Kanser Kolon

Rawatan Kanser Kolon

Kanser Kolon

Dianggarkan seorang dalam 33 orang rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser kolorektum atau kanser kolon, iaitu pertumbuhan sel-sel barah di usus besar (kolon) dan rektum.

Ini menjadikannya bentuk kanser kedua paling biasa yang dihidapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

Kanser Kolon

Kira-kira 50 hingga 60 peratus pesakit kanser kolon akan mengalami metastasis, di mana proses sel kanser merebak ke tisu yang lebih jauh.

Sebaik sahaja kanser kolon ini merebak ke bahagian lain dalam badan, kadar hayat atau survival pesakit merosot dengan teruk.

Sebagai kanser ketiga paling umum di dunia dengan anggaran 1.23 juta orang disahkan menghidapnya pada tahun 2008, terdapat keperluan yang belum dapat dipenuhi bagi pilihan rawatan yang berkesan bagi kanser kolon dengan metastasis peringkat terlalu lanjut.

Pandangan Pakar Berkaitan Kanser Kolon

Menurut Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Onkologi Klinikal, Pusat Pakar Beacon International di Petaling Jaya, Selangor, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim Wahid, kebanyakan pesakit kanser kolon (barah usus besar) mengesan penyakit ini hanya di peringkat lanjut apabila kadar survival lima tahun adalah kurang daripada 10 peratus.

Kata beliau, pilihan rawatan untuk pesakit kanser kolon dengan metastasis peringkat lanjut adalah terhad terutama sekali selepas tiada lagi pendekatan standard.

Ubat Kanser Kolon

”Pilihan rawatan seperti pengambilan regorafenib (ubat orang yang biasa digunakan untuk merawat kanser kolon dan sedang dalam kajian bagi kegunaan ke atas lain-lain jenis kanser lain) pasti akan dialu-alukan kerana pesakit mempunyai lebih banyak masa berharga bersama mereka yang tersayang.

Ubat Kanser Kolon

” Sebagai ubat oral, regorafenib juga memberi kelebihan tambahan berbanding rawatan intravena lain yang selama ini boleh didapati oleh pesakit,” ujar Dr. Mohamed Ibrahim yang ditemui pada majlis pelancaran Stivarga (nama dagang bagi regorafenib) baru-baru ini.

Sementara itu, Bayer HealthCare menawarkan harapan baru kepada lebih 1,000 orang rakyat yang dianggarkan menghidap kanser kolorektum setiap tahun dengan pelancaran Stivarga (regorafenib) baru-baru ini.

Stivarga adalah ubat oral (pengambilan melalui mulut) pertama yang dikatakan membantu meningkatkan peluang survival atau kelangsungan hidup pesakit yang menghidap kanser kolon peringkat lanjut.

Kelulusan bagi pil Stivarga di Malaysia membawa harapan baru kepada pesakit kanser kolon peringkat lanjut yang sebelum ini menerima rawatan standard.

Stivarga telah diluluskan untuk kegunaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Jun 2013 bagi merawat kanser kolon dengan metastasis peringkat lanjut.

Kelulusan Stivarga adalah berdasarkan keputusan positif daripada ujian Fasa 111 Correct (Kanser kolorektum dirawat dengan Regorafenib atau placebo selepas kegagalan terapi standard) yang menjadi tanda aras global, membabitkan 760 orang pesakit, dengan 15 peratus daripada mereka adalah dari Asia.

Kajian Correct menunjukkan bahawa rawatan dengan regorafenib yang ditambah penjagaan sokongan terbaik dapat meningkatkan kadar survival secara keseluruhan dan menyekat penularan penyakit, berbanding pesakit kanser kolon metastasis yang bertambah teruk selepas menjalani rawatan standard diluluskan yang mengambil plasebo.

Menurut Pakar Onkologi Perubatan dari Melbourne, Australia, Dr. Peter Gibbs, kajian Correct telah menunjukkan keupayaan regorafenib untuk meningkat kawalan tumor dan kadar survival sebilangan besar pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai pilihan rawatan.

”Ini adalah satu kemajuan penting dalam rawatan kanser kolorektum peringkat lanjut,” ujar beliau.

Sumber Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130924/kn_02/Rawatan-kanser-kolorektum#ixzz2sMoave60

Avocado Pencegah Kanser

Apa nak dimakan untuk mengelak kanser? – Avokado.

Avacado kaya dengan glutathione, antioksidan kuat yang menyerang radikal bebas dalam tubuh dengan menyekat usus daripada menyerap lemak tertentu.

Avokado Pencegah Kanser

Ia juga membekalkan lebih kalium berbanding pisang dan merupakan sumber kuat beta-carotene. Saintis percaya avocado bagus untuk merawat virus hepatitis (penyebab kanser hati), serta sumber lain kerosakan hati.

Diet Yang Buruk

Faktor Pencetus Kanser – Diet Yang Buruk

Makan secara tidak teratur meningkatkan risiko kanser. Menurut laporan WCRF-AICR 2007, corak pengambilan makanan secara tidak langsung mempengaruhi pertumbuhan sel melalui perubahan dalam metabolic umum, peredaran dan kesan ke atas endokrin.

Faktor Pencetus Kanser Diet Yang Buruk

Apabila seorang mengalami kurang atau terlebih zat makanan, ia memberi kesan kepada tisu mikropersekitaran, dan boleh menjejaskan struktur dan fungsinya.

Nutriean dan bahan-bahan makanan mempunyai kesan, samaada menghentikan beberapa proses yang menyebabkan kanser, atau menyumbang kepada perkembangan kanser dengan mengubah DNA, atau dengan mengubah terjemahan mesej genetic dalam DNA (Laporan WCRF-AICR 2007)

Surah Al-Fil Merawat Kanser

Merawat Kanser Dari Ayat Al-Quran – Surah Al-Fil (ayat 1-5)

Maksud Surah Al-Fil (Ayat 1-5):

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1)      Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

2)      Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

3)      Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; 

4)      Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

5)      Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Ilmu Merawat Kanser Menggunakan Surah Al-Fil

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian. Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu ‘setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati’. Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk merawat kanser dan menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran .Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan Surah Al-Fil Untuk Merawat Kanser

Selepas solat lima waktu:

  1. Bacalah Surah Fatihah (1x)
  2. Surah Al-Ikhlas (3x)
  3. Selawat ke atas Nabi SAW (3x)
  4. Surah Al-Fil (21x)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Pesanan: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud merawat kanser.

DNA Kanser Diundang Bukan Diwarisi

Kanser Diundang, Bukan Diwarisi. Dna Kanser

Sungguhpun kanser dianggap sejenis penyakit gen yang mudah mengalami mutasi, bukti menunjukkan hanya sejumlah kecil kanser diwarisi, kata pakar.

kanser di malaysia

Memang benar kerosakan DNA (bahan genetik) merangsang kanser, namun hanya 5-10% kanser diwarisi secara langsung. Seorang dengan gen perangsang kanser tidak semestinya menghidap kanser tetapi risikonya lebih tinggi ( Sumber : EUFIC) Dna Kanser

dna kanser

Sebaliknya pelbagai bentuk pendedahan kepada faktor persekitaran yang menggalakkan kerosakan gen menjadi faktor utama yang menentukan sama ada kita menghidap kanser atau tidak.

Menurut pakar-pakar kanser dunia melalui laporan WCRF-AICR, banyak bukti yang mengaitkan peranan makanan, pemakanan, kegiatan fizikal dan komposisi tubuh dalam mempengaruhi prose pengembangan kanser.