Infographic : Breast Cancer Stats And Facts
.
Jika anda sayang wanita berdekatan anda:
- SHARE sebanyak mungkin info ini.
- Anda wanita? Lakukan pemeriksaan dari masa ke semasa.
.
Jika anda sayang wanita berdekatan anda:
Buah Bambangan (magnifera pajang) merupakan salah satu buah terkenal di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak mempuyai nama lain antaranya buah mawang, buah embang dan juga buah embawang. Mempunyai ciri-ciri persamaan dengan mangga namun mempunyai tekstur yang lebih kasar selain daripada mampunyai rasa yang masam.
Buah ini mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang kecil biasanya mempunyai bentuk yang lebih bulat, manakala jenis yang besar berbentuk agak bujur dan boleh mencapai berat sehingga 3-4 kilo sebiji.
Ia merupakan tumbuhan hutan dan tersenarai sebagai tumbuhan terancam dalam senarai IUCN (International Union for Conservation of Nature and Natural Resources) dengan klasifikasi VU. Mempunyiai taburan yang lebih banyak di Sabah sebagai tumbuhan liar dan adakalanya ditanam oleh penduduk asli di kawasan penempatan mereka.
Kulitnya berwarna coklat dan agak tebal manakala rasanya lebih mirip kepada buah bacang. Masyarakat tempatan biasa menggunakannya sebagai jeruk ketika ianya masih muda. Ia sesuai juga dijadikan sebagai kerabu atau dicampur bersama sambal belacan.
Untuk menikmati buah ini kulitnya perlu dikupas dengan kaedah yang agak berbeza – iaitu dengan mengoyakkan kulitnya yang tebal tersebut. Buah yang masak juga dikatakan lebih enak sekiranya dinikmati dengan garam dan cili.
Seperti juga dengan buah-buah hutan tropika yang lain, ia mempunyai bau yang agak kuat (seakan-akan manis) namun rasanya tetap masam. Warnanya isinya juga adalah lebih terang namun lebih kasar seperti juga bacang.
Seorang Saintis Universiti Tun Hussein Onn (UHTM) berjaya menemui ekstrak dari biji Bambangan bagi menyekat pertumbuhan sel kanser payudara dengan menghentikan kitaran pertumbuhan sel pada titik tertentu bergantung kepada laluan sel.
Berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas sel kanser payudara, didapati kira-kira 15% daripada sel-sel mati dalam masa 24 jam.
Kajian penyelidikan baharu menunjukkan bahawa Bambangan mungkin mempunyai manfaat melawan kanser.
Rujuk video dibawah:
Sumber Rujukan : https://www.facebook.com/bhonline/posts/10154112451745600 & http://www.bharian.com.my/node/158882
Movimiento Ayuda Cancerr de Mama – sebuah pertubuhan di Argentina telah melakukan sebuah usaha untuk menggalakkan pemeriksaan payudara untuk setiap wanita bagi mengesan awal tanda-tanda kanser payudara.
Video pemeriksaan ini dilakukan secara kreatif dan semoga cara ini dapat menyebarkan mesej kepentingan melakukan pemeriksaan dan seterusnya mengurangkan kadar kanser payudara di kalangan wanita.
p.s – Pengesanan Awal & Pencegahan Menyelamatkan Nyawa
Khasiat Habbatus Sauda Sebagai Makanan Tambahan
SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.
Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.
Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.
Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.
“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.
“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.
Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.
Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.
Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.
SETIAP individu seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. – Gambar hiasan |
Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.
Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.
“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.
“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.
Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.
Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.
Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.
Makam Firaun
Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.
Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.
Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
EKSTRAK minyak habbatus sauda dalam bentuk gel lembut. |
Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.
“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu. |
“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.
“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.
.
Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3ySFGIt5u
Kajian menunjukkan bahawa minyak kayu manis merupakan salah satu bahan penawar kanser dan merupakan solusi dalam rawatan tumor, kanser perut dan kanser kulit. Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa gula mungkin penyebab sel-sel kanser kekal di dalam badan dan kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan iaitu mengawal tahap gula dalam darah.
Kulit kayu manis juga memberi kesan positif untuk leukimia dan kanser sel darah putih – memetik sumber dari NCBI “The Cinnamon-Derived Michael Acceptor Cinnamic Aldehyde Impairs Melanoma Cell Proliferation, Invasiveness, and Tumor Growth”
Umum mengetahui mengenai khasiat madu. Melalui kajian Dr Nik Soriani dari USM, sel kanser yang dirawat dengan madu ini menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser). Madu mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser. Ini membutikan madu bahawa madu boleh dijadikan sebgai penawar kanser.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”
Kajian di Jepun dan Australia telah menunjukkan bahawa kanser perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit kanser secara hariannya perlu mengambil satu sudu besar madu dengan satu sudu teh serbuk kayu manis selama satu bulan 3 kali sehari. Ini merupakan cara yang menyelerakan sebagai penawar kanser.
Cara #1
Cara #2
Menurut kajian yang pernah dilakukan di Sepanyol, biji labu mempunyai sebatian yang boleh membunuh sel kanser.
Biji labu kaya dengan protein, manganese, serat, magnesium dan fosforus. Ia juga mengandungi sejumlah besar zink yang penting untuk imuniti, merangsang pembangunan dan pembahagian sel-sel yang betul, memperbaiki tidur, penglihatan, kulit, dan mood. Ia sangat bagus untuk kesihatan fizikal dan mental.
Biji labu telah menunjukkan kejayaan dalam merawat pelbagai jenis kanser dan juga memberikan kesan anti-radang yang kuat. Saintis Jerman telah mengesahkan bahawa wanita menopaus harus mengambil supplemen biji labu dan ini akan mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 23%.
Minyak dari biji labu juga dikatakan mempunyai phtochemicals dan antioksidan yang melawan radikal bebas dan menghalang pembentukan sel kanser.
Pengamalan mengambil biji labu dan minyak biji labu amatlah disarankan demi menjamin kesihatan yang lebih baik.
Kanser payudara terus menjadi kanser pembunuh wanita nombor satu negara.
Pendaftar Kanser Kebangsaaan melaporkan, seorang daripada 19 wanita di negara ini berhadapan penyakit berbahaya itu yang dikenali sebagai pembunuh senyap apabila lewat dikesan.
Umum mengetahui barah payudara boleh dirawat jika dapat dikesan pada peringkat awal. Namun adakah ia cukup dengan menekankan kepada umum mengenai pengesanan awal? Bagaimana cara terbaik untuk memaksimumkan kesedaran menerusi media.
Bagi memastikan wanita sentiasa berwaspada terhadap barah itu dan perkara perlu dilakukan, syarikat pembuat pakaian dalam wanita, Wacoal Malaysia (Wacoal) dengan kerjasama New Straits Times (NST) sekali lagi melancarkan Kempen Pink Ribbon 2015 di Balai Berita, Kuala Lumpur pada 11 Oktober ini.
Sebagai pengeluar jenama pakaian dalam antarabangsa, Wacoal akan memberi kesedaran memerangi kanser payudara dan sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat.
Kempen dilaksanakan sejak 2003 itu bertujuan memberi kesedaran mengenai bahaya penyakit itu yang menjadi pembunuh nombor satu di seluruh dunia.
Kali ini, 600 peserta terbabit dalam kayuhan basikal dan bersedia memecahkan rekod kayuhan sempena kempen berkenaan tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Wacoal Malaysia Takashi Watanabe berkata, sejak Wacoal ditubuhkan pada 1949 di Jepun, ia masih memegang prinsip asas syarikat terbabit bagi membantu wanita meningkatkan kecantikan.
Menurutnya, perjuangan menentang barah payudara selari dengan Kempen Reben Merah Jambu yang sangat dekat dengan jenama berkenaan dan pihaknya tidak ketinggalan memberi sokongan menjayakan misi mengurangkan peningkatan jumlah pesakit barah.
“Selain menjadi perintis menghasilkan pakaian dalam berkualiti dan menyerlahkan tubuh wanita dengan selesa, Wacoal Jepun serta anak syarikatnya membabitkan diri dalam pelbagai kempen.
“Kerjasama strategik antara NST dengan Wacoal sangat dihargai kerana ia mampu menyebarkan kesedaran dengan lebih meluas dan tindakan dapat dilakukan dengan pantas sebelum dapat dikesan. Mencegah lebih baik daripada merawat,” katanya.
Pelbagai aktiviti diadakan pada hari terbabit antaranya pendedahan mengenai cara pemeriksaan dan mengukur payudara, klinik bergerak Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk ujian mamogram, pemilihan pakaian dalam yang sesuai kepada pesakit selepas pembedahan membuang payudara.
Pada masa sama, Kempen Pink Ribbon Fitting Wacoal diadakan sepanjang bulan ini bagi menyemarakkan kesedaran bahaya kanser payudara di seluruh dunia.
Sempena meraikan kempen selama sebulan itu, diadakan percubaan istimewa tanpa pembelian untuk menggalakkan wanita mencuba coli dengan penasihat kecantikan Wacoal yang berpengalaman di seluruh cawangan dan butik seluruh negara.
Setiap coli yang dicuba akan menyumbang kepada ikrar Wacoal untuk MAKNA bagi membantu membiayai mamografi untuk wanita di kawasan luar bandar.
Kempen itu juga bagi menggalakkan wanita memakai coli yang sesuai selain mendapat pemahaman jelas mengenai pemeriksaan sendiri payudara (BSE) oleh penasihat kecantikan terlatih Wacoal.
1. Lihat perubahan sekeliling fizikal payudara di hadapan cermin dan sentuh bahagian yang perlu dengan tangan.
2. Baring dan rasa perubahan dengan tangan. Letakkan bantal di belakang badan. Rasa perubahan di sekeliling payudara dan puting sama ada berlaku penebalan atau perubahan warna.
3. Picit puting secara perlahan sama ada berdarah dan sebagainya.
4. Lakukan perkara sama
di payudara sebelah.
5. Lakukan sekali sebulan selepas 7 hingga 10 hari selepas datang bulan.
6. Jika terdapat perubahan, jumpa doktor segera.
.
Sumber Rujukan: http://www.hmetro.com.my/node/81796 | Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 9:27 AM