Biji betik merupakan salah satu penawar alternatif untuk merawat sakit berkaitan perut, hati, buah pinggang, kanser dan banyak lagi penyakit lain.
Biji Betik Sebagai Penawar Beberapa Jenis Penyakit
Selalunya, ramai yang makan buah betik dan terus membuang biji betik tanpa mengetahui khasiatnya. Sebenarnya biji betik mempunyai banyak khasiat yang dapat menghalang penyakit berkaitan dengan perut, hati, cacing dan denggi.
Biji Betik Sebagai Penawar Kanser
Bahan atau agen di dalam biji betik dipercayai dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dan tumor. Biji betik mempunyai ‘isothiocyanate’ iaitu bahan yang baik untuk merawat leukimia, kolon usus, payudara, prostat dan kanser paru-paru.
Kajian Berkaitan Daun Betik dan Biji Betik Sebagai Penawar Kanser
Di dalam International Journal of Oncology, October 2008, turut menyatakan ‘isothiocyanate’ dipercayai mampu menghalang sel kanser tumbuh dan membiak.
Melalui kajian bersama dengan rakan sekerja penyelidik Jepun, University of Florida Nam Dang, M.D. and Ph.D telah mendokumenkan berkaitan ciri-ciri ekstrak daun dan biji betik sebagai antikanser penghalang sel tumor. Kajian yang dilakukan di dalam makmal ini melibatkan pertumbuhan sel kanser servik, payudara, hati, peparu dan pankreas).
Bagaimana Mengambil Biji Betik
Caranya hanya dengan makan secara hancur, atau masukkan di dalam susu mentah, campurkan dengan madu, atau makan bersama kuah salad.
Bagaimana Mengambil Daun Betik
Daun betik boleh dimakan secara ulaman. Selain itu, daun betik diambil, dicuci dan hancur (blend) untuk menjadikan jus daun betik. Amaran : jus daun betik agak pahit.
Kesan Sampingan Pengambilan Daun Dan Biji Betik
Wanita mengandung dinasihat untuk tidak mengambil ekstrak daun dan biji betik kerana dipercayai akan melanjutkan tempoh penyusuan. Walaupun ianya elok untuk sistem pencernaan, tetapi adalah dinasihatkan untuk mendapat pandangan doktor.
.
Bagi yang mahu mencuba pucuk betik sebagai supplemen tambahan untuk penyembuhan penyakit, boleh pesan kapsul pucuk betik dibawah. Klik pada gambar atau klik sini.
.