Dr Syed Merawat Kanser

Dr. Syed Kongsi Ilmu Rawatan Alternatif Kanser

Penampilannya bersahaja, memakai topi koboi, dia memberi ceramah tentang kesihatan yang diselangi dengan unsur jenaka. Pasti ramai yang tidak menyangka lelaki ini sebenarnya pakar perubatan holistik.

Prof Dato Seri Dr Syed Putra Meir

Pemilik sebuah syarikat dinamik yang mempunyai rangkaian produk kesihatan, Jobless Millionaires International (JMI) ini mungkin sudah mencapai segala yang diimpikannya. Beliau mempunyai kerjaya yang bagus sebagai doktor perubatan, keluarga yang bahagia bahkan mampu memandu kereta mewah sendiri. Namun, semua itu bukanlah noktah perjuangannya kerana dia mahu mendidik dan membantu masyarakat tentang pengertian kesihatan sebenar.

Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir bukanlah nama asing dalam bidang holistik. Beliau merupakan Pakar Holistik Pemakanan dan Perubatan Orthomolekul.

Dr. Syed mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Republik Indonesia dan diiktiraf sebagai pakar perubatan dalam bidang rawatan alternatif. Kini beliau fokus dalam bidang rawatan alternatif penyakit kanser kronik dan menjadi ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Pembelajaran Merawat Penyakit Kanser

Dr. Syed memberitahu, dia memperolehi ilmu pengetahuan tentang bidang ini di Hospital The Oasis of Hope, Tijuana, Mexico.

“Di sana saya mempelajari cara merawat penyakit kanser melalui kaedah perubatan altenatif orthomolekul,” katanya. Perjuangannya tidak hanya terhenti di situ sahaja, beliau kemudian menubuhkan JMI iaitu kumpulan anak syarikat Vision B Seventeen Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia. Tambah Dr. Syed, visi dan matlamat syarikatnya adalah untuk menyediakan akses kepada rawatan yang berkualiti kepada semua masyarakat terutama untuk penyakit abad ke-21 yang menjadi igauan hidup masyarakat zaman moden ini.

Merawat Penyakit Kanser

Ditanya pilihan bidangnya iaitu penyakit kanser, Dr. Syed yakin bahawa kanser bukanlah hukuman mati dan boleh dirawat.

“Tiada sebarang keraguan dalam minda saya tentang kenyataan ini,” katanya ringkas.

Dr. Syed sudah pun mengamalkan kaedah rawatan ini sejak dua dekad lalu. Beliau mengakui pada mulanya kaedah rawatan alternatif kurang mendapat sambutan dan kurang diterima.

Rawatan Penyakit Kanser

“Banyak keraguan dan syak wasangka yang timbul dalam kalangan orang ramai waktu itu. Namun, perubatan moden pun ada batasnya. Kebanyakan pesakit kanser datang dan meminta rawatan daripada saya apabila keadaan mereka sudah kronik. Majoritinya ialah tahap empat dan datang mendapatkan rawatan daripada saya sebagai pilihan terakhir. Bagi saya, penyakit ini boleh dikawal dan ditangani. Lama-kelamaan ramai yang boleh menerima rawatan alternatif kerana keputusan positif pesakit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Syed mengakui, sukar untuk mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga tetapi apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan jujur, pasti kita akan dapat mengatasi segala cabaran dan dugaan. Katanya, dia amat bertuah kerana keluarganya memahami kepentingan kerjayanya dan sentiasa membantu dalam segala aspek.

“Saya amat berbesar hati untuk berkongsi masa dengan pesakit kerana menyedari bahawa saya ialah peluang terakhir bagi mereka. Saya sentiasa meletakkan kebajikan pesakit sebagai kepentingan utama dan amat berterima kasih kepada kepercayaan dan kesabaran serta sikap toleransi mereka kepada saya,” katanya.

Sementara itu, sebagai Pengerusi Eksekutif JMI, Dr. Syed akan memastikan produk keluaran syarikatnya berkualiti dan selamat. Oleh itu, semua produk JMI berasal dari formula Amerika Syarikat yang dikilangkan di bawah standard kawalan kualiti yang ketat.

Merawat Penyakit Kanser

“JMI menjual produk yang terbukti berkesan dengan harga berpatutan. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang JMI, boleh melayari www.joblessmillionaires.com atau hubungi 0320356889,” katanya.

Sumber Rujukan : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/dr-syed-kongsi-ilmu-rawatan-alternatif-1.74952

P.s – Prof Dato Seri Dr Syed boleh dihubungi di : https://www.facebook.com/Prof-Dato-Seri-Dr-Syed-Putra-Meir-1611080189160205/ | 03-41444489

P.p.s – Pihak kami TIADA KENA MENGENA dengan Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir. Kami hanya berkongsi maklumat kepada yang memerlukan.

Post Berkaitan
Diet Yang Buruk
Faktor Pencetus Kanser – Diet Yang Buruk Makan secara tidak teratur meningkatkan risiko kanser. Menurut laporan WCRF-AICR 2007, corak pengambilan makanan secara tidak langsung mempengaruhi pertumbuhan sel melalui perubahan dalam metabolic ...
Baca Seterusnya...
telaga air zam zam
Kelebihan Air Zam Zam Sebagai Penawar Kanser Makanan yang mengenyangkan. Ubat penyakit kecuali mati. Air yang penuh keberkatan. Abu Majah yang memetik Jaabir Abdullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda : Air zamzam adalah ...
Baca Seterusnya...
5 JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MENCEGAH KANSER
Oren atau Limau Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C. Merupakan antioksidan yang dijumpai di dalam kebanyakan buah dan sayuran. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan ...
Baca Seterusnya...
Kanser Kulit
Pengenalan Kanser Kulit Kanser kulit atau barah kulit merupakan ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh sel yang tidak normal. Terdapat pelbagai jenis barah kulit yang berasal dari sel-sel lapisan kulit yang berlainan. ...
Baca Seterusnya...
Khasiat Buah Tin Untuk Mencegah Kanser
Segala apa yang telah diciptakan dan dikurniakan oleh Allah mempunyai keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak nampak akan hikmahnya. Ramai di antara kita tidak mengetahui akan ...
Baca Seterusnya...
Berlakunya Krisis Penyembuhan
Soalan Berkaitan Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ...
Baca Seterusnya...
Diet Yang Buruk
Air Zam Zam Penawar Kanser
5 JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MENCEGAH KANSER
Kanser Kulit
Khasiat Buah Tin Untuk Mencegah Kanser
Berlakunya Krisis Penyembuhan