Herba Dijadikan Ubat Kanser Payudara

10 Herba Potensi Untuk Ubat Kanser Payudara

PASIR MAS:  Lebih 10 pokok herba di negara ini didapati berpotensi dimajukan secara komersial sebagai ubat merawat barah, terutama kanser payudara.

Pensyarah jemputan berkaitan herba di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Mohd Nor Ibrahim berkata mengikut kajiannya antara pokok terbabit, Pokok Bunga Kenerak atau nama saintifiknya Goniothalamus Umbrosus, didapati berpotensi untuk tujuan itu.

“Saya telah pun menghantar ekstrak pokok itu yang diambil daripada bunga, daun, akar dan kulit batang pokok untuk dikaji oleh CEPP (Loji Pandu Kejuruteraan Kimia) di UTM dua minggu lepas untuk mengetahui kandungan utama bahan pencegahan yang terdapat dalam tumbuhan itu,” katanya kepada Bernama di Kampung Tendong di sini hari ini.

CEPP merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan teknologi proses untuk industri herba, fitokimia dan bioproses di UTM.

Hasil Kajian Berkaitan Herba Dijadikan Ubat Kanser

Berdasarkan kajian sejak 1999 itu, beliau mendapati kenerak banyak digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat kanser payu dara dan ia didapati berkesan selepas seseorang pesakit menjalani empat rawatan dengan cara meminum ekstrak pokok itu.

herba ubat kanser

“Ia menjadi amalan sejak ratusan tahun dan dua minggu lepas, seorang pengamal perubatan di Wakaf Baru di sini didakwa berjaya menyembuhkan penyakit bayah payu dara anaknya menggunakan bunga, daun, akar dan kulit batang pokok itu,” katanya.

Beliau berkata daun, bunga dan kulit batang pokok itu yang dikeringkan boleh dijadikan minuman dengan memasukkan air yang baru mendidih, dan rasanya seperti minuman teh Cina.

Mohd Nor yang berpengalaman luas dalam penanaman herba dan kegunaannya, berkata beliau pernah menjual 100 pokok itu yang bernilai RM8,000 kepada sebuah syarikat perladangan di Selangor.

Ekstrak kenerak untuk tujuan perubatan mampu mencecah $US4,000 sekilogram di pasaran Amerika Syarikat.

“Jika ada syarikat yang ingin memajukan kegunaan tumbuhan itu, saya bersedia membekalkan pokok itu kerana mempunyai tapak semaian pokok itu di Tendong dan Kampung Saka di sini,” katanya.

Mohd Nor yang juga bekas presiden Persatuan Pengusaha Perabot dan Tukang Kayu Melayu Kelantan dan aktivis alam sekitar, berkata pokok itu sukar ditanam kerana proses tumbesarannya memakan masa empat tahun untuk mencapai ketinggian satu meter.

Herba Lain Sebagai Ubat Kanser

Selain kenerak, beliau berkata pokok Barah Hantu atau Lada Hantu, Lidah Ular, Cukilan, Megat Dewa, Pokok Daun Tujuh Jarum Hijau dan Pokok Tujuh Jarum Merah, Terung Susu Kambing, Laksamana Akar, Pokok JE, Puting Beliung dan Ibung merupakan antara pokok herba yang digunakan bagi merawat barah.

Kebanyakan pokok itu banyak digunakan untuk merawat wanita selepas bersalin selain boleh mengubati penyakit kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi. BERNAMA

Sumber Rujukan:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/6/14/TERKINI/Mutakhir/Lebih_10_herba_potensi_untuk_ubat_kanser_payudara&sec=mstar_berita

Post Berkaitan
Madu Berpontensi Sebagai Ubat Kanser
Madu Boleh Dijadikan Terapi Atau Sebagai Ubat Kanser KOTA BAHARU, 11 Jan (Bernama) - Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen / ubat ...
Baca Seterusnya...
Bambangan Mampu Bunuh Sel Kanser Payudara
Asal Buah Bambangan Buah Bambangan (magnifera pajang) merupakan salah satu buah terkenal di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak mempuyai nama lain antaranya buah mawang, buah embang dan juga buah embawang. Mempunyai ...
Baca Seterusnya...
Statistik Dan Fakta Berkaitan Kanser Payudara
Infographic : Breast Cancer Stats And Facts .   Jika anda sayang wanita berdekatan anda: SHARE sebanyak mungkin info ini. Anda wanita? Lakukan pemeriksaan dari masa ke semasa.
Baca Seterusnya...
Pokok Keladi Tikus Merupakan Penawar Kanser
Latarbelakang Pokok Keladi Tikus Pokok Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae. Nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL. Pokok Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti Talas ...
Baca Seterusnya...
telaga air zam zam
Kelebihan Air Zam Zam Sebagai Penawar Kanser Makanan yang mengenyangkan. Ubat penyakit kecuali mati. Air yang penuh keberkatan. Abu Majah yang memetik Jaabir Abdullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda : Air zamzam adalah ...
Baca Seterusnya...
Habbatus Sauda Makanan Sunah Rasulullah
Khasiat Habbatus Sauda Sebagai Makanan Tambahan SEJAK tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan setiap pagi ...
Baca Seterusnya...
Madu Berpontensi Sebagai Ubat Kanser
Bambangan Mampu Bunuh Sel Kanser Payudara
Statistik Dan Fakta Berkaitan Kanser Payudara
Pokok Keladi Tikus Merupakan Penawar Kanser
Air Zam Zam Penawar Kanser
Habbatus Sauda Makanan Sunah Rasulullah