, kadar hayat atau survival pesakit merosot dengan teruk.

Sebagai kanser ketiga paling umum di dunia dengan anggaran 1.23 juta orang disahkan menghidapnya pada tahun 2008, terdapat keperluan yang belum dapat dipenuhi bagi pilihan rawatan yang berkesan bagi kanser kolon dengan metastasis peringkat terlalu lanjut.

Pandangan Pakar Berkaitan Kanser Kolon

Menurut Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Onkologi Klinikal, Pusat Pakar Beacon International di Petaling Jaya, Selangor, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim Wahid, kebanyakan pesakit kanser kolon (barah usus besar) mengesan penyakit ini hanya di peringkat lanjut apabila kadar survival lima tahun adalah kurang daripada 10 peratus.

Kata beliau, pilihan rawatan untuk pesakit kanser kolon dengan metastasis peringkat lanjut adalah terhad terutama sekali selepas tiada lagi pendekatan standard.

Ubat Kanser Kolon

”Pilihan rawatan seperti pengambilan regorafenib (ubat orang yang biasa digunakan untuk merawat kanser kolon dan sedang dalam kajian bagi kegunaan ke atas lain-lain jenis kanser lain) pasti akan dialu-alukan kerana pesakit mempunyai lebih banyak masa berharga bersama mereka yang tersayang.

Ubat Kanser Kolon

” Sebagai ubat oral, regorafenib juga memberi kelebihan tambahan berbanding rawatan intravena lain yang selama ini boleh didapati oleh pesakit,” ujar Dr. Mohamed Ibrahim yang ditemui pada majlis pelancaran Stivarga (nama dagang bagi regorafenib) baru-baru ini.

Sementara itu, Bayer HealthCare menawarkan harapan baru kepada lebih 1,000 orang rakyat yang dianggarkan menghidap kanser kolorektum setiap tahun dengan pelancaran Stivarga (regorafenib) baru-baru ini.

Stivarga adalah ubat oral (pengambilan melalui mulut) pertama yang dikatakan membantu meningkatkan peluang survival atau kelangsungan hidup pesakit yang menghidap kanser kolon peringkat lanjut.

Kelulusan bagi pil Stivarga di Malaysia membawa harapan baru kepada pesakit kanser kolon peringkat lanjut yang sebelum ini menerima rawatan standard.

Stivarga telah diluluskan untuk kegunaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Jun 2013 bagi merawat kanser kolon dengan metastasis peringkat lanjut.

Kelulusan Stivarga adalah berdasarkan keputusan positif daripada ujian Fasa 111 Correct (Kanser kolorektum dirawat dengan Regorafenib atau placebo selepas kegagalan terapi standard) yang menjadi tanda aras global, membabitkan 760 orang pesakit, dengan 15 peratus daripada mereka adalah dari Asia.

Kajian Correct menunjukkan bahawa rawatan dengan regorafenib yang ditambah penjagaan sokongan terbaik dapat meningkatkan kadar survival secara keseluruhan dan menyekat penularan penyakit, berbanding pesakit kanser kolon metastasis yang bertambah teruk selepas menjalani rawatan standard diluluskan yang mengambil plasebo.

Menurut Pakar Onkologi Perubatan dari Melbourne, Australia, Dr. Peter Gibbs, kajian Correct telah menunjukkan keupayaan regorafenib untuk meningkat kawalan tumor dan kadar survival sebilangan besar pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai pilihan rawatan.

”Ini adalah satu kemajuan penting dalam rawatan kanser kolorektum peringkat lanjut,” ujar beliau.

Sumber Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130924/kn_02/Rawatan-kanser-kolorektum#ixzz2sMoave60 

Post Berkaitan
Minyak Zaitun Penawar Kanser
Keistimewaan Minyak Zaitun Sebagai Penawar Kanser Firman Allah Taala : “Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran ...
Baca Seterusnya...
Kesan Barah Usus
Tanda Awal Diserang Kanser Usus Kanser usus, dikenal pasti sebagai serangan kanser kedua paling banyak menyerang masyarakat di negara ini. Dianggarkan seorang daripada 33 individu berisiko diserang. Ketua Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi ...
Baca Seterusnya...
Minyak Zaitun Penawar Kanser
Kesan Barah Usus