Category Archives: Herba Untuk Kanser

Pokok Setawar Barah

Pokok Setawar Barah Ubati Kanser?

Pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut. Ia mempunyai daun yang permukaannya di litupi oleh rerambut halus yang lembut.

Ditempat lain pula, pokok ini dipanggil beluntas cina atau samsit.

setawar barah ubat kanser

Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu. Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam di kampung-kampung di Malaysia. Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun.

Kegunaan Pokok Setawar Barah

Menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.

Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. Mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa. Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.

Daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor. Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman. Basuh pada keesokkan harinya. Lakukan hingga ketuat mati.

Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam. Untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan pada bisul.

Ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku.

Untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion.

Ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml. Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.

Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.

Jintan Hitam Antikanser

Jintan Hitam

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.

Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.

Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel.

Jintan Hitam

Jintan hitam dihasilkan dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang (ketika bijinya dituai).

Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.

Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.

Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Kegunaan Jintan Jitam Sebagai Antikanser

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala. Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.

Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.

Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.

Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM (biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapat tikus.

Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.

Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor.

Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

Daun Pecah Beling Penawar Kanser

Daun Pecah Beling Penawar Kanser

daun-pecah-beling

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma).

Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia.

Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Kandungan Daun Pecah Beling Sebagai Penawar Kanser

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).

Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah.

Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada.

Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser.

Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas.

Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak Daun Pecah Beling Sebagai Penawar Kanser

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis.

Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas.

Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

pokok-pecah-beling

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.

Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

kapsul daun pecah beling

Klik Gambar Untuk Memesan Kapsul Daun Pecah Beling

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob.

Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Untuk memesan kapsul daun pecah beling boleh klik sini.

Artikel oleh:

Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.

Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,

UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.


Sumber Rujukan :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0123&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz33deH58Jp

 

Herba Dijadikan Ubat Kanser Payudara

10 Herba Potensi Untuk Ubat Kanser Payudara

PASIR MAS:  Lebih 10 pokok herba di negara ini didapati berpotensi dimajukan secara komersial sebagai ubat merawat barah, terutama kanser payudara.

Pensyarah jemputan berkaitan herba di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Mohd Nor Ibrahim berkata mengikut kajiannya antara pokok terbabit, Pokok Bunga Kenerak atau nama saintifiknya Goniothalamus Umbrosus, didapati berpotensi untuk tujuan itu.

“Saya telah pun menghantar ekstrak pokok itu yang diambil daripada bunga, daun, akar dan kulit batang pokok untuk dikaji oleh CEPP (Loji Pandu Kejuruteraan Kimia) di UTM dua minggu lepas untuk mengetahui kandungan utama bahan pencegahan yang terdapat dalam tumbuhan itu,” katanya kepada Bernama di Kampung Tendong di sini hari ini.

CEPP merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan teknologi proses untuk industri herba, fitokimia dan bioproses di UTM.

Hasil Kajian Berkaitan Herba Dijadikan Ubat Kanser

Berdasarkan kajian sejak 1999 itu, beliau mendapati kenerak banyak digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat kanser payu dara dan ia didapati berkesan selepas seseorang pesakit menjalani empat rawatan dengan cara meminum ekstrak pokok itu.

herba ubat kanser

“Ia menjadi amalan sejak ratusan tahun dan dua minggu lepas, seorang pengamal perubatan di Wakaf Baru di sini didakwa berjaya menyembuhkan penyakit bayah payu dara anaknya menggunakan bunga, daun, akar dan kulit batang pokok itu,” katanya.

Beliau berkata daun, bunga dan kulit batang pokok itu yang dikeringkan boleh dijadikan minuman dengan memasukkan air yang baru mendidih, dan rasanya seperti minuman teh Cina.

Mohd Nor yang berpengalaman luas dalam penanaman herba dan kegunaannya, berkata beliau pernah menjual 100 pokok itu yang bernilai RM8,000 kepada sebuah syarikat perladangan di Selangor.

Ekstrak kenerak untuk tujuan perubatan mampu mencecah $US4,000 sekilogram di pasaran Amerika Syarikat.

“Jika ada syarikat yang ingin memajukan kegunaan tumbuhan itu, saya bersedia membekalkan pokok itu kerana mempunyai tapak semaian pokok itu di Tendong dan Kampung Saka di sini,” katanya.

Mohd Nor yang juga bekas presiden Persatuan Pengusaha Perabot dan Tukang Kayu Melayu Kelantan dan aktivis alam sekitar, berkata pokok itu sukar ditanam kerana proses tumbesarannya memakan masa empat tahun untuk mencapai ketinggian satu meter.

Herba Lain Sebagai Ubat Kanser

Selain kenerak, beliau berkata pokok Barah Hantu atau Lada Hantu, Lidah Ular, Cukilan, Megat Dewa, Pokok Daun Tujuh Jarum Hijau dan Pokok Tujuh Jarum Merah, Terung Susu Kambing, Laksamana Akar, Pokok JE, Puting Beliung dan Ibung merupakan antara pokok herba yang digunakan bagi merawat barah.

Kebanyakan pokok itu banyak digunakan untuk merawat wanita selepas bersalin selain boleh mengubati penyakit kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi. BERNAMA

Sumber Rujukan:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/6/14/TERKINI/Mutakhir/Lebih_10_herba_potensi_untuk_ubat_kanser_payudara&sec=mstar_berita

 

Teh Hijau Pencegah Kanser

Apa nak dimakan untuk mengelak kanser? – Teh Hijau.

Teh hijau dan teh hitam mengandungi antioksidan tertentu yang dikenali sebagai polifenol (catechins), yang mampu mencegah kanser.

Teh Hijau

Teh hijau paling baik, diikuti oleh teh hitam. Menurut laporan dalam Journal of Celluar Biochemistry keluaran Julai 2001, polifenol yang banyak dalam the hijau dan minyak zaitun mungkin dapat melindungi daripada pelbagai jenis kanser.

Teh Hijau Dan Kanser

Daun teh hijau kering, yang merupakan kira-kira 40% polifenol daripada beratnya, mungkin juga mengurangkan risiko kanser perut, paru-paru, kolon, rectum, hati, dan pankreas, demikian saranan penemuan kajian.

Teh hijau juga mengandungi fitokimia epigallocatechin gallate (EGCG), yang terikat kepada protein yang ditemui pada sel tumor dan memperlahankan pertumbuhannya.