Category Archives: Jenis Kanser

Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara

Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara

kanser-payudara-gambar-top

Kanser atau barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang dari 50 tahun. Bermaknanya ia boleh terkena kepada sesiapa sahaja, baik yang tua mahupun yang muda.

Apa sebenarnya barah payudara ini?

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) dan malignan (tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para penghidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

kanser-payudara-1

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekali gus memasuki saluran darah serta sistem limfa. Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Bagi payudara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting.

Onkogen merupakan gen yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.

Tahap Kanser Payudara 

kanser-payudara-tanda

Tahap  1
Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

Faktor Kanser Payudara

1. Umur – umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita dalam umur 30’an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.

2. Sejarah keluarga – terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser – pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

6. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)

7. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.

Tanda Kanser Payudara
  1. Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.
  2. Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
  3. Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
  4. Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payudara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
  5. Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.

Mengesan kanser payudara

Mamografi

Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.

Anda boleh lakukan pemeriksaan mamografi di hospital kerajaan dan juga swasta ( bayaran dikenakan ). Sempena bulan kesedaran kanser payudara, Philips Malaysia juga akan mengadakan pemeriksaan mamografi secara percuma di sebuah hospital di Shah Alam.

Ultrasonografi

Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.

Biopsi

Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop.

Sumber Rujukan : http://www.wanista.com/kenali-faktor-dan-tanda-awal-kanser-payudara/

Rumput Cina Penawar Kanser

Rumput Cina Penawar Kanser

Berikut tulisan Cikpuan Sara di FB Group Jom Belajar Cantuman Dan Pembiakan Tumbuhan berkaitan Rumput Cina

Rumput Cina

Baru baru ini bersembang dengan seorang ahli farmasi Thailand yang berumur 50 tahun dan tinggal di Phetchaburi, Thailand. Beliau ini adalah ‘walking library’ saya yang sangat excellent, apabila bercakap berkaitan herba. Mengeluh kepada beliau tentang harga pokok2 herba untuk rawatan kanser yang begitu tinggi sekarang, terutamanya apabila mendapat tahu siblings tersayang mengidap kanser.

Kata Beliau “Don’t worry Sara, I have a better plant, proven by research which have been carried out by Thailand Universities and has proven to cure cancer. Even terminally ill patients with cancer, that the doctors have told them that they do not have long to live, and surprising enough, when l gave them the juice, they live long and have a better quality of life.”

Thank you ever so much Mr. Lersak Prachuabaree, a salute to you for sharing. You are indeed a kind friend.

Kajian Berkaitan Rumput Cina Sebagai Penawar Kanser

Faculty of Pharmacy, Mahidol University, Thailand, mendapati bahawa rumput beijing mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai glycosphingolipids, iaitu bahan yang boleh merenjatkan pertumbuhan kanser serta mengurangkan kadar gula dalam darah.

Rumput Cina Penawar Kanser Kolon

Kajian extensif juga mendapati, bahawa rumput beijing ini adalah satu alternatif terbaik kepada ‘Chemotherapy’ atau ‘radiotherapy’, tanpa ada kesan sampingan. Ia juga satu alternatif yg baik untuk beberapa jenis kanser.

Penyelidik perubatan di Thailand mendapati bahawa rumput jenis ini boleh membantu meningkatkan sistem kekebalan/imunisasi tubuh, menyembuhkan penyakit berkaitan pernafasan, melegakan serta menyembuhkan kelenjar ‘lymph’ yg bengkak.

Antara Khasiat Rumput Cina

  1. Meningkatkan Sistem Imunisasi badan,
  2. Mengubati kanser payu dara dan kanser colon,
  3. Melegakan demam dan ulcer,
  4. Membantu utk membersih “Lymphatic System”,
  5. Membersih serta detox buah pinggang,
  6. Membantu mengurangkan sakit akibat rawatan radiasi & Chemo therapy pesakit.
  7. -Menghentikan kemunculan sel-sel baru kanser.

Rumput Cina Penawar Kanser

Cara Pengambilan Rumput Cina Sebagai Penawar Kanser

  1. Ambil 20-25 daun rumput beijing dan blend dgn satu biji epal dan 1 gelas air dan minum 2- 3 kali sehari ATAU
  1. Ambil 20-25 daun rumput beijing tumbuk dan tapis untuk mendapat 2 sudu makan atau 30 ml/sekali, minum 2-3 kali sehari.

Note:

“According to the World Herbal Organisation (WHO), Beijing Grass is considered as safe medical herb. By the WHO’s herbal standards Beijing Grass has been proven to build up immune system, act as an antioxidant and enable quick recovery from radiation treatment or chemotherapy.

Cautions

We have not been able to find any negative effects of taking this supplement, although if you notice any, please stop using.”

Saya mohon sangat2 jgn lah menaikkan harga rumput beijing ini dari hanya RM5.00 sepasu ke setinggi2 harga. Kesian mereka yg tak mampu, kerana penyakit kanser tidak mengenali samada sesaorang itu mampu atau tidak.

Seperkara lagi, terima kasih kerana sudi add saya. Untuk tidak membebankan tuan/puan dgn maklumat yg sama dari saya, cukuplah kita jd member group ini

Terima kasih.

Rujukan : Cikpuan Sara Saad

Kanser Kulit

Pengenalan Kanser Kulit

Kanser kulit atau barah kulit merupakan ketumbuhan pada kulit disebabkan oleh sel yang tidak normal. Terdapat pelbagai jenis barah kulit yang berasal dari sel-sel lapisan kulit yang berlainan. Tiga jenis barah kulit yang utama adalah basal cell carcinoma, squamous cell carcinoma dan melanoma. Melanoma merupakan barah kulit yang paling bahaya di mana ia membesar dan merebak ke organ badan yang lain dengan cepat.

Faktor risiko Kanser Kulit

Terdapat banyak faktor risiko yang menyebabkan barah kulit pada seorang pesakit. Ianya termasuk:

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultraungu

Pendedahan berlebihan kepada cahaya ultra-ungu (UV) dari sinaran matahari akan merosakkan DNA dan seterusnya menyebabkan kejadian barah kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada UVA dan UVB dalam jangkamasa yang panjang samada dari sinaran matahari atau penggunaan alat pancaran UV akan meningkatkan risko seseorang mendapat barah kulit.

Jenis kulit

Individu yang mempunyai jenis kulit yang cerah mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding individu yang gelap warna kulitnya.

Faktor genetik

Terdapat beberapa jenis penyakit genetik yang menyebabkan pesakit lebih sensitif kepada pancaran matahari. Sebagai contoh, pesakit yang menghidapi xeroderma pigmentosum tidak dapat memulihkan sel-sel kulit yang rosak selepas pendedahan kepada pancaran matahari kerana kekurangan mekanisma untuk memperbaiki DNA yang rosak berbanding dengan orang normal. Akibatnya, kulit pesakit sangat sensitif dan kerapkali terbakar jika terdedah kepada pancaran matahari. Mereka lebih cenderung menghidap penyakit barah pada usia yang muda. Walaubagaimanapun, penyakit genetik sedemikian amat jarang berlaku.

Kekurangan sistem ketahanan badan

Pesakit yang mendapatkan rawatan selepas pemindahan organ mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat penyakit barah kulit.

Jangkitan Human Papilloma Virus

Jangkitan virus ini memainkan peranan yang penting dalam pembentukan barah terutamanya kanser vulva dan zakar

Pendedahan kepada arsenik dan radiasi

Pendedahan kepada bahan kimia seperti arsenik boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat barah kulit. Kadar arsenik yang lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan boleh disebabkan oleh air minuman dari perigi yang tercemar. Sumber lain keracunan arsenik adalah dari ubat-ubatan tradisional. Selain itu, pendedahan seseorang kepada pancaran radiasi juga meningkatkan risiko mendapat barah kulit.

Merokok

Merokok juga dihubungkait dengan kejadian barah kulit

Kronik ulser

Individu yang mempunyai ulser yang tidak sembuh selepas bertahun-tahun ataupun parut yang tertentu mungkin mempunyai kecenderungan menjadi barah kulit pada jangka masa yang panjang.

Tanda-Tanda Klinikal Penyakit Kanser Kulit

Kanser kulit lebih cenderung melibatkan bahagian badan seperti muka, kepala, leher, serta lengan. Ini disebabkan bahagian-bahagian tersebut tidak dilindungi dan terdedah terus kepada pancaran matahari. Barah kulit mempunyai rupa yang berlainan bergantung kepada jenisnya. Ini termasuk perubahan pada kulit yang tidak boleh sembuh, ulser, perubahan warna dan perubahan rupa tahi lalat yang sedia ada. Basal cell carcinoma(Gambar 1) mungkin bermula dari hanya satu tompok kulit yang kecil dan semakin membesar menjadi tompok yang bulat atau bujur dan seterusnya tumbuh menjadi ketumbuhan yang mempunyai rolled edge. Barah ini mungkin berdarah pada bahagian tengahnya dan seterunya membentuk ulser yang bernama rodent ulcer.

Gambar 1: Basal cell carcinoma

Tompok hitam dengan permukaan yang tidak sekata pada pipi

Gambar 2 : Squamous cell carcinoma

Ulser pada pangkal paha

Gambar 3 : Melanoma

Ketumbuhan hitam pada tunggal kaki

Squamous cell carcinoma (Gambar 2) pula berwarna merah dan berbentuk tidak sekata. Ianya sakit bila disentuh dan boleh juga membentuk ulser. Bahagian tepi barah juga lebih tinggi berbanding bahagian tengah. Melanoma (Gambar 3) biasanya berwarna gelap atau hitam walaupun kadangkala mempunyai warna coklat terang. Permukaan barah ini biasanya tidak sekata. Pada peringkat awal, tahi lalat mempunyai bahagian tepi yang tidak sekata dan mempunyai berbagai warna pada permukaan barah. Diameter barah ini biasanya melebihi 6mm.

Diagnosa Kanser Kulit

Diagnosa kanser kulit memerlukan gabungan tanda-tanda klinikal penyakit dan biopsi kulit. Oleh yang demikian, sebarang keadaan kulit yang mencurigakan perlu mendapat nasihat daripada doktor dengan segera. Anda akan dirujuk kepada pakar kulit atau pakar bedah untuk menjalani biopsi kulit bagi pemerikasaan histologi dengan mikroskop.

Rawatan Kanser Kulit

Rawatan kanser kulit bergantung kepada jenis barah kulit, lokasi, saiz barah, umur pesakit serta samada barah kulit ini pertama kali berlaku atau berulang semula. Ini kadangkala memerlukan satu pasukan pakar yang terdiri dari pakar kulit, pakar bedah dan pakar onkologi untuk membincangkan kaedah rawatan yang paling sesuai untuk seseorang pesakit.

Basal cell carcinoma boleh dirawat dengan cara pembedahan. Jika barah ini tidak dapat dibedah sepenuhnya disebabkan lokasi seperti berhampiran dengan mata, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi. Kaedah rawatan lain untuk barah ini termasuk cryotherapy, kemoterapi setempat (ubat imiquimod atau 5-fluorouracil) dan topical photodynamic therapy.

Untuk squamous cell carcinoma pula, pembedahan boleh dijalankan jika ketumbuhan boleh dibedah sepenuhnya. Jika barah ini tidak dapat dibedah, pesakit boleh diberikan rawatan radioterapi.

Oleh kerana melanoma tumbuh dan merebak dengan cepat kepada organ berdekatan seperti kelenjar limpa dan organ dalaman, pesakit perlu melalui proses staging denganCT scan dan biopsi kelenjar limpa. Jika barah tidak merebak, ketumbuhan ini boleh dibedah dengan sepenuhnya bersama sebahagian kulit yang normal. Jikalau barah ini sudah merebak, rawatan kemoterapi akan diberikan walaupun kebiasaannya tidak berkesan.

Pencegahan Kanser Kulit

Kejadian kanser kulit pada seseorang dapat dikurangkan dengan beberapa langkah seperti berikut:

  • Mengurangkan pendedahan kepada pancaran matahari terutamanya individu yang mempunyai warna kulit yang cerah
  • Mengelakkan pendedahan kepada pancaran matahari pada waktu yang mempunyai kadar UV yang tinggi iaitu dari pukul 9 pagi hingga 3 petang
  • Memakai pakaian berlengan panjang serta memakai topi bila melakukan aktitiviti di bawah pancaran matahari
  • Menggunakan krim pelindung matahari (topical sunscreen) yang dapat menhalang pancaran UVA dan UVB satu jam sebelum terdedah kepada pancaran matahari

Prognosis

Beberapa faktor termasuk jenis barah kulit dan tempuh pengesanan barah dapat mempengaruhi prognosis barah kulit.  Basal cell carcinoma dan  squamous cell carcinomajarang merebak kepada organ berdekatan dan peluang untuk sembuh lebih baik berbanding melanoma.

Rujukan

  1. Rook, Wilkinson, Ebling.  Textbook of Dermatology. Vol 4, Sixth edition.
  2. Igal L. Elbovitch et al. Basal cell carcinoma treated with Mohs surgery in Australia. Experience over 10 years. J Am Acad Dermatology Sept 2005;445-451
  3. Michael Veness et al.Role of modern radiotherapy in treating skin cancer.Australian Journal of Dermatology 2003;44,159-168
  4. Motley, Kersey, Lawrence. Multiprofessional guidelines for the management of the patient with primary cutaneous squamous cell carcinoma. British Journal of Dermatology 2002; 146: 18-25.
  5. Telfer, Colver, Bowers. Guidelines for the management of basal cell carcinoma. British Journal of Dermatology 1999; 141: 415-423.
  6. Preston, Stern. Nonmelanoma cancers of the skin. N Engl J Med 1992 Dec 3; 327(23): 1649-62.
  7. UK Guidelines for the management of cutaneous melanoma. BJD 2002; 146: 7-17
  8. Surgical treatment of melanoma BJD 2003;149:2-12

.

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/skin-cancer

Kanser Paru-Paru

Pengenalan Kanser Paru-Paru

Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan daripada tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu berfungsi secara normal.

  • Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar berdekatan atau menular ke anggota lain melalui perjalanan darah. Proses ini dipanggil “metastasis”.
  • Apabila kanser paru-paru merebak atau bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain dikenali dengan tumor sekunder atau tumor metastatik.

kanser paru-paru

Sesetengah kanser di dalam paru-paru datang dari bahagian lain dalam badan. Paru-paru merupakan tempat biasa untuk metastasis. Ini adalah bukan kanser paru-paru. Sebagai contoh, jika kanser prostat merebak melalui darah ke paru-paru, ia adalah kanser metasatik daripada prostat dan bukan kanser paru-paru. Ianya merosakkan daya tisu berfungsi secara normal. Kebanyakan tumor metastasis adalah malignan. Ini bermakna ia merebak dan merosakkan tisu-tisu sihat di sekelilingnnya dan boleh merebak ke seluruh badan.

Epidemiologi

Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Pada tahun 2007 secara keseluruhan, ia adalah kanser ketiga selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di kalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dan adalah di tempat kelima di kalangan wanita. Sebanyak 2948 kanser paru-paru telah dilapurkan pada tahun 2006 (1445 di kalangan lelaki dan 603 di kalangan wanita). Walaupun kadar hidup setelah di diagnosa dengan kanser paru-paru pada peringkat awal adalah 49% tetapi, hanya lebih kurang 2% sahaja pengidap kanser paru-paru yang telah merebak ke bahagian lain di dalam badan masih hidup setelah 5 tahun.

Jenis Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru biasanya dibahagi mengikut 2 kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel iaitu:

  1. “Non-small cell lung cancer” (NSCLC) yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
    • Adenocarcinoma (30-40%)
    • Squamous cell carcinoma (30%)
    • Large cell cancer (10%)
  2. Small cell lung cancer” (SCLC) (20%), jenis ini jarang didapati, tetapi sel-sel kanser membiak secara sangat pantas dan telah merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnos.Jenis-jenis lain kanser paru-paru yang jarang ditemui ialah “carcinoid tumor” dan“lymphoma” (5%)

Penyebab Kanser Paru-Paru

Menghisap rokok (90%), sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kanser paru-paru . Penyelidikan sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser paru-paru.

  • Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya telah dikenalpasti penyebab kanser paru-paru.
  • Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
  • Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru beransur kurang. Lebih kurang setelah 15 tahun berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok.
  • Menghisap curut serta paip juga meningkatkan risiko mengidap kanser paru-paru.

Sebab-sebab lain kanser paru-paru ialah:

  • Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain.
  • Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 9 kali ganda. Gabungan antara asap rokok dan asbestos meningkatkan risiko setinggi 50 kali ganda. “Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru) adalah berkait rapat dengan pendedahan kepada asbestos.
  • Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis dan “chronic obstructive pulmonary disease” (COPD) juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
  • Pendedahan kepada radon/radium (bahan yang terjadi daripada uranium) juga adalah risiko kanser paru-paru.
  • Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel, hidrokarban aromatik dan eter juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

rokok dan kanser

Apakah Simptom Kanser Paru-Paru?

Anda mungkin tiada simptom atau anda mengalami gejala seperti batuk atau sesak nafas yang mungkin anda kaitkan dengan sistem pernafasan. Walaubagaimanapun, simptom kanser paru-paru termasuk:

  • Batuk atau batuk yang tidak hilang. Memang diketahui perokok mengalami batuk yang kronik akibat dari asap rokok, tetapi perubahan atau batuk yang bertambah teruk adalah satu gejala penting.
  • Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit jika menarik nafas panjang.
  • Nafas berbunyi.
  • Sesak nafas.
  • Suara serak.
  • Batuk berdarah.
  • Bengkak di bahagain leher atau muka.
  • Hilang selera makan dan badan susut.
  • Berasa terlalu letih dan lemah
  • Kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia”.
  • Bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.

Bilakah masa untuk berjumpa doktor?

Dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila perkara-perkara berikut berlaku:

  • Terdapat simptom kanser paru-paru
  • Batuk atau batuk yang berubah
  • Batuk bercampur darah atau batuk berdarah
  • Susut berat badan
  • Berasa terlalu letih
  • Badan berasa sakit dan punca tidak diketahui

Pergi berjumpa doktor dengan kadar segera jika:

  • Batuk berdarah dengan kadar yang sangat banyak
  • Sesak nafas secara tiba-tiba
  • Sakit dada yang tidak hilang
  • Lumpuh secara tiba-tiba
  • Kabur penglihatan secara tiba-tiba

kanser paru-paru stage 4 xray

Diagnosa Kanser Paru-Paru

Setelah mendapatkan simptom dan mendapatkan riwayat, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal. Selepas itu, ujian-ujian akan dijalankan untuk memastikan diagnosa dan juga untuk mengenalpasti komplikasi-komplikasi yang terdapat

Ujian-ujian itu adalah seperti berikut iaitu pemeriksaan:

  • Darah
  • Kahak
  • X-ray dada –tidak semua yang abnormal di dalam x-ray dada adalah kanser, misalnya parut, jangkitan kuman dan pengumpulan kalsium
  • Scan bahagian dada (thorax) – ujian ini boleh melihat paru-paru secara tiga dimensi, ia juga boleh mengukur saiz kanser selain dari itu ia boleh mengesan penularan kanser ke organ-organ lain seterusnya memberi gambaran tahap atau stage kanser paru-paru
  • Bronkoskopi adalah satu prosidur di mana satu tiub fleksible di mana di hujungnya terdapat sebuah lampu yang disambung ke sebuah kamera. Ini membolehkan doktor melihat di dalam saluran pernafasan dan jika terdapat sesuatu bonggol atau tumbuh, ia akan dibiopsi untuk mengenalpasti jenis sel kanser paru-paru
  • Pleuroskopi – Ini adalah satu prosidur yang dilakukan apabila terdapat cecair berlebihan dalam selaput paru-paru yang boleh disebabkan oleh kanser paru-paru, samada primari atau metastatic. Pleuroskop adalah satu tiub dan di hujungnya terdapat lampu disambungkan ke kamera. Selain daripada mengeluarkan cecair belebihan untuk dihantar ujian, biopsi juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti jenis sel kanser.
  • Positron Emission Tomography” (PET) scan dilakukan bukan sahaja untuk mengelpasti kanser tetapi boleh mengesan metastasis.
  • Imbasan tulang sekarang jarang dilakukan setelah adanya ujian-ujian lain seperti di atas.
  • Mediastinskopi dahulunya dilakukan untuk mengenalpasti metastas tetapi sekarang jarang dilakukan kerana terdapat ujian-ujian seperti di atas yang kurang invasif.
  • Ujian paru-paru dilakukan untuk mengukur fungsi pernafasan seseorang.
Rawatan Kanser Paru-Paru

Rawatan bergantung kepada:

  1. Jenis kanser
  2. Tahap/”Stage” Kanser
  3. Keadaan fizikal dan fungsi pernafasan seseorang

Rawatan yang selalu digunakan adalah:

  • Pembedahan – untuk kanser peringkat awal
  • Kimoterapi
  • Radioterapi
  • Kemoterapi dan radioterapi
  • Terapi secara target (targeted therapy) untuk kanser paru-paru yang di mana, sel-sel kanser terdapat “epidermal growth factor receptor (EGFR)”. Untuk kanser jenis ini rawatan secara pengubatan diberikan dengan ubatan “tyrosine kinase inbihitor” (TKI).Contoh-contoh ubat ini ialah gefitinib dan erlotinib. Ia akan diambil oleh pesakit secara oral sekali sehari.
  • Paliatif untuk peringkat kanser yang sangat teruk

Rawatan susulan

  • Selepas sesuatu kanser peringkat awal telah dibuang melalui pembedahan, ada risiko untuk kembali selalunya dalam masa dua tahun.
  • Ujian dilakukan secara berkala untuk mengenalpasi kanser berulang

Rawatan Paliatif

Rawatan paliatif bermaksud rawatan secara medikal atau “nursing care” untuk mengurangkan simtom dan kesengsaraan dan bukanlah rawatan penyembuhan. Oleh kerana hanya sebilangan kecil sahaja pesakit kanser paru-paru dapat sembuh, tujuan utama rawatan adalah untuk melegakan simtom. Rawatan paliataif termasuk:

  • Mengurangkan rasa sakit
  • Mengurangkan sesak nafas
  • Mengurangkan rasa cemas
  • Memudahkan tidur
  • Rawatan kemurungan

Ini semua dilakukan supaya seseorang pengidap kanser paru-paru boleh menghabiskan sisa-sisa hidup dengan kualiti hidup yang baik dan boleh melakukan perkara-perkara asas seperti bersolat, sedikit riadah ringan supaya ia tidak berasa terasing daripada keluarga dan masyarakat.

Pencegahan Kanser Paru-Paru

Buat masa ini tiada cara kos efektif yang boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal dan pesakit biasanya datang pada peringkat yang lewat. Oleh yang demikian, pencegahan yang paling berkesan adalah tidak terdadah pada asap rokok sama ada merokok secara aktif atau pasif. Pada mereka yang merokok, dinasihatkan berhenti merokok. Pendedahan pada anasir-anasir yang boleh menyebabkan kanser juga disarankan.

Rujukan

  1. Kementerian kesihatan Malaysia. Malaysia cancer statistics: data and figure Peninsular Malaysia 2006. [online]. 2006 [cited 2009 Dec 17]; [137 pages]. Available from: URL:http://www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/report/Cancer/MalaysiaCancerStatistics_2006.pdf
  2. National Cancer Registry Malaysia (Malaysia 2007)
  3. eMedicinehealth

.

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-paru-paru

Kanser Pangkal Hidung

Apakah Kanser Pangkal Hidung?

Kanser Pangkal Hidung ialah kanser yang bermula di pangkal hidung/“nasofarinks”.

Di manakah terletaknya nasofarinks?

Terletak di bahagian belakang hidung dan di bahagian belakang atas tekak (rujuk gambar)

Insiden Kanser Pangkal Hidung

Laporan dari Daftar Kanser Kebangsaan (National Cancer Registry) 2003-2005 menunjukan Kanser pangkal Hidung adalah diantara sepuluh kanser yang kerap berlaku di Semenanjung Malaysia.

Faktor-faktor Risiko Kanser Pangkal Hidung

  • Risiko Genetik: Insiden yang tinggi dikalangan kaum China, boleh berlaku pada kaum Melayu, tetapi sangat jarang berlaku pada kaum India.
  • Diet : pengambilan dengan kadar yang banyak makanan-makanan berjeruk dan masin (seperti ikan, telur atau daging) dari umur yang muda.
  • Jangkitan oleh kuman Virus: Ebstein Barr Virus (EBV)
  • Pekerjaan: banyak terdedah kepada asap dan habuk.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan.

Tanda-Tanda Kanser Pangkal Hidung

Pesakit mungkin mengalami salah satu atau lebih tanda –tanda berikut:

  • Hidung berdarah
  • Hidung tersumbat
  • Hidung berair
  • Kurang pendengaran ( selalunya sebelah telinga sahaja)
  • Bunyi dengung didalam telinga (tinitus)
  • Telinga tersumbat.
  • Bengkak di leher
  • Sakit kepala
  • Penglihatan menjadi dua (Penglihatan ganda) – Diplopia
  • Kebas di bahagian muka
  • Kesukaran membuka mulut.
  • Kelopak mata atas tertutup (drooping of upper eyelid)
  • Suara menjadi serak
    • Mungkin tiada tanda-tanda, di peringkat yang sangat awal
    • Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Diagnosa Kanser Pangkal Hidung

Pemeriksaan oleh doktor menunjukkan:

  • Pembesaran kelenjar leher/ pembekakan di leher
  • Pemeriksaan telinga
    • Gegendang telinga tidak normal
    • Hilang pendengaran konduktif
  • Pemeriksaan saraf menunjukkan:
    • Saraf kranial yang lumpuh ( bermakna tahap yang teruk)
    • Saraf kranial yang selalu terlibat di dalam Kanser Pangkal Hidung ialah saraf kranial No.5,6,12
    • Kebas di bahagian muka – saraf kranial no.5
    • Penglihatan ganda – saraf kranial no. 6
    • Lidah menjadi senget– saraf kranial nerve no.12

      Kalenjar leher membengkak


      Gegendang telinga normal


      Gegendang telinga tidak normal

Pemeriksaan “Nasoendoskopi” :

Prosidur yang dijalankan untuk pemeriksaan didalam hidung menggunakan peralatan yang dinamakan Nasoendoskop (seperti yang di tunjukan didalam gambar) Doktor boleh melihat ketumbuhan (seperti yang di tunjukan didalam gambar)


Prosidur Nasoendoskopi


Ketumbuhan

Pemeriksaan Radiologi

  • CT Scan ( Computer tomography)
  • MRI ( Magnetic Resonance Imaging )

Dapat menunjukkan ketumbuhan( Kanser Pangkal Hidung) dan tahap perebakan ketumbuhan tersebut. (Lihat gambar)


CT Scan


MRI

Biopsi

Pengambilan sedikit tisu dari ketumbuhan untuk pakar kajipenyakit melihatnya di bawah mikroskop sel-sel tisu. Dengan ini kehadiran sel-sel kanser dapat di pastikan dengan tepat.(UJIAN PENGESAHAN ).

Rawatan

  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Kombinasi Radioterapi dan Kemoterapi
  • Pembedahan
    • Pilihan rawatan bergantung kepada tahap penyakit
    • Pembedahan hanya dilakukan kepada pesakit yang tidak menunjukkan respon kepada radioterapi.

Komplikasi

Kanser Pangkal Hidung boleh merebak (metastasis) keluar dari nasofarinks. Ia boleh merebak ke bahagian yang berdekatan (regional metastasis) seperti ke kelenjar leher atau boleh merebak ke bahagian yang jauh (distant metastasis) seperti tulang,paru-paru dan hati.

Pencegahan

  1. Elakkan dari memakan makanan yang berjeruk, masin seperti ikan, telur atau daging masin dalam kuantiti yang banyak.
  2. Perlindungan yang betul dari tersedut asap/debu pada mereka yang bekerja di industri-industri yang berkenaan.
  3. Vaksin untuk jangkitan EBV (masih didalam peringkat percubaan)
  4. Berhenti merokok
  5. Berhenti dari pengambilan alkohol.

Sumber Rujukan : http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/kanser-pangkal-hidung

Daun Rerama Penawar Kanser

Latar Belakang Daun Rerama Sebagai Penawar Kanser

Nama saintifik daun rerama ialah Mariposa Christia Vespertillonis. Nama umum juga dikenali sebagai Butterfly Wing. Melalui kajian ubatkanser.my, kami dapati di China, ianya disebut bian fu cao atau daun kelawar. Dari segi warna, daun rerama mempunyai jenis warna mengikut spesis. Warna yang paling umum ialah warna merah dan hijau.

daun rerama penawar kanser _ubatkanser.my

Daun rerama dipercayai berasal dari rantau Asia. Ianya boleh mencecah 300mm ke 600mm dalam masa empat bulan dari benih ditanam dan boleh mencapai ketinggian 1800mm jika dibiarkan tidak dipotong.

Ujian Klinikal Berkaitan Daun Rerama Sebagai Penawar Kanser

Kajian awal sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap daun rerama menemui dua sebatian yang bersifat anti kanser dan anti keradangan. Penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan , Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM , Prof Madya Dr Latifah Saiful Yazan berkata , dua sebatian ini dipercayai berpotensi tinggi untuk membantu mempercepatkan penyembuhan kanser. Menurutnya, nama sains dua sebatian berkenaan iaitu ‘lupeol’ dan ‘betastigma sterol’ ditemui pada akar pokok daun rerama dalam kajian yang dilakukan pertengahan 2013 sehingga tahun lalu.

“Kami sudah melakukan ujian asas terhadap akar pokok rerama dan menjumpai sebatian yang berupaya merawat solid cancer seperti kanser payu dara, usus besar , paru-paru, ovari dan serviks

Bagaimanapun , ia masih di peringkat awal penyelidikan dan kami akan meneruskan ke bahagian lain pokok itu kelak ,” katanya kepada Harian Metro. Dr Latifah berkata pihaknya akan meneruskan penyelidikan dengan menumpukan kepada daun rerama kerana dipercayai akan menemui beberapa sebatian baru yang mungkin positif bagi merawat penyakit kanser .

UPM temui dua Sebatian - Daun Rerama_ubatkanser.my

“Teknik yang kami lakukan merebus daun itu dan memberikannya kepada seekor tikus tikus putih yang disuntk dengan sel kanser usus. Selepas 72 jam, didapati sel kanser terbabit semakin mengecut sedangkan tanpa air rebusan daun berkenaan , sel kanser sebaliknya semakin merebak.

Daun Rerama Penawar Kanser Dijadikan Dalam Bentuk Uncang Teh

Kini, bagi memudahkan dan membantu ramai untuk merasai kesan positif kepada pesakit kanser, daun rerama dikomersialkan dan dibungkus dalam bentuk uncang. Memiliki khasiat yang sama dan mudah untuk diambil oleh pesakit kanser. KLIK SINI untuk mendapatkannya.

teh daun rerama 15 uncang

 

Sumber Rujukan : Akhbar Harian Metro – 4 Februari 2015 – Muka Surat 6 & 7 | Akhbar Harian Metro – 5 Februari 2015 – Muka Surat 8