Tag Archives: penawar al-quran

Surah Al-Fil Merawat Kanser

Merawat Kanser Dari Ayat Al-Quran – Surah Al-Fil (ayat 1-5)

Maksud Surah Al-Fil (Ayat 1-5):

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1)      Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

2)      Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

3)      Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; 

4)      Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4)

5)      Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Ilmu Merawat Kanser Menggunakan Surah Al-Fil

Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian. Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun.

Rasanya setiap orang tahu ‘setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati’. Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk merawat kanser dan menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran .Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan Surah Al-Fil Untuk Merawat Kanser

Selepas solat lima waktu:

  1. Bacalah Surah Fatihah (1x)
  2. Surah Al-Ikhlas (3x)
  3. Selawat ke atas Nabi SAW (3x)
  4. Surah Al-Fil (21x)

Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu.

Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Pesanan: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud merawat kanser.