1. Adakah produk Keladi Tikus (TF) ini boleh digunakan semasa berada di dalam rawatan hospital (radioterapi @ kemoterapi) ?
Ya, produk ini dapat digunakan semasa pesakit menjalani rawatan di hospital kerana penggunaan produk ini tidak mengganggu keberkesanan ubat konvensional daripada hospital. Walaubagaimana pun jika ingin diambil bersama ubat konvensional yang lain hendaklah dijarakkan pemakanan tersebut selama satu hingga dua jam. Boleh diambil semasa kemoterapi.
2. Adakah produk ini benar-
Ya, produk ini (Typhonium Flagelliforme) telah disahkan dan diluluskan dalam negara melalui ujian-
Typhonium Flagelliforme adalah dikategorikan sebagai “food supplement”. Typhonium Flagelliforme bukanlah bahan terlarang atau bahan kawalan di mana sahaja di dunia.
3. Berapa lamakah kesan positif yang dapat dilihat setelah menggunakan produk ini?
Biasanya kesan positif dapat dilihat selepas 3-6 bulan penggunaan berturut-turut , ini bergantung kepada proses penyembuhan “self healing” yang ada pada tubuh pesakit.
4. Adakah wanita mengandung dapat menggunakan produk ini?
Tidak, wanita yang mengandung tidak dibenarkan menggunakan produk ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan kandungan.
5. Adakah produk ini mempunyai kesan sampingan?
Sebilangan besar daripada pengguna produk ini tidak mempunyai kesan sampingan, hanya sebilangan kecil sahaja yang mempunyai kesan sampingan, antaranya mual, kurang selesa pada perut (kesan tindakbalas positif herba). Jika ini berlaku kepada anda, kurangkan kuantiti dos, apabila anda telah stabil, sambung pengambilan dengan kuantiti dos seperti biasa.
6. Adakah kanak-kanak juga boleh menggunakan produk ini?
Ya, umur kanak-kanak itu haruslah 2 tahun dan keatas dan mengambilnya dalam dos yang lebih kecil.
7. Apakah tahap kanser yang mampu dirawat dengan produk ini?
Tahap I dan ke atas.
8. Dos Keladi Tikus bagi pesakit kanser?
Tahap 2 : 2 biji pagi, 2 biji petang, sebelum makan.
Tahap 3 : 3 biji pagi, 3 biji petang, sebelum makan.
Tahap 4 : 4 biji pagi, 4 biji petang, sebelum makan.
9. Selepas sembuh, adakah pesakit perlu lagi mengambil produk ini?
Terpulang kepada pesakit, tetapi kebanyakkannya terus mengambil produk ini dengan mengurangkan dos. 1 kapsul satu hari.