Category Archives: Jenis Kanser

Habbatus Sauda Makanan Sunah Rasulullah

Khasiat Habbatus Sauda Sebagai Makanan Tambahan

SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.

Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.

ID:54308579

Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.

Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.

“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.

“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.

Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.

Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.

Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.

 Pemeriksaan
SETIAP individu seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. – Gambar hiasan

Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.

Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.

“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.

“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.

Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.

Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.

Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.

Makam Firaun

Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.

Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.

Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

 Minyak Habastus Sauda Dalam Bentuk Gel
EKSTRAK minyak habbatus sauda dalam bentuk gel lembut.

Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.

“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.

Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.

“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.

Lewatkan penuaan

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.

“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

 Dr Latifah
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.

“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.

“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

.

Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3ySFGIt5u 

Madu Dan Kulit Kayu Manis Penawar Kanser

Khasiat Kulit Kayu Manis Sebagai Penawar Kanser

Kajian menunjukkan bahawa minyak kayu manis merupakan salah satu bahan penawar kanser dan merupakan solusi dalam rawatan tumor, kanser perut dan kanser kulit. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa gula mungkin penyebab sel-sel kanser kekal di dalam badan dan kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan iaitu mengawal tahap gula dalam darah.

kayu manis_ubatkanser.my

Kulit kayu manis juga memberi kesan positif untuk leukimia dan kanser sel darah putih – memetik sumber dari NCBI “The Cinnamon-Derived Michael Acceptor Cinnamic Aldehyde Impairs Melanoma Cell Proliferation, Invasiveness, and Tumor Growth”

Khasiat Madu Sebagai Penawar Kanser

Umum mengetahui mengenai khasiat madu. Melalui kajian Dr Nik Soriani dari USM, sel kanser yang dirawat dengan madu ini menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser). Madu mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser. Ini membutikan madu bahawa madu boleh dijadikan sebgai penawar kanser.

madu lebah sebagai ubat kanser

Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Minuman Serbuk Kulit Kayu Manis Dan Madu Sebagai Penawar Kanser

Kajian di Jepun dan Australia telah menunjukkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit kanser secara hariannya perlu mengambil satu sudu besar madu dengan satu sudu teh serbuk kayu manis selama satu bulan 3 kali sehari. Ini merupakan cara yang menyelerakan sebagai penawar kanser.

Kayu Manis Dan Madu Penawar Kanser_ubatkanser.my

Mengamalkan Madu Dengan Kayu Manis Sebagai Penawar Kanser

Cara #1

  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 cawan air suam atau air teh – campur kesemuanya
  • Selawat 3 kali dan surah al fatihah sekali dan amalkan minum setiap pagi.

Cara #2

  • Ambil terus 2 sudu teh madu dengan 1 sudu teh serbuk kayu tanpa air
  • Amalkan dengan perlahan2. Jika sudah biasa boleh tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis untuk keputusan yang lebih cepat.
  • Sertakan dengan yakin bahawa Allah SWT itu Maha Penyayang dan penyembuh segala penyakit.

Serai Penawar Kanser

Serai Mampu Merawat Dan Dijadikan Penawar Kanser

Serai

Penemuan Israel yang disembunyikan. Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau. Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

Minum Air Serai Sebagai Penawar Kanser

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”

Air Serai

Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU). “Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis). Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

teh serai

Penyelidikan Berkaitan Khasiat Serai Sebagai Penawar Kanser

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan. Ini menunjukkan serai boleh dijadikan sebagai penawar kanser.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel. Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.

Planta Medica

“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kajayaan Serai Sebgai Penawar Kanser

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel dan penawar kanser didalam badan kita. Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.

Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka. “Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka.

Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar. “Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.” Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi. Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri. Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Air Serai Berlimau Sebagai Penawar Kanser

Bahan-bahan:

  • 1 batang serai (kalau serai yang kecil guna 2 batang)
  • 1 biji limau kasturi 1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
  • 250ml air panas mendidih

Cara:

  • Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah-pecah.
  • Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
  • Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
  • Biarkan hingga suam-suam panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
  • Kacau dan sedia untuk diminum.

 

Teh Serai Penawar Kanser

teh serai

Sumber Rujukan : http://www.rawatanislam2u.com/2012/04/serai-penawar-kanser.html

Biji Labu Mampu Mencegah Kanser

Biji Labu Dipercayai Dapat Mencegah Dan Merawat Kanser

Menurut kajian yang pernah dilakukan di Sepanyol, biji labu mempunyai sebatian yang boleh membunuh sel kanser.

biji labu merawat kanser

Biji labu kaya dengan protein, manganese, serat, magnesium dan fosforus. Ia juga mengandungi sejumlah besar zink yang penting untuk imuniti, merangsang pembangunan dan pembahagian sel-sel yang betul, memperbaiki tidur, penglihatan, kulit, dan mood. Ia sangat bagus untuk kesihatan fizikal dan mental.

Biji Labu Mengurangkan Risiko Mendapat Kanser Payudara

Biji labu telah menunjukkan kejayaan dalam merawat pelbagai jenis kanser dan juga memberikan kesan anti-radang yang kuat. Saintis Jerman telah mengesahkan bahawa wanita menopaus harus mengambil supplemen biji labu dan ini akan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 23%.

Minyak Biji Labu Menghalang Pembentukan Sel Kanser

Minyak dari biji labu juga dikatakan mempunyai phtochemicals dan antioksidan yang melawan radikal bebas dan menghalang pembentukan sel kanser.

Minyak Biji Labu Merawat Kanser

Pengamalan mengambil biji labu dan minyak biji labu amatlah disarankan demi menjamin kesihatan yang lebih baik.

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser

Di sini, kami lampirkan beberapa rawatan alternatif bagi membantu untuk merawat pesakit kanser.

Pusat Rawatan

Pusat Rawatan Islam Darussyifa’

Dato' Dr. Haron Din

Didokong dan diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din , perubatan melalui ruqyah ini boleh diperolehi di setiap negeri.

Rujuk sini :  http://www.darussyifa.org/

No tel : 03-89250443

Doa

Surah untuk musnahkan sel kanser : KLIK SINI

Tuan Hj Lokman Abdul Hamid

Haji Lokman

Berpengalaman 16 tahun dalam mengubati pesakit kanser menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, Tuan Haji Lokman kini boleh di kunjungi di Pusat Perubatan Syifa Al-Hidayah di pelbagai Negeri.

Rujuk sini : http://www.alhidayah-medic.com/

No tel : 03 4256 5666 | 019 243 0659 (sms sahaja)

Rawatan Dari Orang Perseorangan

Pak Andak, Grik, Perak.

Sebelum memulakan sesi rawatan, Pak Ndak akan ‘scan’ keadaan pesakit. Beliau akan merawat secara berkumpulan atau secara individu mengikut tahap pesakit. Ketika rawatan, Pak Ndak akan berusaha ‘memindahkan’ sakit yang dihidapi kepada ayam kampung. . Pak Ndak akan ‘scan’ badan semula dan akan mengesyorkan berapa kali perlu hadir untuk rawatan ulangan.

Setelah tamat sesi pada setiap hari, sakit yang dipindah kepada ayam tadi akan dipindahkan pula kepada batu

Jika pesakit berada jauh dari tempatnya dan mahu mendapat rawatan secara ulangan secara berterusan, pesakit dan keluarga di syorkan boleh menginap di homestay berdekatan atau motel-motel di Pekan Grik.

Alamat :

Kampung Air Panas,

No 5, Taman Hj Ali, Grik, Perak.

No Tel : 013-4092378

Ayah Chik, Dungun, Terengganu

Kata Ayah Chik, dia menerima kunjungan pelanggan yang agak luar biasa ramainya sejak dua bulan lalu bermula awal pagi hinggalah lewat malam.

ayah chik

Menurutnya, rata-rata yang datang adalah penghidap penyakit kronik termasuk segala jenis kanser, buah pinggang, masalah jantung , strok dan pelbagai lagi. “Saya diberi keistimewaan oleh ALLAH dalam dunia perubatan tradisional yang diwarisi dari keturunan ayah saya tetapi sebelum ini tidak berkesempatan membantu kerana berkhidmat dengan kerajaan.

“Sebaik sahaja pencen lima tahun lalu saya mula membantu orang ramai untuk berubat tetapi tidaklah terlalu serius sehinggalah sejak kebelakangan ini.

“Dalam sehari saya tidak putus-putus menerima kunjungan pesakit dan dalam sehari tidak kurang 60 pesakit saya rawat,” katanya.

Berubat guna ayat al-Quran. Menurutnya, perkhidmatannya dibuka sehingga jam 6 sahaja, namun masih ada tetamu yang bertandang sehingga jam 12 tengah malam. “Saya berubat cara Islam dan hanya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran sahaja iaitu dengan menepuk atau menggosok bahagian yang sakit diiringi bacaan.

“Caranya saya cuba menggantikan kebaikan ayat-ayat suci al-Quran dan berusaha mengeluarkan kesakitan yang dialami.

“Alhamdulillah ramai pesakit saya yang pulih atau beransur ke arah lebih baik, contohnya dari sakit terlantar sehingga boleh bangun dan pelbagai lagi,” katanya.

Kata Ayah Chik, dulu dia bekerja membantu masyarakat dan dia ingin meneruskan kesinambungan itu walaupun caranya berbeza.“Bukan keuntungan dicari dan pelanggan yang datang membayar mengikut kemampuan atau kehendak mereka, malah jika mereka bagi RM1 pun saya tidak kisah. “Apa yang penting selagi khidmat diperlukan saya akan cuba membantu,” katanya.

Penyakit beransur hilang. Pelanggannya, Zanariah Azhar, 52, berkata, dia menghidap kanser payudara tahap ketiga dan sudah merata tempat pergi berubat tetapi tiada perubahan.

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik menerusi Facebook dan rakan-rakan maklumkan. Walaupun jauh dari Johor saya tetap datang kerana jika dapat pulih ia sesuatu yang sangat didambakan sekarang.

“Ikhtiar saya tidak terhenti dan saya berharap selepas tiga kali berubat dengan Ayah Chik, penyakit saya akan beransur hilang. “Ayah Chik juga ikhlas membantu dan tidak meletakkan sebarang harga untuk mendapatkan rawatan tetapi terserahlah kepada kita,” katanya.

Ibu pesakit buah pinggang, Rohaya Teh, 40 berkata, anaknya Mohd Adib Farhan Mohf Abdul Azid , 10, disahkan mempunyai masalah buah pinggang sejak berusia tiga tahun.

“Selain berjumpa pakar, kami banyak berikhtiar cara tradisional dan ulang-alik ke hospital dua minggu sekali. Perutnya kembung kerana penyakit ini dan merata tempat sudah kami cuba berubat.

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik melalui WhatsApp dan tergerak hati untuk ke sini. Setelah rawatan kali pertama, anak saya kelihatan lebih baik dan besar harapan saya untuk melihatnya sembuh seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Alamat :

9262 Kampung Alor Tembesu,

23000, Dungun Terengganu.

No Tel : 012 938 3776

Rawatan Reiki Penawar Kanser

Reiki adalah terapi bio-energi di bawah naungan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.”

Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”

Rawatan Reiki Kanser

Reiki berasal daripada bahasa Jepun iaitu rei bererti alam semesta dan ki pula ialah tenaga.

Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan.

myac-metro-01012015

Reiki dipercayai juga dapat membantu dalam sesi rawatan penyakit kanser. Di luar negara, boleh dikatakan ada diantara pesakit kanser turut mendapatkan rawatan reiki sebagai usaha untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Reiki dipercayai dapat membantu pesakit kanser untuk mendapatkan ketenangan, mengurangkan rasa stress ketika menghadapi sakit kanser dan dapat mempengaruhi agar penyakit kanser mudah dirawat.

Reiki juga dipercayai membantu seseorang pesakit mendapat ‘aura’ yang baik dan mempengaruhi sesi penyembuhan yang positif kerana, reiki menyingkirkan tenaga negative dalam badan.

Antara Pusat Rawatan Reiki di Malaysia:

I-QUEST TRAINING & CONSULTANCY

Dr. Mir Hazil Azran Ramli

24C Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K

Seksyen 9,

40100 Shah Alam,

Malaysia. (Belakang Hotel Concorde Shah Alam)

Tel: +60173002349 / +60173332349

Rujuk Sini: https://www.facebook.com/IQuestTrainingConsultancy/info/?tab=overview

Diuruskan oleh : Dr. Mir Hazil Azran Ramli (Master Reiki)

Buku Reiki Mir Hazil

MYAURACRYSTAL PLT

1st Floor, Shoplot 179A,

Jalan 8/1, Seksyen 8,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

Malaysia.

Tel: +60122636925  /  +60129402552

Rujuk Sini : http://myauracrystal.com.my/

Diuruskan oleh : Puan Fazreena Khalid (Master Reiki)

Rawatan Qigong Penawar Kanser

Senaman tradisional dari China yang dikenali sebagai ‘QiGong’ dikatakan mampu mencegah penyakit barah.

Menurut Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRe) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mazanah Muhammad, senaman yang menggunakan teknik kawalan pernafasan itu dapat mengekalkan kesihatan pada tahap yang baik.

Qigong Penawar Kanser

“Senaman ini kelihatan sama seperti ‘Tai Chi’ namun apa yang membezakannya adalah kawalan pernafasan dan menggunakan tenaga dalaman.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20120422/wk_01/Senaman-QiGong-mampu-cegah-barah

SUPERQIGONG

9156, Jalan Bandar 4,

Taman Melawati

53100 Kuala Lumpur. Malaysia

Tel : +60178713000

Diruskan oleh: Dr Amir

Dr Syed Merawat Kanser

Dr. Syed Kongsi Ilmu Rawatan Alternatif Kanser

Penampilannya bersahaja, memakai topi koboi, dia memberi ceramah tentang kesihatan yang diselangi dengan unsur jenaka. Pasti ramai yang tidak menyangka lelaki ini sebenarnya pakar perubatan holistik.

Prof Dato Seri Dr Syed Putra Meir

Pemilik sebuah syarikat dinamik yang mempunyai rangkaian produk kesihatan, Jobless Millionaires International (JMI) ini mungkin sudah mencapai segala yang diimpikannya. Beliau mempunyai kerjaya yang bagus sebagai doktor perubatan, keluarga yang bahagia bahkan mampu memandu kereta mewah sendiri. Namun, semua itu bukanlah noktah perjuangannya kerana dia mahu mendidik dan membantu masyarakat tentang pengertian kesihatan sebenar.

Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir bukanlah nama asing dalam bidang holistik. Beliau merupakan Pakar Holistik Pemakanan dan Perubatan Orthomolekul.

Dr. Syed mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Republik Indonesia dan diiktiraf sebagai pakar perubatan dalam bidang rawatan alternatif. Kini beliau fokus dalam bidang rawatan alternatif penyakit kanser kronik dan menjadi ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Pembelajaran Merawat Penyakit Kanser

Dr. Syed memberitahu, dia memperolehi ilmu pengetahuan tentang bidang ini di Hospital The Oasis of Hope, Tijuana, Mexico.

“Di sana saya mempelajari cara merawat penyakit kanser melalui kaedah perubatan altenatif orthomolekul,” katanya. Perjuangannya tidak hanya terhenti di situ sahaja, beliau kemudian menubuhkan JMI iaitu kumpulan anak syarikat Vision B Seventeen Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Malaysia. Tambah Dr. Syed, visi dan matlamat syarikatnya adalah untuk menyediakan akses kepada rawatan yang berkualiti kepada semua masyarakat terutama untuk penyakit abad ke-21 yang menjadi igauan hidup masyarakat zaman moden ini.

Merawat Penyakit Kanser

Ditanya pilihan bidangnya iaitu penyakit kanser, Dr. Syed yakin bahawa kanser bukanlah hukuman mati dan boleh dirawat.

“Tiada sebarang keraguan dalam minda saya tentang kenyataan ini,” katanya ringkas.

Dr. Syed sudah pun mengamalkan kaedah rawatan ini sejak dua dekad lalu. Beliau mengakui pada mulanya kaedah rawatan alternatif kurang mendapat sambutan dan kurang diterima.

Rawatan Penyakit Kanser

“Banyak keraguan dan syak wasangka yang timbul dalam kalangan orang ramai waktu itu. Namun, perubatan moden pun ada batasnya. Kebanyakan pesakit kanser datang dan meminta rawatan daripada saya apabila keadaan mereka sudah kronik. Majoritinya ialah tahap empat dan datang mendapatkan rawatan daripada saya sebagai pilihan terakhir. Bagi saya, penyakit ini boleh dikawal dan ditangani. Lama-kelamaan ramai yang boleh menerima rawatan alternatif kerana keputusan positif pesakit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Syed mengakui, sukar untuk mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga tetapi apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas dan jujur, pasti kita akan dapat mengatasi segala cabaran dan dugaan. Katanya, dia amat bertuah kerana keluarganya memahami kepentingan kerjayanya dan sentiasa membantu dalam segala aspek.

“Saya amat berbesar hati untuk berkongsi masa dengan pesakit kerana menyedari bahawa saya ialah peluang terakhir bagi mereka. Saya sentiasa meletakkan kebajikan pesakit sebagai kepentingan utama dan amat berterima kasih kepada kepercayaan dan kesabaran serta sikap toleransi mereka kepada saya,” katanya.

Sementara itu, sebagai Pengerusi Eksekutif JMI, Dr. Syed akan memastikan produk keluaran syarikatnya berkualiti dan selamat. Oleh itu, semua produk JMI berasal dari formula Amerika Syarikat yang dikilangkan di bawah standard kawalan kualiti yang ketat.

Merawat Penyakit Kanser

“JMI menjual produk yang terbukti berkesan dengan harga berpatutan. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang JMI, boleh melayari www.joblessmillionaires.com atau hubungi 0320356889,” katanya.

Sumber Rujukan : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/dr-syed-kongsi-ilmu-rawatan-alternatif-1.74952

P.s – Prof Dato Seri Dr Syed boleh dihubungi di : https://www.facebook.com/Prof-Dato-Seri-Dr-Syed-Putra-Meir-1611080189160205/ | 03-41444489

P.p.s – Pihak kami TIADA KENA MENGENA dengan Prof. Datuk Seri Dr. Syed Putra Meir. Kami hanya berkongsi maklumat kepada yang memerlukan.

Perangi Kanser Payudara

Kanser Payudara Pembunuh Wanita

Kanser payudara terus menjadi kanser pembunuh wanita nombor satu negara.

Pendaftar Kanser Kebangsaaan melaporkan, seorang daripada 19 wanita di negara ini berhadapan penyakit berbahaya itu yang dikenali sebagai pembunuh senyap apabila lewat dikesan.

Umum mengetahui barah payudara boleh dirawat jika dapat dikesan pada peringkat awal. Namun adakah ia cukup dengan menekankan kepada umum mengenai pengesanan awal? Bagaimana cara terbaik untuk memaksimumkan kesedaran menerusi media.

Kempen Berkaitan Kanser Payudara

Bagi memastikan wanita sentiasa berwaspada terhadap barah itu dan perkara perlu dilakukan, syarikat pembuat pakaian dalam wanita, Wacoal Malaysia (Wacoal) dengan kerjasama New Straits Times (NST) sekali lagi melancarkan Kempen Pink Ribbon 2015 di Balai Berita, Kuala Lumpur pada 11 Oktober ini.

Sebagai pengeluar jenama pakaian dalam antarabangsa, Wacoal akan memberi kesedaran memerangi kanser payudara dan sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat.

Kempen Kanser Payudara

Kempen dilaksanakan sejak 2003 itu bertujuan memberi kesedaran mengenai bahaya penyakit itu yang menjadi pembunuh nombor satu di seluruh dunia.

Kali ini, 600 peserta terbabit dalam kayuhan basikal dan bersedia memecahkan rekod kayuhan sempena kempen berkenaan tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Wacoal Malaysia Takashi Watanabe berkata, sejak Wacoal ditubuhkan pada 1949 di Jepun, ia masih memegang prinsip asas syarikat terbabit bagi membantu wanita meningkatkan kecantikan.

Menurutnya, perjuangan menentang barah payudara selari dengan Kempen Reben Merah Jambu yang sangat dekat dengan jenama berkenaan dan pihaknya tidak ketinggalan memberi sokongan menjayakan misi mengurangkan peningkatan jumlah pesakit barah.

“Selain menjadi perintis menghasilkan pakaian dalam berkualiti dan menyerlahkan tubuh wanita dengan selesa, Wacoal Jepun serta anak syarikatnya membabitkan diri dalam pelbagai kempen.

“Kerjasama strategik antara NST dengan Wacoal sangat dihargai kerana ia mampu menyebarkan kesedaran dengan lebih meluas dan tindakan dapat dilakukan dengan pantas sebelum dapat dikesan. Mencegah lebih baik daripada merawat,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan pada hari terbabit antaranya pendedahan mengenai cara pemeriksaan dan mengukur payudara, klinik bergerak Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk ujian mamogram, pemilihan pakaian dalam yang sesuai kepada pesakit selepas pembedahan membuang payudara.

Pada masa sama, Kempen Pink Ribbon Fitting Wacoal diadakan sepanjang bulan ini bagi menyemarakkan kesedaran bahaya kanser payudara di seluruh dunia.

Sempena meraikan kempen selama sebulan itu, diadakan percubaan istimewa tanpa pembelian untuk menggalakkan wanita mencuba coli dengan penasihat kecantikan Wacoal yang berpengalaman di seluruh cawangan dan butik seluruh negara.

Setiap coli yang dicuba akan menyumbang kepada ikrar Wacoal untuk MAKNA bagi membantu membiayai mamografi untuk wanita di kawasan luar bandar.

RATU Dunia Malaysia, Brynn Lovett turut beri sokongan dalam Kempen Perangi Kanser Payudara

Kempen itu juga bagi menggalakkan wanita memakai coli yang sesuai selain mendapat pemahaman jelas mengenai pemeriksaan sendiri payudara (BSE) oleh penasihat kecantikan terlatih Wacoal.

Pemeriksaan Sendiri Payudara

1. Lihat perubahan sekeliling fizikal payudara di hadapan cermin dan sentuh bahagian yang perlu dengan tangan.

2. Baring dan rasa perubahan dengan tangan. Letakkan bantal di belakang badan. Rasa perubahan di sekeliling payudara dan puting sama ada berlaku penebalan atau perubahan warna.

3. Picit puting secara perlahan sama ada berdarah dan sebagainya.

4. Lakukan perkara sama

di payudara sebelah.

5. Lakukan sekali sebulan selepas 7 hingga 10 hari selepas datang bulan.

6. Jika terdapat perubahan, jumpa doktor segera.

.

Sumber Rujukan: http://www.hmetro.com.my/node/81796 | Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 9:27 AM