Kempen Pemeriksaan Payudara Sendiri
Movimiento Ayuda Cancerr de Mama – sebuah pertubuhan di Argentina telah melakukan sebuah usaha untuk menggalakkan pemeriksaan payudara untuk setiap wanita bagi mengesan awal tanda-tanda kanser payudara.
Video pemeriksaan ini dilakukan secara kreatif dan semoga cara ini dapat menyebarkan mesej kepentingan melakukan pemeriksaan dan seterusnya mengurangkan kadar kanser payudara di kalangan wanita.
Cara Pemeriksaan Payudara Sendiri
- Berdiri di hadapan cermin.
- Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan.
- Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
- Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, lakukan pemeriksaan semula keadaan payudara.
- Dengan menggunakan 3 jari anda, tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara.
- Selepas satu pusingan, bergerak ke arah putting payudara.
- Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting.
- Sentiasa rujuk pada kepada pusat kesihatan atau lakukan ujian pengesanan.
p.s – Pengesanan Awal & Pencegahan Menyelamatkan Nyawa