Herba Dijadikan Ubat Kanser Payudara

10 Herba Potensi Untuk Ubat Kanser Payudara

PASIR MAS:  Lebih 10 pokok herba di negara ini didapati berpotensi dimajukan secara komersial sebagai ubat merawat barah, terutama kanser payudara.

Pensyarah jemputan berkaitan herba di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Mohd Nor Ibrahim berkata mengikut kajiannya antara pokok terbabit, Pokok Bunga Kenerak atau nama saintifiknya Goniothalamus Umbrosus, didapati berpotensi untuk tujuan itu.

“Saya telah pun menghantar ekstrak pokok itu yang diambil daripada bunga, daun, akar dan kulit batang pokok untuk dikaji oleh CEPP (Loji Pandu Kejuruteraan Kimia) di UTM dua minggu lepas untuk mengetahui kandungan utama bahan pencegahan yang terdapat dalam tumbuhan itu,” katanya kepada Bernama di Kampung Tendong di sini hari ini.

CEPP merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan teknologi proses untuk industri herba, fitokimia dan bioproses di UTM.

Hasil Kajian Berkaitan Herba Dijadikan Ubat Kanser

Berdasarkan kajian sejak 1999 itu, beliau mendapati kenerak banyak digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat kanser payu dara dan ia didapati berkesan selepas seseorang pesakit menjalani empat rawatan dengan cara meminum ekstrak pokok itu.

herba ubat kanser

“Ia menjadi amalan sejak ratusan tahun dan dua minggu lepas, seorang pengamal perubatan di Wakaf Baru di sini didakwa berjaya menyembuhkan penyakit bayah payu dara anaknya menggunakan bunga, daun, akar dan kulit batang pokok itu,” katanya.

Beliau berkata daun, bunga dan kulit batang pokok itu yang dikeringkan boleh dijadikan minuman dengan memasukkan air yang baru mendidih, dan rasanya seperti minuman teh Cina.

Mohd Nor yang berpengalaman luas dalam penanaman herba dan kegunaannya, berkata beliau pernah menjual 100 pokok itu yang bernilai RM8,000 kepada sebuah syarikat perladangan di Selangor.

Ekstrak kenerak untuk tujuan perubatan mampu mencecah $US4,000 sekilogram di pasaran Amerika Syarikat.

“Jika ada syarikat yang ingin memajukan kegunaan tumbuhan itu, saya bersedia membekalkan pokok itu kerana mempunyai tapak semaian pokok itu di Tendong dan Kampung Saka di sini,” katanya.

Mohd Nor yang juga bekas presiden Persatuan Pengusaha Perabot dan Tukang Kayu Melayu Kelantan dan aktivis alam sekitar, berkata pokok itu sukar ditanam kerana proses tumbesarannya memakan masa empat tahun untuk mencapai ketinggian satu meter.

Herba Lain Sebagai Ubat Kanser

Selain kenerak, beliau berkata pokok Barah Hantu atau Lada Hantu, Lidah Ular, Cukilan, Megat Dewa, Pokok Daun Tujuh Jarum Hijau dan Pokok Tujuh Jarum Merah, Terung Susu Kambing, Laksamana Akar, Pokok JE, Puting Beliung dan Ibung merupakan antara pokok herba yang digunakan bagi merawat barah.

Kebanyakan pokok itu banyak digunakan untuk merawat wanita selepas bersalin selain boleh mengubati penyakit kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi. BERNAMA

Sumber Rujukan:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/6/14/TERKINI/Mutakhir/Lebih_10_herba_potensi_untuk_ubat_kanser_payudara&sec=mstar_berita

Post Berkaitan
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara Kanser atau barah payudara merupakan pembunuh utama kaum hawa dengan hampir separuh dari wanita yang di diagnosis mengidap kanser payudara mendapat berita ini pada usia kurang ...
Baca Seterusnya...
Penawar Kanser Dari Al-Quran
Penawar Kanser Dari Ayat Al-Quran Secara umumnya, ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser adalah dari surah Al-Mu'minun (ayat 91-100) dan Surah Al-Hajj (ayat 31-55) Sumber : Hj Lokman Abdul Hamid ...
Baca Seterusnya...
Pengasas Teh Daun Rerama Penawar Kanser
Pengasas Jenama Butterfly Tea Atau Teh Daun Rerama Penawar Kanser Dia tidak menyangka tumbuhan kecil ini mempunyai bentuk daun seperti rama-rama dan ada ketikanya kelihatan seperti boomerang menjadi titik permulaan dalam ...
Baca Seterusnya...
Pokok Setawar Barah
Pokok Setawar Barah Ubati Kanser? Pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut. Ia mempunyai daun yang permukaannya di ...
Baca Seterusnya...
Durian Belanda Penawar Kanser
Kenali Buah Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L Pokok ...
Baca Seterusnya...
Baking Soda Penawar Kanser
Baking Soda Penawar Kanser Yang Murah Baking soda atau nama saintifiknya sodium bicarbonate dikatakan merupakan salah satu penawar untuk penyakit kanser. Perkara ini telah disyorkan oleh kebanyakkan oleh pengamal perubatan alternatif bagi ...
Baca Seterusnya...
Kenali Faktor Dan Tanda Kanser Payudara
Penawar Kanser Dari Al-Quran
Pengasas Teh Daun Rerama Penawar Kanser
Pokok Setawar Barah
Durian Belanda Penawar Kanser
Baking Soda Penawar Kanser