Tag Archives: habbatus sauda

Habbatus Sauda Penawar Kanser

Sebagai Penawar Kanser – Apakah Habbatus Sauda Sebenarnya?

Habbatus Sauda merupakan tumbuhan herba, black seed dipercayai berasal dari daerah Mediterania namun dikembangbiakan di berbagai belahan dunia, termasuk Saudi, Afrika Utara, dan sebagian Asia.

Bentuknya kecil dan berserabut, berukuran tidak lebih dari 3 mm panjangnya, black seed merupakan tumbuhan bunga fennel biasa (Nigella Sativa) keluarga buttercup (Ranunculaceae).

nigella-sativa-seed-

Terkadang ada salah persepsi antara Nigella Sativa dengan tumbuhan herbal fennel (Foeniculum vulgare). Ada dua macam tumbuhan ini, berwarna ungu kebiru-biruan atau putih. Pusat pertumbuhan bunga tersebut pada bagian cabang di semua tangkainya saat daunnya saling tumbuh berseberangan secara berpasangan. Daun di bagian bawah bentuknya kecil dan pendek, sedangkan bagian atas lebih panjang (6-10 cm). Batang bunga tersebut bisa mencapai ketinggian 12 sampai 18 inchi sehingga kebagian buahnya, black seed yang matang.

Nama Lain Habbatus Sauda Sebagai Penawar Kanser

Nigella Sativa mengembangbiakan dirinya sendiri dan bentuknya sebuah kapsul buah yang mengandung banyak seed trigonal putih. Saat kapsul buah tersebut matang, ia akan membuka dan seed yang ada didalamnya akan mengudara, berubah menjadi hitam warnanya (black seed). Nigella Sativa atau black seed dikenal dengan banyak nama berbeza di setiap tempat. Ada yang menyebutnya Black Caraway, ada juga menyebutnya Black Cumin (Kalonji), atau bahkan coriander seeds.

Habbatus Sauda_ubatkanser.my

Dalam bahasa inggris, tanaman Nigella Sativa lebih sering mengacu pada “ Love in a Mist”. Selain itu Nigella Sativa, yang lebih dikenal dan dipakai sejak masa dahulu ini juga disebut Shonaiz di Persia. Hal yang paling berhubungan tentang black seed adalah bahwa tumbuhan ini merupakan bagian dari sebuah pendekatan religius untuk kesehatan dan keseharian manusia. Dengan cara ini, kandungan nutrisi dan fungsi penyembuh yang banyak dalam seed ini dapat membangun system kekebalan tubuh sepanjang hari, dan juga menyediakan sumber yang optimal untuk menjaga kesehatan dan menyembuhkan penyakit.

Black Cumin (Nigella sativa) Seed kaya akan kandungan nutrisi Monosaccharides (molekul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xylose, dan arabinose. Black Cumin (Nigella Sativa) Seed mengandung non-starch polysaccharide yang berfungsi sebagai sumber serat diet yang sangat berguna. Lima belas asam amino membentuk protein yang mengandung Black Cumin (Nigella sativa) Seed, termasuk delapan dari asam amino penting. Asam amino tidak dapat disintesis secara cukup didalam tubuh kita, sedangkan kita memerlukannya untuk menjaga berat badan. Black seed mengandung Arginine yang penting pada masa pertumbuhan. Analisis kimia lanjutan menemukan bahwa Black Cumin (Nigella sativa) seed mengandung karotin, yang diubah menjadi liver oleh vitamin A.

Sebagai Penawar Kanser, Apakah Sumber Zat Yang Terdapat Pada Habbatus Sauda?

Black Cumin (Nigella sativa) Seed juga merupakan sumber kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Dibutuhkan dalam jumlah yang sedikit dalam tubuh, fungsi utama elemen-elemen ini memiliki peranan penting dalam membantu bermacam enzim lainnya. Balck Cumin dan Minyak Black Cumin kaya akan asam lemak, terutama asam lemak esensial tak jenuh ( asam Linoleic dan Linolenic). EFA, terdiri dari asam alfa-Linolenic (omega 3) dan asam Linoleic (omega 6), adalah pembentuk sel dan substansi yamg tidak dapat dibentuk dalam tubuh dan oleh karena itu harus mendapat asupan atau melalui makanan yang memiliki kandungan EFA tinggi.

Habbatus Sauda Sebagai Penawar Dicatat Dalam Hadith

Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda’ yang terdapat di dalam himpunan kitab-kitab hadith sahih. Hadith yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih Al-Bukhari seperti berikut:

Diriwayatkan oleh Khalid bin Sa’ad:

Kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan bila kami sampai di madinah dia masih sakit. Ibn Abi ‘Atiq datang menziarahi kami dan berkata kepada kami: Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini.

Maka ambillah 5 atau 7 biji Habbatus Sauda’ dan hancurkannya dan masukkannya kedalam lubang hidung…..

Bahawa ‘Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Rasulullah Rasulullah X bersabda: Sesungguhnya HabbatusSauda’ ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.

—–

Rasulullah bersabda : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)

Kajian Habbatus Sauda Sebagai Penawar Kanser

Habbatus sauda sekarang sedang dilihat oleh banyak ahli onkologi sebagai ubat herba yang serius untuk membantu dalam rawatan kanser. US Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan 2 paten yang melibatkan minyak Nigella Sativa untuk mengubati kanser, mencegah kesan sampingan akibat chemotherapy, dan untuk meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan. Pada tahun 1991, Amala Cancer Research Centre, Kerala, India telah menjalankan kajian yang membuktikan minyak habbatus sauda berguna dan effektif sebagai agen chemotherapeutic.

Dalam kajian lain, didapati bahawa pengambilan minyak Habbatus Sauda mengurangkan kesan sampingan beracun yang disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi yang lain seperti cisplatin dan doxorubicin.

Pada tahun 2003 di Jackson State University, USA, doktor-doktor telah mengkaji Habbatus Sauda dan keberkesanannya sebagai agen anti-cancer. Mereka mendedahkan sel kanser payudara kepada ekstrak Habbatus Sauda. Hasilnya, sel kanser payudara telah di nyahaktifkan dan doktor-doktor di disitu merumuskan bahawa Nigella Sativa sesuai digunakan dalam pencegahan dan rawatan kanser payu dara.

Pada tahun yang sama, doktor-doktor di Osaka City University Medical School di Jepun mengkaji penggunaan Habbatus Sauda untuk rawatan kanser usus besar. Pengajian mereka menunjukkan bahawa minyak Habbatus Sauda dapat menghambat pertumbuhan kanser pada tahap postinitiation.

Pada tahun 2004 di Universiti Amerika di Beirut, Lubnan, thymoquinone yang dihasilkan dari Habbatus Sauda telah diselidiki untuk mengkaji kemampuannya dalam melawan sel-sel kanser usus. Penelitian mereka membuktikan bahawa thymoquinone mempunyai potensi yang tinggi sebagai agen untuk rawatan kanser usus besar.

Penyelidikan yang dijalankan di Kimmel Cancer, Jefferson di Philadelphia, menemui bahawa thymoquinone mampu menghalang pertumbuhan sel kanser pankreas dan membunuh sel-sel dengan menggalakkan proses programmed cell death.

Dengan menggunakan sel pankreas manusia, kajian menjumpai bahawa thymoquinone membunuh lebih kurang 80% sel kanser. Kajian juga menjumpai bahawa thymoquinone mampu menyebabkan perubahan epigenetic dalam sel kanser pankreas dengan memodifikasikan sel DNA.

Kajian Habbatus Sauda Sebagai Penawar Kanser Dan Anti Tumor

Pada tahun 1991, Amala Research Center di Amala Nagar, Kerala (India) menjalankan kajian yang telah menegaskan bahawa penggunaan minyak Nigella Sativa (Black Seed) mampu bertindak sebagai agen anti-tumor. Jenis kedua sel kanser, Dalton’s Lymphoma ascites (DLA) sel, juga digunakan. Tikus yang menerima sel EAC dan Nigella Sativa (Black Seed) tetap muzik tanpa adanya tumor, menunjukkan bahawa secara aktif 100% mencegah perkembangan tumor EAC.

Pada tahun 1997, Cancer Research Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina, USA, telah berjaya membuktikan bahawa Nigella Sativa dapat digunakan sebagai agen di dalam rawatan tumor dan tidak mendatangkan kesan-kesan sampingan sepertimana ubat-ubatan lain yang digunakan untuk chemotherapy.

Mereka mendapati bahawa pengambilan Habbatus Sauda dapat meningkatkan kadar pertumbuhan sel sumsum tulang sebanyak 250%, manakala dapat mengurangkan kadar pertumbuhan tumor sebanyak 50%.

Habbatus Sauda Meningkatkan Sistem Immunisasi Badan Dan Penawar Kanser

Sistem pertahanan badan merupakan sistem kompleks yang sangat penting kerana ia menghasilkan antibodi-andibodi di dalam badan. Antibodi ini mampu mengenalpasti dan melawan organisma dan bahan asing dalam badan. Maka, sistem imunisasi merupakan sistem pertahanan badan terhadap serangan. Terdapat dua jenis sel yang bertanggungjawab terhadap sistem imunisasi badan, iaitu sel darah merah dan juga sel darah putih.

Sel darah merah bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh badan manakala sel darah putih mempertahankan badan dari serangan agen asing. Terdapat pelbagai jenis sel darah putih di dalam badan. Antaranya ialah lymphocytes yang menghaslkan B-sel dan juga T-sel. B-sel bertindak menghasilkan antibodi, iaitu protein berbentuk Y yang dirembeskan sekiranya terdapat antigen seperti bakteria, virus atau parasit. Antibodi ini akan bergabung dengan antigen, lalu meneutralkan ia. T-sel pula lebih agresif kerana ia menyerang terus dan menghancurkan agen asing.

Banyak penyelidikan telah dilakukan ke atas Habbatus Sauda’ yang telah membuktikan bahawa ia boleh digunakan untuk menguatkan sistem imunisasi badan. College of Medicine di Uneversity King Faisal telah menerbitkan satu penemuan yang menarik di dalam Journal Pharmaceutical Arab Saudi. Mengikut penyelidiknya Dr . Basil Ali dan rakan-rakan,

Habbatus Sauda’ telah didapati mampu meningkatkan jumlah T-sel di dalam badan. T-sel pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis,antaranya adalah suppressor T-sel (TS) dan helper T-sel (TH). Helper T-sel berfungsi mengaktifkan B-sel dan T-sel yang lain, manakala suppressor T-sel bertindak mengawal keseimbangan sel immunisasi supaya tidak berlebihan atau kekurangan. Pengambilan Habbatus Sauda’ walaupun dalam kuantiti yang sedikit, iaitu sebanyak 2 gram selama 30 hari, dapat meningkatkan nisbah TH:TS sebanyak 55-72%. Ia juga dapat meningkatkan jumlah natural killer cells sebanyak 30%.

Pengarah Institut Immunology dari University Munich, Prof G.Reitmuller juga mengakui bahawa Habbatus Sauda’ dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga boleh digunakan sebagai bioregulator. Habbatus Sauda’ juga mampu meningkatkan kesan aktiviti B-sel ke atas sel tumor. Ini kerana ia mampu menolong menyediakan ruang pada tapak agen tumor yang membenarkan B-sel bergabung dengan lebih mudah.

Habbatus Sauda’ yang diambil untuk satu jangka masa yang panjang telah dibuktikan bertindak sebagai immunomudulator. Ini bermakna ia akan meningkatkan kekuatan sistem imunisasi dan mengekalkan keseimbangan sistem imunisasi untuk berfungsi secara optimum.

Penemuan-penemuan ini menunjukkan bahawa Habbatus Sauda dapat memainkan peranan penting dalam , AIDS dan penyakit-penyakit imunisasi yang lain.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Habbatus Sauda Sebagai Penawar Kanser?

Habbasyi-Oil-Ubatkanser.my

Mengandungi 210 biji kapsul setiap botol

Lulus Badan Pengawas Obat & Makanan (Indonesia)

100% Herba Semulajdi

Bebas Racun

Habbatus Sauda Makanan Sunah Rasulullah

Khasiat Habbatus Sauda Sebagai Makanan Tambahan

SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.

Bekerja sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang hipertensi.

ID:54308579

Justeru, Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit yang dihidapnya.

Dalam tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.

“Saya mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada waktu petang.

“Apa yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.

Di Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan hababtus sauda di Hama.

Hama merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.

Memiliki populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.

 Pemeriksaan
SETIAP individu seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui status kesihatan masing-masing. – Gambar hiasan

Rentetan daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.

Niatnya semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah Rasulullah SAW.

“Melalui kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal Sdn. Bhd.

“Visi kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.

Kemudian ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria dan Asia Tengah seperti Iran dan India.

Ketinggian khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia.

Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.

Makam Firaun

Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.

Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.

Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati.”

Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.

 Minyak Habastus Sauda Dalam Bentuk Gel
EKSTRAK minyak habbatus sauda dalam bentuk gel lembut.

Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.

“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.

Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.

“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.

Lewatkan penuaan

Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.

“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.

“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.

 Dr Latifah
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.

“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.

Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.

“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan bahan lain.

“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.

“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.

.

Sumber Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3ySFGIt5u